Rabu, Jun 18, 2008
UJIAN BESAR UNTUK PAHALA BESAR
Rabu, Jun 11, 2008
NOSTALGIA UMRAH MEI-JUN 2008
* Bagi sesiapa yang ada gambar-gambar kenangan umrah yang bagus-bagus, boleh kirimkan kepada saya menerusi email: ibnuismail@yahoo.com
Selasa, Jun 10, 2008
QATAR YANG KEHILANGAN IDENTITI

Tahun lalu saya menaiki pesawat SriLankan Airlines dan singgah di Colombo selama satu jam. Pesawat dari Sri Lanka itu terlewat memulakan perjalanan dari KLIA selama lebih 4 jam. Perjalanan pulang dari Jeddah juga lewat 5 jam.
Namun pesawat Qatar berlepas dan tiba tepat pada waktu yang dijadualkan. Semuanya adalah ditentukan Allah.
Selepas hamper 8 jam berada di dalam pesawat, kami singgah di Doha, ibu Negara Qatar. Jam menunujukkan pukul 6 pagi (11 pagi waktu Malaysia). Saya merasa beruntung dapat menjejakkan kaki ke ibu kota yang terkenal dengan stesen TV Al Jazeerah.
Selama 6 jam berlegar di ruang Lapangan Terbang Antarabangsa itu, banyak perkara telah menarik perhatian saya.
Pertama, soal keselamatan. Saya melihat kawalan keselamatan agak longgar. Hampir semua petugas di pintu masuk negara berkenaan bukan rakyat Qatar dan bukan berbangsa Arab. Saya hairan bagaimana Qatar memelihara kedaulatan negaranya apabila membiarkan ‘orang luar’ menjaga pintu masuknya.
Berbeza dengan Arab Saudi, meskipun ramai pekerja asing wujud di negara berkenaan, namun soal keselamatan tetap dikendalikan oleh warganegaranya sendiri.
Lebih menghairankan apabila negara yang mempunyai penduduk seratus peratus berbangsa Arab itu, pekerja airportnya tidak tahu berbahasa Arab. Ketika menguruskan boarding pass seorang jemaah, saya bercakap menggunakan bahasa Arab.
Pegawai Qatar Airway yang bertugas ketika itu terpinga-pinga dan meminta saya bercakap menggunakan Bahasa Inggeris. Saya tidak pasti pegawai berkenaan berasal dari negara mana.
Sudah tidak adakah warga Qatar yang mampu bekerja di sektor berkanaan. Hinggakan isteri saya tertanya-tanya, yang mana satu orang Qatar?
Seterusnya dalam kajian saya, keseluruhan penduduk Qatar yang berjumlah 1.4 juta orang adalah beragama Islam dan berbangsa Arab. Namun pemandangan pertama sebaika sahaja memasuki lapangan terbeang berkenaan ialah kedai-kedai bebas cukai yang menjual minuman keras pelbagai jenama.
Dalam perjalanan pulang, kami singgah sekali lagi di Doha. Walaupun hanya satu jam transit di situ, saya sempat ‘merayau-rayau’ sekitar kewasan lapangan terbang.
Oleh kerana agak kurang sihat, saya turun ke pusat membeli-belahnya untuk mencari ubat batuk. Namun sebaik sahaja saya memasuki ruang jualan, terpampang dihadapan saya gambar wanita yang mengiklankan arak.
Botol-botol arak pelbagai jenama di susun kemas di atas rak-rak yang disediakan. Begitu juga dengan rokok.
Adakah pentadbir Qatar terlupa di negara berkenaan ada seorang ulama’ yang disegani di seluruh dunia, Dr Yusuf Al Qardhawi. Dimanakah identiti Qatar yang sebenarnya. Qatar berbangsa Arab. Qatar beragama Islam. Pemimpinnya beragama Islam. Tanahnya tidak bersempadan dengan mana-mana negara bukan Islam. Ia hanya bersempadan dengan Arab Saudi yang juga sebuah negara umat Islam dan berbangsa Arab. Waktunya sama dengan waktu Makkah Al Mukarramah. Matawangnya sama dengan Arab Saudi (riyal). Merdeka sudah lama (3.9.1971). Jadi, terlalu sukarkah bagi Qatar untuk membina identitinya sendiri?
Dalam terfikir-fikir itu, saya teringat negara saya tercinta. Buruk-buruk Malaysiapun, pekerja-pekerjanya ramai yang menutup aurat. Rakyat Malaysia bukan berbangsa Arab. Mereka tak faham Bahasa Arab. Mereka pandai baca Al Quran, tapi tak faham apa yang dibaca.
Namun mereka tetap berpegang dengan ajaran Al Quran. Menutup aurat menjadi satu amalan yang sudah diamalkan dengan begitu meluas.
Kami meneruskan perjalanan ke KLIA dengan pesawat Airbus Qatar Airway. Tepat jam 9.10 pagi, kami tiba di KLIA. Alhamdulillah, saya bersyukur kami tiba dengan selamat.
Keluar sahaja dari pesawat, saya menarik nafas sedalam-dalamnya menyedut udara segar tanah air tercinta.
Saya berjalan laju menuju ke platform untuk menaiki keretapi ke terminal. Hampir sahaja ke pintu keretapi, kelihatan kedai pertama yang menyambut pengunjung yang baru tiba ke Malaysia.
Kedai apa? Rupa-rupanya sama juga dengan Qatar, kedai arak. Sayang sekali, Malaysia diwar-warkan sebagai negara Islam contoh. Namun apabila pengunjung tiba ke negara ini, kedai pertama yang mengalu-alukan kedatangan mereka ialah kedai minuman keras!
Fikir-fikirkanlah.
Selasa, Mei 20, 2008
SEJARAH PEMIMPIN NEGARA YANG UNIK
Sejarah politik Dr Mahathir:
1946: Menjadi ahli UMNO semasa ia ditubuhkan.
TINDAKAN DR MAHATHIR BUKAN LUAR BIASA
Jumaat, Mei 16, 2008
MAKKAH BERWAJAH BARU
PERISTIWA SELEPAS BADAR
1. KEMATIAN
Umaiyyah bin Khalaf turut terbunuh ditangan bekas hambanya, Bilal dan Ammar bin Yasir serta beberapa orang Ansar. Hanzalah bin Abu Sufyan dan Abu Jahal turut terbunuh dalam peperangan Badar.
Rasulullah SAW mengarahkan para sahabat menanam mayat tentera musyrikin. Setelah selesai, baginda berdiri di situ dan berseru memanggil nama pemimpin-pemimpin Quraisy yang mati itu:
يا فلان بن فلان يا فلان بن فلان، أيسركم أنكم كنتم أطعتم الله ورسوله،
“Wahai fulan bin fulan, wahai fulan bin fulan, bukankah sesuatu yang sangat menggembirakan sekiranya dahulu kamu taat kepada Allah dan rasul-Nya! Sesungguhnya kami telah mendapati apa yang dijanjikan oleh Tuhan kami untuk kami sebagai janji yang benar. Adakah kalian dapati janji tuhan kalian kepada kalian juga benar?”
Saidina Umar yang memerhatikan peristiwa itu bertanya kepada baginda: “Ya Rasulullah, tuan berbicara dengan jasad yang sudah tidak bernyawa? Baginda menjawab, “Demi Allah yang diriku berada dalam genggamannya, bukanlah kamu sahaja yang mendengar…”
2. SYUHADA’
Seramai 14 orang para sahabat terbunuh syahid dalam peperangan ini. Mereka ialah Umair bin Abi Waqas, Safwan bin Wahab, Zu As-Syimalain bin Abd Amru, Mahja’ bin Saleh, Aqil dan Ubaidah bin Al Harith (2 beradik), Saad bin Khaithamah, Mubasysyir bin Abd Munzir, Harithah bin Suraqah, Rafi’ bin Al Ma’la’, Umair bin Al Hammam, Yazid, Mu’awwiz dan ‘Auf bin Al Harith (3 beradik). Nama-nama ini tercatat pada batu tanda kubur para syuhada’ Badar (rujuk gambar).
