Sabtu, Februari 11, 2006

JANGAN PERLEKEH DEMO DAN BOIKOT

JANGAN ANGGAP ENTENG
DEMONSTRASI MEMBANTAH PENGHINAAN NABI
Oleh: Ibnu Ismail

Ramai yang memandang rendah dan meremehkan usaha mengadakan demonstrasi dan bantahan terhadap media Denmark yang diadakan di Kuala Lumpur 10 Februari lalu.

Tetapi tidak ramai yang sedar kepentingan demonstrasi berkenaan. Pertama, hanya beberapa minit selepas demonstrasi diadakan, media antarabangsa di seluruh dunia menyiarkan berita mengenainya, biarpun media nasional menyepi diri.

Seawal jam 15:20 GMT BBC melaporkan bahawa perhimpunan yang bermula di Masjid Kampung Baru itu adalah yang 'terbesar' sejak beberapa tahun lalu.

AP pula melaporkan, "Thousands of Muslims marched on Friday in the countrys biggest demonstration against the caricatures, calling for the destruction of Denmark, Israel and the US."
Lebih menakjubkan, laman web akhbar Jyllands-Posten yang bertanggung jawab memulakan penyiaran gambar karikatur menghina Nabi Muhammad SAW, turut menyiarkan berita mengenai demonstrasi di Kuala Lumpur.

Saya mengunjungi laman web Jyllands-Posten lebih kurang jam 12.OO malam hari berkenaan. Walaupun saya tidak memahami bahasa Denmark, namun saya yakin berita yang disiarkan ialah mengenai demonstrasi di Kuala Lumpur. Anda boleh merujuk kepada tulisan di bawah yang saya petik daripada laman:
http://www.jp.dk/udland/artikel:aid=3550882/
I dårligt selskab
I den hidtil største demonstration i Malaysias hovedstad Kuala Lumpur råbte over 2000 demonstranter "længe leve Islam, død over Danmark, død over Israel, død over George Bush, død over Amerika", mens de vandrede mod den danske ambassade. Malaysias bliver ligesom Indonesien betragtet som et tolerant og moderne islamisk samfund, men vreden over tegningerne ser ud til at vokse. Torsdag forbød den malaysiske regering enhver offentliggørelse, import, cirkulation eller besiddelse af de famøse tegninger, og avisen Sarawak Tribune, der har trykt tegningerne, blev lukket på ubestemt tid.
Voksende kløft
Samtidig med demonstrationen åbnede Malaysias premierminister Abdullah Ahmed Badawi en konference, hvor han uden at nævne tegningerne talte om den voksende kløft mellem de muslimske lande og vesten. Han udtrykte frustration over vestens politik i Irak, Afghanistan og Palæstina og den ensidige opfattelse af Islam:

"De tror, at Osama Bin Laden en talsmand for hele religionen og dens tilhængere," sagde han og tilføjede, at dæmonisering af Islam og bagvaskelse af muslimer er udbredt i de vestlige lande.

Kedua, anda tidak boleh memperlekeh usaha memboikot barangan Denmark. Ada yang berhujjah bahawa boikot tidak memberi apa-apa kesan kepada negara Barat itu.

Tetapi ingat, bahawa syarikat Arla Foods sudah kerugian RM 6.84 juta sehari hasil kempen boikot yang dijalankan di negara-negara Arab.
Andaikata umat Islam bersatu hati berusaha mengeluarkan produk sendiri yang bermutu tinggi dan memulaukan barangan daripada negara Barat, tidakkah itu akan memberikan kesan kepada ekonomi dan politik mereka!

Ahad, Februari 05, 2006

HINA NABI: EKONOMI DENMARK TERGUGAT

Arla Foods Rugi RM 6.84 JUTA sehari
Oleh: Ibnu Ismail

Arla Foods, syarikat gergasi Denmark yang mengeluarkan produk berasaskan susu mengumumkan kerugian satu juta pound sterling (USD 1.8 juta) atau RM 6.84 juta sehari akibat kempen boikot barangan Denmark di negara-negara Arab dan umat Islam.

Kempen berkenaan adalah sebagai respons kepada tindakan biadab Jyllands-Posten menyiarkan karikatur menghina Rasulullah SAW. Seluruh dunia digegarkan dengan demonstrasi umat Islam yang marah dengan penyiaran kartun berkenaan.

Selain berdemonstrasi, umat Islam diseru supaya memboikot barangan Denmark bagi mengajar mereka supaya pandai 'berbahasa' dengan umat Islam.

Mereka tidak boleh menerima permohonan maaf Jyllands-Posten. Daripada 77,139 responden dalam pungutan suara oleh Al Jazeerah, 88.9% mengatakan 'tidak' kepada soalan, "Adakah permohonan maaf akhbar Denmark sudah cukup untuk meredakan kemarahan dan menghentikan boikot?"

Dalam pungutan suara berikutnya, 90.7% daripada 38,920 responden menyokong kemben memboikot barangan Denmark. Hanya 9.3% menentang.

Arla Foods yang dilaporkan menandatangani perjanjian penggabungan dengan syarikat Holland's Campina pada 2004 dijangka menjadi syarikat pengeluar hasil tunusu kedua terbesar di dunia.

Arla mendakwa, barangan keluarannya telah 'diangkat' daripada rak-rak pasaraya di Arab Saudi, Qatar dan Kuwait. Keadaan yang sama dilaporkan berlaku di Mesir, Lubnan dan Yaman.Kempen boikot barangan Denmark dilihat terlalu cepat memberi kesan kepada ekonomi negara berkenaan berbanding dengan kempen boikot barangan Amerika Syarikat dan Israel yang dilancar sejak beberapa tahun lalu.

"Baru seminggu kempen dilancarkan, syarikat Arla telah kerugian 1.8 juta dolar sehari. Itu belum dikira kerugian syarikat lain lagi," kata seorang pemerhati.

Negara-negara Timur Tengah adalah pasaran utama syarikat berkenaan yang mewakili urus niaga tahunan bernilai USD 500 juta setahun. Arab Saudi mengimport 60% daripada jumlah itu.

Arla mengeksport yogout, susu tepung dan keju dengan jenama Lurpak, Dano, Vita dan sebagainya ke negara-negara Arab.

Selain produk berasaskan susu, negara-negara Arab turut memboikot barangan kesihatan dan ubat-ubatan dari negara itu. Daripada 3 bilion riyal dagangan ubat dan barangan kesihatan di Arab Saudi, Denmark menguasai 150 juta riyal (USD 40 juta).

Seruan memboikot barangan kesihatan mendapat sambutan menggalakkan daripada pengusaha-pengusaha farmasi dan kedai ubat. Mereka mula menaikkan papan tidak yang mengumumkan tidak menjual ubat buatan Denmark kecuali yang sangat diperlukan.

Wartawan Islamonline melaporkan selain pengusaha farmasi, pelanggan juga berpusu-pusu mengunjungi farmasi untuk mengetahui ubat alternatif menggantikan ubat yang biasa mereka beli dari negara Denmark.

Selain memboikot barangan Denmark, sebuah pertubuhan Islam di Britain menyeru umat Islam supaya mendesak kerajaan masing-masing supaya bertindak menyelesaikan perkara ini. Ia juga menyeru umat Islam supaya menghantar surat amaran atau email (jp@jp.dk ) kepada penerbit akhbar Jyllands-Posten.