2. Bolehkah orang jahat membantu memenangkan Islam. Jawabnya boleh. Ad Darimi meriwayatkan daripada Al Hakam bin Nafi' yang mendapat khabar dari Syuaib dari Az Zuhri dari Said bin Muthayyib dari Abu Hurairah Radhiallahu anhu katanya bahawa Nabi SAW pernah bersabda: إن الله يؤيد هذا الدين برجل فاجر (Sesungguhnya -ada ketikanya - Allah menolong agama ini dengan lelaki yang jahat).
Selasa, Oktober 20, 2009
ORANG JAHAT RAMAI, BILA ISLAM NAK MENANG
2. Bolehkah orang jahat membantu memenangkan Islam. Jawabnya boleh. Ad Darimi meriwayatkan daripada Al Hakam bin Nafi' yang mendapat khabar dari Syuaib dari Az Zuhri dari Said bin Muthayyib dari Abu Hurairah Radhiallahu anhu katanya bahawa Nabi SAW pernah bersabda: إن الله يؤيد هذا الدين برجل فاجر (Sesungguhnya -ada ketikanya - Allah menolong agama ini dengan lelaki yang jahat).
Selasa, Oktober 13, 2009
MASJID PERTAMA SELEPAS 61 TAHUN
2. Salah sebuah perkampungan yang dimusnahkan oleh penjajah ini ialah perkampungan Akbarah dekat bandar Safad. Masjid kampung berkenaan dirobohkan.
3. Sejak peristiwa berkenaan, penduduk kampung tidak pernah mendengar suara lauangan azan. Hinggalah pada tahun ini, baru mereka berjaya mendirikan masjid baru. Semoga Allah berikan kekuatan kepada mereka.
Jumaat, Oktober 09, 2009
TANTAWI DIKRITIK LAGI

Ali Laban, ahli Parlimen Ikhwanul Muslimin di Parlimen Mesir menyifatkan tindakan Syeikhul Azhar, Dr Sayyid Tantawi memaksa seorang pelajar Al Azhar menanggalkan niqabnya sebagai satu penghinaan yang menjatuhkan maruah manusia. Tindakan Tantawi disifatkan sebagai bercanggah dengan hukum Islam, undang-undang, perlembagaan negara dan keputusan Mahkamah Tinggi.
Beberapa hari lalu, Syeikh Tantawi dilaporkan mengarahkan seorang pelajar perempuan agar membuka niqab yang dipakainya apabila terlihat pelajar itu semasa melawat sebuah sekolah gabungan Universiti Al-Azhar.
Insiden itu menjadi lebih hangat apabila beliau dikatakan mengeluarkan kata-kata yang kurang baik terhadap pelajar berkenaan:
“Niqab tidak ada kaitan dengan Islam... saya lebih arif tentang agama daripada kamu dan ibu bapa kamu,” kata Tantawi kepada pelajar berkenaan.
Jurucakap Al-Azhar, Ahmed Tawfiq mengesahkan perkara tersebut, namun menegaskan bahawa Tantawi berbicara dengan baik kepada pelajar itu.
Ketika berucap dalam parlimen, Ali Laban memetik kaedah asas dalam ilmu fiqh yang mengatakan bahawa pihak berkuasa tidak boleh menghalang sesuatu perbuatan yang tidak disepakati (ijma’) sebagai suatu mungkar. Memakai niqab/furdah bukan sekadar tidak diijma’kan sebagai mungkar, bahkan tidak ada langsung ulama’ yang menghukumkannya sebagai mungkar yang perlu dihalang.
Lebih dari itu, katanya, setengah ulama’ menghukumkannya sebagai wajib seperti pendapat ulama’-ulama’ di Arab Saudi, setengahnya pula mengatakan sunat dan sebahagian yang lain menyifatkannya sebagai perbuatan yang mempunyai kelebihan. Tidak ada pandangan dan fatwa ulama’ yang mengatakan haram mahupun makruh.