Orang-orang yang terbunuh dalam perang sabilillah dianggap tidak mati. Sebaliknya mereka hidup dengan mendapat anugerah besar daripada Allah. Firman Allah yang bermaksud:
3. TAWANAN
Seramai 70 orang yang lain pula menjadi tawanan di tangan tentera Islam. Rasulullah SAW berbincang dengan para sahabat, tindakan apa yang patut dilakukan terhadap para tawanan yang ramai itu.
Umar mencadangkan supaya mereka semua dibunuh. Pendapat Umar disokong oleh Saad bin Muaz dan Abdullah bin Rawwahah.
Abu Bakr pula berpendapat supaya diberi peluang kepada mereka untuk hidup dengan bayaran wang tebusan.
Sebelum membuat keputusan, baginda memuji kedua-dua pihak. Umar disifatkan seperti Nabi Nuh yang berdoa mohon kehancuran untuk kaumnya:
Abu Bakr pula baginda sifatkan bagaikan Nabi Ibrahim yang bermunajat kepada Allah:
“Wahai Tuhanku, berhala-berhala itu telah menyebabkan sesat banyak di antara umat manusia. oleh itu, sesiapa Yang menurutku (dalam Islam Yang menjadi peganganku) maka ia adalah dari golonganku; dan sesiapa Yang menderhaka kepadaKu (dengan menyalahi ugamaku), maka Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani (kiranya ia insaf dan bertaubat).” (Surah Ibrahim ayat 36)
Setelah itu baginda membuat keputusan untuk menerima wang tebusan. Bagi yang tidak membayar wang tebusan, mereka dikehendaki mengajar anak-anak orang Islam, ilmu-ilmu yang mereka miliki.
Maka ramailah yang dibebaskan setelah membayar tebusan termasuk Al Walid bin Al Walid yang kemudiannya memeluk Islam. Begitu juga dengan pemegang bendera, As Sa’ib bin Yazid. Manakala Abu Sufyan pula enggan membayar wang tebusan untuk anaknya Amru yang menjadi tawanan. Katanya, “Demi Allah, Muhammad tidak boleh mengumpul anakku dan hartaku sekali.” Untuk membebaskannya, Abu Sufyan telah menangkap Saad bin Nu’man Al-Ansari yang datang ke Mekah untuk menunaikan umrah. Kedua-dua tawanan itu kemudiannya ditukar.
4. TEGURAN ALLAH
Setelah selesai semua urusan pembayaran tebusan, maka datang satu teguran daripada Allah terhadap keputusan rasul-Nya yang memilih kaedah wang tebusan untuk menyelesaikan masalah tawanan. Allah menegur bahawa menerima wang tebusan tidak sepatutnya menjadi pilihan seorang rasul.
Firman Allah yang bermaksud:
“Tidaklah patut bagi seseorang Nabi mempunyai orang-orang tawanan sebelum ia dapat membunuh sebanyak-banyaknya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda dunia (yang tidak kekal), sedang Allah menghendaki (untuk kamu pahala) akhirat. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. Kalaulah tidak (kerana) adanya ketetapan dari Allah Yang telah terdahulu, tentulah kamu ditimpa azab seksa Yang besar disebabkan (penebus diri) Yang kamu ambil (dari orang-orang tawanan) itu.” (Al-Anfal ayat 67-68)
5. HARTA RAMPASAN
Oleh kerana Badar merupakan pengalaman pertama umat Islam memperoleh kemenangan yang besar dan mendapat harta rampasan yang banyak, maka para sahabat kebingungan dalam menguruskan harta berkenaan. Berlaku perbezaan pendapat antara golongan muda dan tua.
