Sabtu, November 12, 2005

Tuan Guru Haji Hasanuddin Kembali Ke Rahmatillah

Hari ini, Jumaat 11 November 2005 kita menerima satu berita yang amat menyedihkan; iaitu berita pulangnya ke rahmatullah seorang tokoh ulama’ yang hebat di negeri Pahang, iaitu Tuan Guru Haji Hasanuddin Berhala Gantang.

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan amal jariah yang berpanjangan. Tuan Guru Haji Hasanuddin adalah seorang yang sangat berjasa kepada umat Islam dalam usaha mengembangkan pendidikan Islam. Beliau adalah antara orang yang mengasaskan pondok Al Wusto yang kini dikenali sebagai Sek Men Ugama Al Wusto, Berhala Gantang, Temerloh. Ribuan pelajar agama telah dihasilkan menerusi sekolah ini. Kini tugas dakwah beliau disambung pula oleh anak-anaknya Ustaz Jalaluddin Hasanuddin, Ustaz Zulkifli Hasanuddin dan lain-lain yang kini aktif menyampaikan ceramah agama di seluruh negara.

Solat jenazah yang diadakan selepas sembahyang Jumaat turut dihadiri oleh orang-orang kenamaan termasuk mufti, pegawai2 agama Islam (JAIP), wakil rakyat dan sebagainya.

Marilah sama-sama kita berdoa semoga Allah merahmati beliau dan menggolongkannya di kalangan hamba-hambaNya yang soleh. Semoga Allah menghimpunkan kita bersamanya di dalam syurga kelak, insya Allah.

Tiada ulasan: