Rabu, Februari 13, 2013

MELAYU DAN JUDI

Kata orang, "Melayu kena tangkap kalau main judi. Tapi Melayu tak akan kena tangkap kalau jadi taukeh judi!"
Tiap kedai nombor ekor ada tulis melarang orang Islam daripada berjudi. Bahkan di pintu masuk kasino Genting juga ada notis berkenaan. Tetapi sedarkah anda bahawa ramai tokoh Melayu/Islam dalam Negara ini terlibat secara langsung dengan syarikat judi, sama ada sebagai pengerusi syarikat, ahli lembaga pengarah atau pemegang syer.

Amat mendukacitakan apabila pertubuhan yang mewakili orang Melayu Islam, Umno turut membabitkan diri menubuhkan Loteri Kebajikan Masyarakat sehingga menerima kritikan langsung dari ulamak tersohor yang mengajar selama 30 tahun di Masjidil Haram, Syeikh Abdul Qader Al Mandili.

Ada juga individu dan tokoh berbangsa Melayu  yang terlibat sebagai pengasas syarikat judi.

Genting Highland sebagai contoh. Ramai yang menyebut bahawa pusat perjudian itu diasaskan oleh Lim Goh Tong. Tetapi Lim sendiri menulis di dalam bukunya, My Dream bahawa penubuhannya dilakukan bersama dengan Tan Sri Noah Omar.

Beliau menulis, “Pada April 27, 1965, saya dan Tan Sri Haji Mohd Noah membuka sebuah syarikat Sdn Bhd bernama Genting Highlands Sdn Berhad. Diantara tahun 1965 dan 1970, kami membuat permohonan kepada Kerajaan Pahang dan Selangor untuk mendapatkan 4,940 hektar dan 1,110 hektar masing-masing terhadap tanah pegangan bebas.”

Penubuhan syarikat yang pada asalnya untuk membangunkan kawasan gunung Ulu Kali sebagai sebuahpusat pelancungan itu kemudiannya diberi nafas untuk menjadi kasino (pusat perjudian) oleh Perdana Menteri merangkap presiden Umno, Tunku Abd Rahman. Lim menulis,

“Untuk membantu mempercepatkan pembangunan pusat pelancongan di kawasan pendalaman ini, beliau menyatakan kerajaan akan menimbangkan untuk membenarkan menjalankan aktiviti kasino (pusat judi). Sejurus selepas pengumuman Tunku berkenan saya bercadang mengubah Highland Hotel dari 38 bilik kepada 200 bilik.”

SIAPA TAN SRI NOAH?
Tan Sri Noah yang menjadi rakan kongsi Lim Goh Tong dan pengasas pusat perjudian Genting ini ialah salah seorang pengasas Umno, ahli parlimen umno dan Speaker Dewan Rakyat dari Umno.

Tan Sri Noah adalah datuk kepada Presiden Umno sekarang, Najib Razak dan naibnya, Hishamuddin Husein.

Nama: Tan Sri Dato' Haji Mohammad Noah bin Omar
Lahir : Di Bandar Maharani pada 13 Ogos 1897 (pada tahun ini ditubuhkan gerakan Yahudi Zionis di Bussle)

Pendidikan: Melayu dan Arab di Johor. Melanjutkan pengajian ke sebuah negara Arab, iaitu Lubnan (American University of Beirut).

Pekerjaan: pernah menjadi presiden Hal Ehwal Agama Johor danpengutip cukai di Jabatan Tanah Johor.

Politik:
1.      Ahli Parlimen Johor Bharu Timur (1958-1964)
2.      Speaker parlimen (1959-64)
3.      YDP Dewan Negara (1969-70)
4.      Setiausaha Parlimentari Komanwel

Menubuhkan Umno:
Tan Sri Noah terlibat sebagai salah seorang pengasas Umno. Pertemuan untuk membincangkan penubuhan parti kebangsaan itu diadakan di rumah Noah sendiri dengandihadiri oleh:
1.      Tan Sri Noah Omar
2.      Dato’ Onn Jaafar (Pegawai Daerah Batu Pahat)
3.      Syed Alwi Al Hadi
4.      Syed Abd Rahman Abu Bakar
5.      Tan Sri Anwar Abdul Malek
Tan Sri Anwar adalah setiausaha sulit kepada Dato’ Onn. Seorang anak Tan Sri Anwar kini memimpin gerakan Islam Liberal menerusi kumpulan Sisters In Islam, Zainah Anwar. Kisah pertemuan sulit untuk menubuhkan umno ini ditulis oleh Zainah dalam bukunya, 'Legacy of Honour'.

Keluarga:
Hasil perkahwinan Tan Sri Noah dengan Maimun Abd Manaf, mereka dianugerahkan 4 orang anak. Salah seorangnya bernama Rahah dikahwinkan dengan Tun Razak (ibu Najib-PM) dan seorang lagi bernama Suhaila, dikahwinkan dengan Husein Onn (ibu Hishamuddin).