Perbezaan pendapat ini hampir-hampir mencetuskan perkara yang tidak diingini, lalu Allah yang Maha Mengetahui menurunkan ayat pertama daripada surah Al Anfal bagi memperjelaskan kedudukan harta rampasan itu.
“Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) tentang harta rampasan perang. katakanlah: "Harta rampasan perang itu (terserah) bagi Allah dan bagi RasulNya (untuk menentukan pembahagiannya). oleh itu, bertaqwalah kamu kepada Allah dan perbaikilah keadaan perhubungan di antara kamu, serta Taatlah kepada Allah dan RasulNya, jika betul kamu orang-orang Yang beriman.” (Al Anfal ayat 1)
Seperti biasa, apabila turunnya ayat Al Quran, maka terungkailah segala permasalahan dan tunduk patuhlah semua sahabat. Mereka akur dan menerima keputusan Allah dan rasul-Nya.
Rasulullah SAW lantas membahagi-bahagikan harta rampasan secara sama rata di kalangan pejalan kaki ada sukatan tertentu dan di kalangan penunggang kuda ada sukatannya tanpa mengira tua atau muda.
Beberapa ketika kemudian turun pula ayat ke 41 memperincikan pembahagian yang sepatutnya:
“Dan ketahuilah, bahawa apa sahaja yang kamu dapati sebagai harta rampasan perang, maka Sesungguhnya satu perlimanya (dibahagikan) untuk (jalan) Allah, dan untuk RasulNya, dan untuk kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta ibnus-sabil (orang musafir Yang keputusan), jika kamu beriman kepada Allah dan kepada apa Yang telah diturunkan oleh Kami (Allah) kepada hamba Kami (Muhammad) pada "Hari Al-Furqaan", iaitu hari bertemunya dua angkatan tentera (Islam dan kafir, di medan perang Badar). Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”
Khamis, Mei 15, 2008
60 TAHUN PALESTIN DIJAJAH
Firman Allah dalam Surah Al Isra' ayat 1 bermaksud:
Manakala umat Islam yang prihatin mengenai isu Palestin pula menjadikan angka tersebut sebagai satu peringatan bahawa sudah 6 dekat bumi Islam itu dijajah dan diperkosa. Dari itu mereka menjadikan usaha-usaha lepas yang pernah dilakukan dalam membebaskan al-Aqsa sebagai pengalaman dan pengajaran untuk langkah seterusnya dalam perjuangan membebaskam `bumi perjuangan (ÃÑúÖõ ÇáÑøöÈóÇØ) ini.
Tarikh penting tersebut adalah detik hitam buat penduduk Palestin, orang-orang Arab dan dunia Islam secara keseluruhannya. Negara Palestin yang selama ini telah dinaungi kedamaian dan keadilan untuk ribuan tahun itu semakin merasai keperitan, kepedihan dan derita yang berpanjangan apabila mereka berada di bawah jajahan dan kongkongan Yahudi Zionis sejak enam dekad yang lalu.
Di manakah Umar, sebagai pembuka Palestin?. Umat Islam hari ini memerlukan jiwa seperti mereka. Jiwa umat Islam perlu dibangunkan kembali, tanpa mengira sempadan geografi atau keturunan. Jiwa umat Islam seluruh dunia wajib disedarkan sekarang ini, sebagaimana sedarnya jiwa-jiwa umat Islam Palestin untuk membebaskan Baitul Maqdis apabila Intifadhah bermula pada 8 Disember 1987. Jiwa umat Islam perlu dimerdekakan daripada perhambaan kepada hamba, kepada perhambaan hanya kepada Allah Yang Tunggal lagi Maha Perkasa.
2. Perlu mengetahui hakikat pertembungan kita terhadap Yahudi, bukannya bertitik tolak daripada perasaan benci, dengki atau dendam, tetapi ia adalah bertitik tolak daripada tindak balas terhadap permusuhan yang mereka lakukan dan juga usaha untuk mengembalikan hak umat Islam yang dirampas.
3. Kita perlu mengetahui bahawa isu ini berkaitan dengan semua orang Islam dan juga arab serta perlunya menolak segala salah faham yang berkaitan dengannya.
4. Kita perlu memperbetulkan penggunaan istilah yang terpesong daripada maksud sebenar, yang cuba dimainkan oleh media musuh. Antaranya; istilah pengganas telah mereka gunakan bagi merujuk kepada umat Islam yang berjuang menentang penjajah di Palestin, begitu juga istilah operasi berani mati atau operasi bunuh diri telah diperkenalkan kepada dunia bagi menggantikan istilah sebenar dalam Islam iaitu operasi syahid.
5. Kita perlu mengetahui dan menyedari bahawa ketidak pedulian orang Islam dan arab daripada persoalan akhlak, nilai dan syariah di kalangan mereka adalah bahaya yang mengatasi kekuatan tentera yang ada pada Zionis.
6. Kita perlu memerangi fahaman yang negatif dan logika menyerah tanpa berusaha (mantiq tawaakuli), yang menyebabkan seseorang merasa berpuas hati, mundur ke belakang, hanya mengucap áÇ Íæá æáÇ ÞæÉ ÅáÇ Èçááå (tiada daya dan upaya melainkan milik Allah) dan berdoa, tanpa menunaikan kewajipan-kewajipan yang mereka mampu melaksanakannya.
7. Kita perlu menyatakan bahawa jihad mempunyai pelbagai cara, tanpa wujud sebarang pengurangan pahala atau kesannya dibandingkan dengan jihad bersenjata, seperti jihad dengan harta benda, jihad dengan ucapan, memboikot ekonomi musuh dan juga sokongan moral. Sesungguhnya setiap jiwa daripada kalangan umat ini baginya ada peranan dalam kontaks ini. Tidak ada seorang pun mempunyai alasan untuk berundur atau merasa lemah maupun bertangguh.
2. Menghidupkan perasaan dan sensitiviti terhadap apa yang sedang berlaku di sana, sama ada pencabulan tempat-tempat suci umat Islam, pembunuhan atau pencabulan ke atas kehormatan anak-anak gadis mereka.
3. Menghidupkan ruh jihad dalam jiwa ummah dan memerangi penyakit al-wahn yang diterjemahkan sebagai cintakan dunia serta takutkan mati. Di sinilah lahirnya kepentingan `tarbiyyah’ sama ada untuk individu maupun masyarakat.
4. Perlunya `nafas panjang’ tanpa gelojoh. Apa yang telah berlaku dan sedang berlaku merupakan hasil kesinambungan kerja yang dilakukan dalam tempoh yang panjang. Oleh itu `jalan pengislahan’ juga memerlukan tempoh.
2. Menghulurkan derma dalam apa jua bentuk sekalipun untuk umat Islam Palestin melalui pintu-pintu resmi atau badan-badan NGO yang sedia ada dan diyakini.
3. Mengadakan pameran-pemeran mengenai apa yang berlaku di bumi Palestin, di masjid-masjid, surau-surau, dewan-dewan serbaguna atau sebagainya.
4. Tidak mengabaikan golongan bukan Islam dalam membicarakan dan melibatkan diri dalam isu ini, di atas asas persefahaman bersama dan menyerlahkan dimensi kemanusiaan. Persefahaman ini adalah bertitik tolak daripada kefahaman yang benar, adil dan berdasarkan kemanusiaan.
Sesungguhnya kemenangan Islam itu memang pasti akan berlaku, maka beruntunglah bagi mereka yang berusaha untuk mengembalikan semula kegemilangan Islam yang pernah dikecapi sebelum ini.