Meninggal dunia:
Beliau telah dimakamkan di Makam Pahlawan. Tokoh lain yang disemadikan di sini ialah Tun Dr Ismail Abdul Rahman, Tun Abdul Razak , Tun Hussein Onn, Tan Sri Syed Jaafar Albar, Tun Syed Nasir Syed Ismail, Tun Sardon Jubir, dan Tan Sri Abdul Kadir Yusof.

Rabu, November 07, 2012

Semakin hampirkah kiamat?


700 Pokok Zaitun Dimusnahkan Di Palestin

Nitraria retusa atau gharqad, pokok bagi kaum Yahudi
Pokok Gharqad atau dikenali sebagai Nitraria Retusa dalam bahasa Latin adalah sejenis pokok darat yang mampu hidup dengan bekalan air yang minima. Pokok yang berbunga kuning kehijauan ini tidak banyak manfaatnya kepada manusia. Daunnya tidak boleh dibuat sayur,  buah dan bunganya juga tidak boleh dimakan. Namun Yahudi sangat berbangga dengan pokok berkenaan.

Biarpun mereka mendustai kerasulan Muhammad SAW, anamun mereka seakan-akan percaya dan bimbang di atas perkhabaran Rasulullah SAW bahawa Yahudi akan dikalahkan oleh umat Islam pada akhir zaman dan yang menyelamatkan mereka ialah pokok gharqad.

Dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dari  Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda: لا تقوم الساعة حتى يقاتل المسلمون ‏‏ اليهود ‏ ‏فيقتلهم المسلمون حتى يختبئ اليهودي من وراء الحجر والشجر فيقول الحجر أو الشجر يا مسلم يا عبد الله هذا يهودي خلفي فتعال فاقتله إلا ‏‏ الغرقد ‏ ‏فإنه من شجر ‏‏ اليهود

Pokok Gharqad
“Tidak akan berlaku qiamat hinggalah orang Islam memerangi kaum Yahudi hingga menyebabkan Yahudi terpaksa bersembunyi di sebalik batu dan pokok kayu. Lantas batu atau pokok kayu berkata, “Wahai orang Islam, wahai hamba Allah, ini dia Yahudi di belakangku. Maka marilah kamu, bunuh dia.” (Semua pokok akan berkata begitu) kecuali pokok gharqad kerana sesungguhnya ia adalah antara pokok Yahudi.”

Yahudi mengatakan Muhammad pendusta. Tetapi hati kecil mereka percaya bahawa Muhammad adalah Rasul. Masakan tidak! Mereka kini sedang giat menanam pokok gharqad di serata bumi Palestin. Pokok-pokok zaitun milik umat Islam dicabut, ditebang, dibakar dan dimusnahkan sesuka hati.

Dalam tempuh sebulah setengah yang lalu, lebih 700 batang pokok zaitun milik umat Islam dimusnahkan oleh pendatang Yahudi. Perbuatan mereka dikawal oleh tentera Israel. Pemilik kebun tidak dibenarkan masuk ke tanah mereka untuk mempertahankan tanaman mereka. 
Ibu tua ini memeluk pokok zaitunnya yang hendak dimusnahkan oleh pendatang Yahudi

Isu yang berlaku ini dilihat sebagai satu mukjizat Rasulullah di mana ia membenarkan apa yang dikhabarkan oleh baginda tentang peristiwa yang bakal berlaku di akhir zaman. Juga menunjukkan bahawa dunia sudah semakin berpenghujung.




Rabu, September 26, 2012

DIBEBAS SELEPAS 22 TAHUN MERENGKUK DI PENJARA REJIM ZIONIS


Ditangkap 26/9/1990
Dibebas 25/9/2012

“Ketika saya sedang menduduki peperiksaan SPM di Malaysia 22 tahun lalu, Suhail yang hampir sebaya dengan saya dihadapkan ke Mahkamah Tentera Zionis dan dijatuhkan hukuman penjara  22 tahun.”

Suhail Said Al Jadili, ketika itu adalah seorang remaja Palestin yang amat terkesan dengan kebangkitan Intifadhah pertama. Beliau tidak boleh berdiam diri melihat bangsa dan agamanya diperhina. Dalam usia 17 tahun, beliau tergolong di kalangan ‘Atfal Al-Hijarah’ yg berjaya menggerunkan rejim zionis dengan hanya bersenjata batu dan lastik.

Di suatu ketika tentera Zionis menceroboh perkampungan muhajirin Al Buraij dan membunuh para remaja Atfal Al Hijarah, umat Islam tidak mampu lagi menahan kesabaran. Mereka bertindak membunuh balas ke atas salah seorang tentera dikenali sebagai Amnon (bunyi mcm ameno).

Kematian Amnon menyebabkan rejim Zionis berang dan menangkap remaja-remaja yang disyaki. Antara mereka termasuklah Suhail. Suhail dihadapkan ke Mahkamah Tentera Zionis dan dijatuhkan hukuman penjara  22 tahun. Dalam tempuh itu, Suhail telah beberapa kali dipindahkan dari satu penjara ke penjara lain.

Dalam tempuh itu juga, rakan-rakan Suhail ramai yang sudah gugur syahid. Yang hidup pula ramai yang sudah berumah tangga. Mereka sudah memiliki anak yang ramai. Sememangnya warga Palestin terkenal dengan ramainya anak.

Semalam, 25/9/2012, berpuluh-puluh orang rakan dan saudara mara Suhail menunggu di pintu sempadan Bait Hanun bagi menyambut kepulangan rakan mereka. Pejuang yang dipenjarakan selama 22 tahun tanpa dikurangkan walau sehari. Rakan mereka yang ditangkap pada usia 17 tahun, kini berumur 39 tahun. Allahu Akbar!


Rabu, Julai 11, 2012

RINTIHAN OREN ANAK PENEROKA



Suatu dinihari pada tahun 1977, aku dikejutkan ibu. Dipimpin dan dimandikan di bawah pokok kabung, di celah rimbunan rumbia. Di sebuah kampong bernama Temelong, dalam daerah kecil Lenggong. Dalam negeri Perak yang belum berdarul ketika itu.

Semua orang sibuk dinihari itu. Sebuah lori, dua buah kereta sedang dimuatkan bebarang. Lantas kami sekeluarga bergerak meninggalkan Temelong. Atok dah opah melinangkan air di mata. Seusia 5 tahun aku tidak mengerti erti tangisan itu. Ah pedulikan, dah tua2pun nak nangis lagi, bentak hatiku.

Kereta ku naiki membelah kedinginan subuh. Good by Perak. Tanjung Malim menggamit. Kuala Kubu mengalu. Bukit Freser didaki. Menerobos hutan Pahang. Singgah di Masjid Ketari (yang kini aku berkuliah di dalamnya).

Jalan berliku menuju ke daerah Maran. Mencari di mana terlantarnya dada Sena Jengka 16. Di kiri dan kanan jalan tiada yang lain selain hutan belantara dan tapak-tapak semaian sawit dan getah. Hampir senja, kami tiba di Felda Sena Jengka 16.

“Abah kata kita nak ke ‘Kolumpo’. Bila nak sampai,” tanyaku. Abah menjawab, “Ni kolumpo la ni.” Abah memang suka bergurau dengan anak-anak. Aku bongsu tika itu. Abang dua tahun atas daripadaku. Kakak dua tahun atas daripada abang.

Rumah Felda tersergam di hadapan mata. Sekelilingnya penuh semak dan samun. Celahan lantai dimasuki pokok tutup bumi. Paip air tiada. Elektrik tiangpun tak nampak. Telefon jauh panggang dari bara. Di situ aku dibesarkan. Bermula dengan elaun (pinjaman) sara hidup sekitar RM60. Abah cuba berniaga kecil-kecilan. Namun semua orang tiada berpendapatan tika itu, menyebabkan perniagaan abah tak ke mana.

Abah mengayuh basikal lebih 30km ke Sg Tekam mencari pokok getah untuk ditoreh buat menyara 5 perut. Beberapa lama mengambil upah menorah, tiba-tiba tuan kebun menuduh abah mencuri getahnya. Abah berhenti. Merayap pula ke kilang rotan di Bandar Jengka (dulu Bandar Pusat Jengka, kini dinamakan pula dengan nama bapa Najib, Bandar Tun Razak Jengka). Entah berapa upahnya aku tak pasti. Tapi aku pernah mengikuti abah dan mak bekerja di situ. Dari pagi hingga senja. Suasana panas, berhabuk.

Setelah pokok getah boleh ditoreh, abah menoreh pokok sendiri. Pendapatan tak seberapa. Tolak hutang kantin Felda (kemudian dipanggil kedai PNF dan kemudian dinamakan D-Mart). Tolak hutang ladang, hutang tanah tapak rumah, kos baja, kos jalan ladang (walaupun tak ada sebatang jalanpun masuk ke ladang abah), kos macam-macam. Yang tinggal hanya beberapa ringgit.

Orang sawit lagi teruk. Sawit dihantar sampai selori dua lori. Duit yang dapat hanya seringgit dua ringgit. Selebihnya semua masuk kantong Felda, dengan pelbagai nama hutang yang diadakan. Ada peneroka yang terpaksa beli beras di kantin Felda dan menjualnya di pasaran gelap dengan harga lebih rendah semata-mata untuk mendapatkan tunai buat membayar yuran anak.