Allaahumma ya Aziz ya Muntaqim!, satukanlah hati-hati umat Islam dengan ikatan yang satu, demi mempertahankan tanah suci Baitul Maqdis. Berikanlah kepada kami kemenangan yang hakiki dan seterusnya memperoleh kejayaan abadi di Akhirat nanti. Lembutkanlah hati- hati kami untuk sentiasa menghulurkan pertolongan dan bantuan kepada saudara kami di Palestin dan jadikanlah kehidupan kami sebagai secebis perjuangan untuk membebaskan bumi yang tercinta Palestin.
Rabu, Mei 14, 2008
KERJA SEBAGAI IBADAH
Tugas saya menjadi lebih mudah untuk menghuraikan konsep 'pengibadahan kerja' ini kerana setiap hari para jururawat sentiasa melakukan kebajikan, membantu yang memerlukan dan menolong orang yang susah. Sama ada yang datang kepada mereka itu orang 'besar' mahupun rakyat bawahan, mereka tetap menabur bakti.
Namun Nabi Muhammad SAW menjelaskan di dalam hadithnya yang masyhur, setiap amal kebajikan itu perlu disertakan dengan niat. Jika diniatkan kerana menunaikan perintah Allah, maka berpahalalah dia. Jika niat hanya kerana makan gaji, makan gaji sajalah yang diperoleh.
Saya turut menghuraikan bahawa konsep bekerja sebagai ibadah terkandung di dalam ungkapan-ungkapan berikut:
- Kerja yang membuktikan kita tunduk dan patuh kepada Allah
- Kerja yang tidak mengabaikan tanggung-jawab asas
- Kerja yang meningkatkan kedudukan ummah
- Kerja yang mementingkan budaya kerja cemerlang
Saya turut memetik formula kecemerlangan tulisan Dr Danial untuk bekalan para 'misi' yang hadir. Kata Dr Danial, individu yang cemerlang akan mengambil berat 7 perkara:
1. KENALI KEHEBATAN / POTENSI DIRI
2. MELEDAKKAN TAQWA
3. MELONJAKKAN ILMU
4. HIDUP BERMATLAMAT DAN BERWAWASAN
5. MEMELIHARA AMANAH
6. BERFIKIRAN POSITIF
7. MENYANTUNI MANUSIA
Namun keterbatasan masa menyebabkan saya tidak sempat untuk menghuraikan perkara-perkara yang menjadikan pekerjaan itu sebagai ibadah. Antaranya:
1. NIATKAN BEKERJA KERANA MENTAATI PERINTAH ALLAH
2. MELETAKKAN ALLAH SEBAGAI ‘MAJIKAN’ TERTINGGI
3. JADIKAN RASULULLAH SAW SEBAGAI USWAH (IKUTAN)
4. BERUSAHA UNTUK MEMPAMERKAN KEHEBATAN ISLAM
5. PELIHARA SIFAT MAHMUDAH, HINDARI MAZMUMAH
6. MEMELIHARA BATAS2 SYARIAT ALLAH
7. JANGAN MENGABAIKAN TANGGUNGJAWAB LAIN DENGAN SEBAB KERJA
8. JANGAN HIDUP ‘KERANA KERJA’… KERJA BUKAN SEGALA2NYA BAGI ANDA
9. BERUSAHA MENAMBAHKAN ILMU PENGETAHUAN
10. SENTIASA BERUSAHA MENAMBAH IMAN DAN TAQWA, BERDAMPINGLAH DENGAN MEREKA YANG DEKAT DENGAN ALLAH
Apapun, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Hospital Bentong, khususnya buat pengarah Hospital, Dr Ambikai V Palasubramaniam dan ketua jururawat yang sudi menjemput saya menyampaikan motivasi. Tahniah juga kepada Hospital Bentong kerana kini sudah ada beberapa orang jururawat dari kalangan kaum lelaki.
Terima kasih juga buat semua staf bukan jururawat yang turut serta menjayakan program, khususnya buat Hj Paharuddin yang menyambut ketibaan saya dan Encik Al-Amir, yang sudi mengikuti ceramah saya walaupun beliau sedang menderita dengan penyakit barahnya.