Ada yang ‘menonjol’ atau ‘mengombet’ getah mereka untuk dijual di luar. Tengah malam, mereka membawa guni getah menerusi ‘jalan tikus’ untuk dijual kepada pembeli getah swasta. Tujuannya tidak lain, untuk mendapatkan wang tunai buat belanja dapur. Seringkali juga mereka terpaksa berhambat dengan Felsco (polis bantuan Felda) dan tidak sedikit juga yang jatuh longkang, getah berterabur di atas jalan.

Felda memaksa peneroka menjual hasil ladang kepadanya bagi membolehkan ia membuat seribu satu jenis potongan. Sejenis aqad yang fasid. Dengan bahasa beradabnya, “Tanah itu bapak aku punya. Bukan Felda punya. Ikut aku la aku nak jual kepada siapa.”

Walhasilnya, Felda jadi kaya. Felda boleh beli dan bina bangunan besar-besar. Boleh bayar gaji dan elaun ribu-ribu kepada pegawai tingginya. Felda boleh belanjakan 370 ribu ringgit untuk jamuan hari raya bossnya. Felda tubuh 47 anak syarikat. Dalam negara ada, di luar negarapun banyak. Bahkan Felda ada restoren di hadapan Masjidil Haram. Jun lalu, aku minum teh O ais di sana. RM4 segelas.

Ketika aku bertugas di Seremban, aku berkenalan dengan seorang rakan yang bekerja sebagai eksekutif Felda. Dia letak jawatan dan berniaga sendiri. Aku Tanya, kenapa berhenti? Dia jawab, “Aku tak sampai hati makan duit Felda. Peneroka berhempas pulas mengusahakan ladang dan hasilnya diberi kepada Felda. Tiba-tiba kami yang duduk kat atas, sewenang-wenangnya guna duit itu dengan mewah. Adakalanya kami para eksekutif hendak bermesyuarat satu jam, pihak pengurusan buat keputusan mesyuarat akan diadakan di sebuah hotel 5 bintang di Johor Bharu. Masing-masing bawa anak bini pi joli 2 minggu di sana. Semua kos selama 2 minggu itu Felda tanggung sedangkan mesyuarat hanya satu jam sahaja.”

Penghujung tahun 80an, Felda menghentikan pembukaan tanah rancangan Felda yang baru. Tanah-tanah yang diperuntukkan kerajaan-kerajaan negeri menerusi Akta GSA itu tidak lagi dibuka kepada para peneroka baru. Felda ingin tanah itu menghasilkan RM yang hanya akan mengalir kepada Felda sahaja, tidak kepada yang lain. Maka tanah-tanah itu dijadikan ladang Felda. Pekerja diimport dari Indonesia. Digajikan. Cukup tempoh mereka dihantar pulang. Dan hasil ladang itu masuk ke kantong Felda kesemuanya. Itulah dia Felda Plantation.

Bukan sedikit jumlahnya. 367,710 hektar. Jika diagihkan kepada anak-anak peneroka satu hektar seorang, 0.368 juta anak-anak peneroka yang merempat di tanah rancangan sekarang ini akan dapat tanah dan mampu membina kehidupan sendiri. Tidak perlu lagi menumpang di rumah orang tua yang sudah uzur.

Kini apabila Isa mengambil alih ‘tampuk pemerintahan’ Felda, semua harta Felda ini disatukan di bawah kangkangnya. Lembaga pengarah anak-anak syarikat ini dibubarkan. Isa melantik dirinya sendiri menjadi taukeh bagi tiap syarikat. Dilantik beberapa orang pengurus dan kerani dari kalangan suku sakatnya untuk menguruskan syarikat itu. Bahkan koperasi milik para peneroka yang dikenali sebagai KPF, turut dijajah Isa. Pengerusi KPF, Datuk Dzul disingkir. Datuk Dzul bukan orang luar. Dia Pengarah Besar Felda. Isa kemudian melantik dirinya sendiri sebagai pengerusi KPF. Isa bukan peneroka Felda. Dia bukan kakitangan Felda. Dia tak layak jadi ahli koperasi Felda. Tetapi Isa rakus. Dia melantik dirinya sendiri jadi ketua koperasi ini.

Ditubuhnya FGVH (Felda Global Venture Holding). Dijemput orang yang telah merugikan ratusan juta RM beberapa syarikat gergasi sebelum ini untuk mengemudi FGVH. Semua anak syarikat Felda duduk bawah FGVH. Ladang-ladang juga di bawah FGVH.

Lalu FGVH itu diletak di atas meja lelongan di Bursa Malaysia. “Lelong lelong! Sapa mau beli. Sapa mau beli. Mai mai. Satu unit empat ringgit lima kupang lima duit.”

Kenapa nak jual? Kata mereka, untuk meningkatkan taraf hidup warga Felda. Ya kah? Betul ke? Siapa yang akan kaya memperdagangkan titik peluh peneroka ini? Penerokakah? Atau pak-pak menteri?

Modalnya dari titik peluh peneroka.
Pemegang sahamnya siapa?
Isa Samad dapat 180,000 unit.
Ahmad Sabri dapat 180,000 unit.
Dato’-dato’ dan tan sri para pemimpin umno dapat puluhan ribu unit.
Peneroka dapat berapa? Hanya 800 unit. Itupun dipaksakan berhutang dengan bank yang cagarannya adalah tanah peneroka itu sendiri.

Letih, lelah, penat abah dan peneroka-peneroka Felda, yang dapat hasil ialah Dato’ Tan Sri yang tak ada kena mengena dengan Felda. Yang bakal memiliki segala aset ini ialah kapitalis-kapitalis yang rakus dari kalangan Yahudi, Nasara, komunis dan lain-lain yang mempunyai wang.

Adapun peneroka seperti abah…. Hanya memandang dan melihat. Menghitung hari tua. Memetik biji tasbih. Menunggu Malakul Maut sambil memerhati hasil titik peluh mereka diratah oleh Isa Samad dan konco-konconya….

Dan hari ini aku terbaca satu entry FB dari sahabatku saudara Mazlan Aliman:

“Terdapat 112,635 peneroka Felda seluruh negara,
Ada 23,000 kakitangan Kumpulan Felda
Ada 45,000 pekerja Ladang Felda Plantation,
Terdapat 537,738 hektar tanah kebun peneroka,
Terdapat 367,710 hektar tanah Felda Plantation. . .

Ada 317 Tanah Rancangan Felda seluruh negara,
Ada 150 Ladang Felda Plantation,
Ada 47 Anak2 Sykt Felda,
97 peratus peneroka Felda adalah orang melayu,

FELDA adalah Institusi yang diwujudkan pada 1 Julai 1956
Ia sedang dipertaruhkan oleh Najib dan kuncu2nya....
Penyenaraian FGVH ke Bursa Msia membuka ruang kepada pemilikan asing
Sykt Yahudi, Bonge Limited dan Louis Dreyfus telah menjadi Rakan Strategik kpd FGVH
melabur dalam FGVH.
Yahudi dan Komunis telah menjadi sahabat akrab FGVH?

Adakah kita tergamak membiarkan Felda lingkup akibat pengkhianatan pemimpin Umno?
Adakah kita lupa nasib peneroka Felda Cahaya Baru, Sg Buaya, Labu Johnson, Sendayan dan Bukit Cherakah?
Menang sorak kampung tergadai....

Jom ke Himpunan Oren Selamatkan Felda 14 julai ini,
Tunjukkan sokongan dan dokongan melalui Himpunan terbesar warga Felda,
Jangan pentingkan diri sendiri;
Bersama kita mengiringi memo kepada Yang Di Pertuan Agong di Istana Negara
Hentikan penyenaraian FGVH di Bursa Msia,
Kembalikan hak peneroka Felda,

Gabungkan kekuatan menentang penkhianat dan petualang negara,
Najib, Ahmad Maslan dan Isa Samad adalah perompak harta rakyat,
Nyahkan mereka dlm PRU 13 ini,

Mulakan melalui,...Himpunan Oren Selamatkan Felda!”

Selasa, Jun 26, 2012

"BERDOSA PRU MUSIM HAJI"- Murshid



Top of Form
Berdosa Jika Pilihanraya Dilaksanakan Sewaktu Musim Haji

Oleh:  Multaqa Asatizah & Du’at (MURSHID)

Kami, selaku pendakwah dan asatizah telah dan kerap ditanya berkenaan isu mengadakan pilihanraya sewaktu musim haji. Justeru itu, sebagai respon kepada pertanyaan tersebut, pihak Multaqa Asatizah & Duat (MURSHID) dalam mesyuarat yang lalu berpendapat seperti berikut :-

Di dalam system demokrasi, pilihanraya dan proses pengundian adalah ibarat suatu mahkamah besar bagi memilih siapa yang lebih layak diberikan amanah memerintah, maka sewaktu sistem demokrasi dijadikan panduan dan diterima oleh majoriti rakyat, tugas terbesar kerajaan melalui Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah memastikan semaksima mungkin penyertaan rakyat dalam pilihanraya, justeru kempen untuk pendaftaran pengundi mestilah dipertingkatkan kecanggihannya dan dipermudah di seluruh tanahair. Rakyat Malaysia selaku pengundi layak yang berada di luar negara perlu di jamin hak mereka agar boleh mengundi melalui kaedah yang berkesan lagi dipercayai.

Kami juga bersepakat bahawa Pilihanraya dan proses pengundian TIDAK BOLEH atau HARAM dilaksanakan sewaktu musim perayaan dan ibadah umat Islam khususnya musim haji yang mana berpuluh ribu pengundi dan petugas haji sedang berada di luar negara.

Sekiranya pilihanraya tetap dilakukan di musim haji, itu merupakan suatu pengkhianatan terhadap amanah dan sistem pemilihan. Ini adalah kerana proses pengundi adalah suatu proses KESAKSIAN. Firman Allah :

(وأشهدوا ذوى عدل منكم ..(الطلاق: 2
Mafhum : “Bersaksilah dengan mereka yang adil dari kalangan kamu.”
( At-Talaq: 2)

Juga Firman Allah :
وَلاَ يَأْبَ الشُّهَدَاء إِذَا مَا دُعُوا
Ertinya : Janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan) apabila mereka dipanggil."
(Al-Baqarah : 282)

Dalil-dalil di atas menunjukkan, apabila kita berada di dalam suatu situasi atau keadaan sistem yang memerlukan mereka yang bermaklumat memberi kesaksian demi memberikan keputusan demi keadilan, mereka adalah dikira sebagai saksi yang diharamkan untuk menolak dari memberikan keterangan dan kesaksian.

Dalam konteks pilihanraya, rakyat sebenarnya bertindak sebagai SAKSI sama ada untuk menyokong atau menolak mana-mana calon yang bertanding. Justeru, SEKIRANYA pihak berkuasa memutuskan pilihanraya akan dijalankan pada musim haji, ia adalah suatu tindakan yang akan menghalang rakyat dari keluar menunaikan tanggungjawab mengundi.

Jika seorang saksi TIDAK DIBENARKAN untuk menolak tanggungjawab memberi kesaksian, maka tentunya DIHARAMKAN juga bagi pihak ketiga untuk menghalang saksi dari memberikan kesaksian seperti sengaja mengadakan sesi perbicaraan ketika saksi berada di luar negara.

Justeru, setiap individu yang mempunyai hak dan berkelayakan memberikan kesaksian samada di mahkamah, termasuk kesaksian dalam bentuk mengundi sewaktu pilihanraya, tidak dibolehkan untuk sengaja menyembunyikan kesaksian atau dinafikan hak dan ruang memberi kesaksian termasuk oleh pihak berkuasa sekalipun. Firman Allah Ta'ala :

وَلَا تَكْتُمُوا الشَّهَادَةَ وَمَنْ يَكْتُمْهَا فَإِنَّهُ آثِمٌ قَلْبُهُ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ
"Maka janganlah kamu (wahai orang-orang yang menjadi saksi) menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu dan sesiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya dia adalah orang yang berdosa hatinya dan (ingatlah), Allah sentiasa Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan."
(Al-Baqarah :283)

Akhirnya, kami menyeru pihak berkuasa agar teguh menjalankan amanah yang terbaik buat rakyat bagi mereka menjalankan tugas dan amanah selaku pengundi yang perlu memberi penyaksian parti dan calon yang dipercayainya. Kami yakin, pihak berkuasa tentunya bijak dalam memutuskan keputusan dalam hal ini.

Sekian dari kami,

1. Dr. Zaharuddin Abd Rahman (Pengerusi)
2. Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
3. Dr. Zahazan Mohamed
4. Dr. Maszlee Malek
5. Dr. Abd Basit Abd Rahman
6. Dr. Ahmad Wifaq Mokhtar
7. Dr. Khairuddin Aman Razali
8. Dr. Sukki Othman
9. Ustaz Roslan Mohammad
10. Ustaz Zamri Zainuldin
11. Ustaz Mohd Nidzam Abd Kadir
12. Ustaz Imam Muda Asyraf Ridzuan
13. Ustaz Izhar Ariff Mohd Kashim
14. Ustaz Aizam Mas’ud
15. Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman
16. Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil
17. Ustaz Syed Mohamad Nurhisham Tuan Padang
18. Ustaz Ramadan Fitri Elias
19. Ustaaz Abdullah Bukhari Abd Rahim
20. Xifu Naseer Abd Rahman


Jumaat, Jun 22, 2012

HIMPUNAN SEJUTA UMMAT


Gambar ini diambil dan diupload ke internet pada jam 12.36 dinihari Jumaat 22 Jun 2012. Ia menggambarkan ratusan ribu rakyat Mesir dari pelbagai latarbelakang politik telah memenuhi setiap ruang Dataran Tahrir Kaherah bagi menyertai Himpunan Sejuta Ummat pada keesokan paginya.

Penganjur menyasarkan himpunan bermula jam 5 petang Jumaat bagi mengelak peserta terkesan dengan cuaca panas melampau sekarang. Namun semangat para demonstran tidak luntur dan datang lebih awal sejak hari sebelumnya.

Mereka berhimpun kerana melihat kuasa tentera semakin menyerlahkan sikap membelakangkan kehendak majoriti rakyat. Ini berikutan tindakan membatalkan keputusan pilihanraya parlimen yang berpihak kepada gerakan-gerakan Islam, melengah-lengahkan pengumuman keputusan pilihanraya presiden, mencadangkan beberapa pindaan perlembagaan yang hanya akan menambah kuasa kepada tentera dan mengurangkan kuasa presiden pilihan rakyat.

Himpunan ini didominasi oleh pengikut Ikhwanul Muslimin disamping gerakan-gerakan Islam lain, golongan liberalis, Kristian Coptik dan revolusioner lain.

Antaranya ialah Parti Pembebasan dan Keadilan (sayap politik Ikhwan), Parti An-Nur (sayap politik gerakan Salafi),  Parti Kemajuan dan Pembangunan (sayap politik Jamaah Islamiyah), Parti Al Wasat, Gerakan 6 April dan lain-lain. 

Beberapa hari lalu penyokong Muhammad Mursy mengisytiharkannya memenangai pilihanraya presiden dengan memperoleh 52% sokongan. Jumlah sokongan pengundi Mesir di luar negara terhadap Mursy menjangkau angka 79%. Namun SPR belum mengesahkan angka berkenaan.

Khamis, Jun 21, 2012

Kenali Calon Ikhwan


* الدكتور المهندس محمد مرسي رئيس حزب الحرية والعدالة وعضو مكتب الإرشاد بجماعة الإخوان المسلمين سابقًا، وأحد القيادات السياسية بالجماعة التي قادت النضال ضد النظام المخلوع في عقده الأخير، ورئيس الكتلة البرلمانية للإخوان المسلمين بمجلس الشعب دورة 2000-2005م، ورئيس قسم علم المواد بكلية الهندسة جامعة الزقازيق.

* الدكتور محمد محمد مرسي عيسى العياط وُلد في أغسطس 1951م بمحافظة الشرقية حصل على بكالوريوس الهندسة من جامعة القاهرة عام 1975م ثم ماجستير في هندسة الفلزات من نفس الجامعة 1978م كما حصل على الدكتوراه في الهندسة من جامعة جنوب كاليفورنيا 1982م.

* عمل معيدًا ومدرسًا مساعدًا بكلية الهندسة جامعة القاهرة مدرسًا مساعدًا بجامعة جنوب كاليفورنيا، وأستاذًا مساعدًا في جامعة نورث ردج في الولايات المتحدة في كاليفورنيا بين عامي 1982- 1985م، وأستاذًا ورئيس قسم هندسة المواد بكلية الهندسة جامعة الزقازيق من العام 1985م وحتى العام 2010م، وانتخب عضوًا بنادي هيئة التدريس بجامعة الزقازيق.

* وقع عليه الاختيار كعضو في لجنة مقاومة الصهيونية بمحافظة الشرقية، كما اختير عضوًا بالمؤتمر الدولي للأحزاب والقوى السياسية والنقابات المهنية، وهو عضو مؤسس باللجنة المصرية لمقاومة المشروع الصهيوني.

* عُرف بعمله الدءوب في كل موقع وصل إليه بداية من المجالات العلمية وتفوقه الكبير فيها، وصولاً للمواقع السياسية والنضالية التي تقلدها وأثبت جدارته بها.

* له أبحاث متخصصة في المجالات الصناعية التي ترتبط بالإنتاج على أرض الواقع في المجالات الصناعية الكبرى في مصر، كما أن له عشرات الأبحاث في "معالجة أسطح المعادن"، والذي يعد من المجالات العلمية الدقيقة، عمل في مشروعات ممولة من وكالة ناسا اثناء عمله فى جامعة كاليفورنيا

* بسبب مواقفه الرافضة باستمرار للممارسات الظالمة للنظام المخلوع تعرض الدكتور محمد مرسي للاعتقال مرات عديدة، فبعد تزوير انتخابات 2005م كان الدكتور محمد مرسي في مقدمة المظاهرات الداعمة للقضاة المطالبين باستقلالهم والرافضين لتحويل بعضهم للجنة الصلاحية عقابًا على مواقفهم، فاعتقل في صبيحة يوم 18 مايو 2006م مع 500 من أعضاء الإخوان من أمام محكمة شمال القاهرة، ومجمع محاكم الجلاء بوسط القاهرة ليقضي 7 أشهر خلف القضبان.

* كما اعتقل صباح يوم جمعة الغضب 28 يناير 2011م أثناء ثورة 25 يناير ضمن عدد كبير من قيادات الإخوان على مستوى المحافظات؛ لمنعهم من المشاركة في جمعة الغضب، وبعد فتح السجون وهروب المساجين، رفض مرسي ترك السجن، واتصل بالقنوات الفضائية ووكالات الأنباء يطالب الجهات القضائية بالانتقال لمقرِّ السجن والتحقق من موقفهم القانوني وأسباب اعتقالهم، قبل أن يغادر السجن؛ لعدم وصول أي جهة قضائية إليهم.

* وتعدى الظلم الذي تعرض له الدكتور محمد مرسي إلى عائلته؛ حيث تمَّ اعتقال نجله الدكتور أحمد عند إعلان والده الترشيح لمجلس الشعب عام 2000م واعتقل 3 مرات ووالده نائب بالمجلس، ولم تتوقف بعد انتهاء الدورة البرلمانية.

* وبعد تميزه الكبير في العمل السياسي في سنوات البرلمان الخمس التي شارك بها اختاره مجلس الشورى العام للإخوان المسلمين ليكون عضوًا بمكتب إرشاد الجماعة، وبعد الثورة انتخبه مجلس شورى الإخوان رئيسًا لحزب الحرية والعدالة الذي أنشأته الجماعة.
Najla' Ali, isteri yang sentiasa menyokong perjuangan suaminya

* وسطع نجم د. محمد مرسي في برلمان 2000م؛ حيث له دور واضح ومؤثر خلال تلك الدورة البرلمانية كرئيسٍ للكتلة البرلمانية؛ حيث كان من أنشط أعضاء مجلس الشعب، وصاحب أشهر استجوابٍ في مجلس الشعب عن حادث قطار الصعيد وأدان الحكومة وخرجت الصحف الحكومية في اليوم التالي تشيد باستجوابه، وتم اختياره عالميًّا كأفضل برلماني 2000- 2005 من خلال أدائه البرلماني.

* وفي انتخابات لمجلس الشعب 2005 حصل على أعلى الأصوات وبفارقٍ كبيرٍ عن أقرب منافسيه، ولكن تم إجراء جولة إعادة أعلن بعدها فوز منافسه بالتزوير. * ولعب د. مرسي دورًا كبيرًا في القسم السياسي لجماعة الإخوان المسلمين؛ حيث كان مشرفًا على القسم السياسي الذي شهد تفاعلاً كبيرًا خلال الفترة الأخيرة بدءًا من مبادرة الإصلاح التي أطلقتها الجماعة عام 2004م، ومرورًا بطرح برنامج الحزب "القراءة الأولى "عام 2007م، فيما قاد المطبخ السياسي للانتخابات البرلمانية في 2010م.

Rabu, Februari 22, 2012

YANG ANWAR SEBUT... DAN YANG SEPATUTNYA ANWAR SEBUT

Saya baru sahaja menonton ucapan Anwar di Amerika Syarikat yang dikatakan menyokong Israel. Saya enggan mengulas selagi tidak mendengar/menonton kenyataan itu. 

Tidak dinafikan isu Anwar dan Israel sengaja dimainkan oleh musuh politiknya untuk manfaat PRU yang bakal menjelang. Tidak dinafikan pemimpin BN bersikap oportunis dalam menonjolkan isu ini. Rakyat masih ingat pertemuan beberapa pemimpin negara dengan pemimpin negara haram Israel. 

Rakyat juga saksikan bagaimana ribuan umat Islam yang membantah kedatangan pemain kriket Israel pada 1997, diperlakukan dengan begitu kasar oleh FRU di Masjid Ar Rahman. Mereka disembur air kimia, ditembak gas pemedih mata, dihambat dan dikejar hingga ke dalam masjid, ditangkap dan dibelasah. Sebahagiannya di dakwa di mahkamah. Dua orng dipenjarakan selama dua bulan. Semua ini masih segar dalam ingatan rakyat. 

Namun ini tidak bermakna apa yang diucapkan oleh Anwar itu mesti diterima. Anwar bukan seorang yang maksum, tiada dosa dan kesalahan dan tidak boleh dikritik dan ditegur. Anwar juga banyak buat silap.

Rabu, Februari 01, 2012

Konsep Wasatiyyah Jangan Jadi Kebatilan - Abd Hadi

Mutakhir ini perkataan al-Wasatiyyah diwarwarkan, menggantikan slogan Islam Hadari yang ditenggelamkan entah di mana dan tidak diketahui sampai ke mana. Jangan terjebak dengan apa yang disebut oleh ucapan Sayyidina Ali K.W.

كلمة حق أريد بها باطل

(Kata-kata yang benar dijadikan tujuannya kebatilan)

Kebenaran yang mutlak tanpa dipertikaikan ialah kenyataan daripada Allah. Marilah kita berpegang kepadanya.

Sabtu, Januari 28, 2012

Pakar Ekonomi: Felda bakal gulung tikar

Felda diunjur defisit selepas penyenaraian FGVH?

Oleh: Dr Rosli Yaakop

Datuk Ahmad Maslan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri mendakwa (Malaysiakini, 27 Januari 2012) angka-angka yang didedahkan oleh Presiden ANAK, Mazlan Aliman dan saya pada sidang akhbar pada 26 Januari 2012 tidak betul.

Saya ingin memberitahu bahawa maklumat yang kami perolehi adalah berwibawa. Tentang angka-angka yang kami sebut, saya mahu menegaskan di sini bahawa saya tidak mereka-reka angka. Saya memetik angka-angka itu dari sumber yang diyakini berstatus “boleh dipercayai” (reliable). Saya tidak memetik angka dari sumber yang saya yakini “tidak boleh dipercayai” jauh sekali untuk mengada-adakan angka sendiri.