Ali turut mengecam perbuatan Tantawi itu sebagai melanggar keputusan Mahkamah Tinggi terhadap Universiti Amerika Kaherah yang mengeluarkan arahan melarang pelajar memakai niqab. Keputusan mahkamah bil 3219/48 menyebut, “Niqab bukan suatu yang wajib. Ia adalah sunat atau harus. Oleh itu sesiapapun tidak boleh menghalang sesuatu yang hukumnya harus. Universiti hendaklah member ruang kepada pelajar yang berniqab untuk membentuk keperibadian mereka sendiri.”
Tindakan Tantawi juga bercanggah dengan Perkara 40 Perlembagaan Negara Mesir berkaitan hak persamaan.
Ali Laban juga mengkritik Tantawi yang banyak membuat sesuatu keputusan dengan membelakangkan Mujamma’ Buhuth Islamiah. Ini termasuklah keputusannya megharamkan pemakaian niqab di Ma’had-ma’had Al Azhar dan penghapusan pengajian kitab Fiqh 4 Mazhab dan menggantikannya dengan kitab Fiqh Muyassar karangannya sendiri.
Tantawi juga turut menerima kritikan daripada seorang lagi Ahli Parlimen, Hamdi Hasan. Menurutnya, Tantawi sewajarnya melepaskan jawatan sebagai Syeikhul Azhar kerana tindakannya seolah-olah menjadikan Al Azhar sebagai sebuah akademi tarian gelek dan bukannya institusi agama.
Sementara itu, berpuluh-puluh pelajar berfurdah berdemonstrasi di Universiti Qaherah disebabkan larangan memakai niqab yang dikuat-kuasakan di universiti berkenaan baru-baru ini.
GEGAR, RUNTUH, BAH MUNGKIN KERANA PERASUAH
Meskipun sudah agak lewat untuk bergerak ke tempat kerja, namun saya terpaku di hadapan TV dek kerana tertarik dengan topik yang dibincangkan oleh ketiga-tiga orang tokoh ini.
Seorang pemanggil dari Sabah bertanya, di samping faktor geologi dan fenomena alam, adakah kejadian gempa bumi, tsunami, ribut dan sebagainya itu berpunca dari kejahatan manusia yang menolak hukum Allah. Dr Fauzi tidak menolak kemungkinan tersebut. Bahkan beliau mengingatkan umat Islam agar tidak hanya meletakkan sesuatu bencana itu hanya kepada faktor fizikalnya sahaja.
Beliau memetik kata-kata saintis terkemuka, Prof Dr Zaghlul Najjar, bahawa manusia tidak boleh angkuh mendakwa mereka mampu menghalang bencana alam dengan teknologi moden yang mereka miliki. Islam tidak menolak teknologi kerana adalah 'alat' yang sangat diperlukan. Namun kebergantungan manusia sepenuhnya (100%) kepada teknologi menyebabkan mereka lupa terhadap kuasa Allah yang Maha Berkuasa untuk bertindak ke atas manusia.
Ustaz Fauzi pula mengingatkan, apabila Allah belas kepada seseorang, maka Allah menpercepatkan hukuman di dunia bagi meringankan atau menghapuskan hukuman di akhirat. Sifat hukuman Allah itu pula, adakalanya ia datang dengan terlalu pantas; sekelip mata atau lebih cepat dari itu. Justeru, tidak ada alat mahupun teknologi moden yang mampu memintas hukuman Allah yang terlalu pantas.
Kelihatan 'geram' dengan perbincangan menarik itu, Ustaz Wan Sohor turut mengemukakan pendapat, walaupun beliau hanya seorang pengacara. Katanya, bencana boleh datang dengan sebab mungkar yang dilakukan oleh manusia. Contohnya dalam kes bangunan runtuh. Mungkin ia disebabkan salah satu pihak yang terbabit dalam pembinaan berkenaan telah dirasuah menyebabkan teori asal 2+2=4 menjadi 2+2=3.
Ahad, September 27, 2009
GEJALA RASUAH: DI MANA PENGHUJUNGNYA...
Pendidikan tentang betapa kotornya gejala ini telah diberikan. Undang-undang semakin keras. Badan yang mencegah rasuah (BPR) dinaik taraf kepada suruhanjaya (SPRM). Berdasarkan usaha-usaha yang telah dibuat, sepatutnya gejala ini sudah dapat diminimakan. Setidak-tidaknya berkurangan dari tahun ke tahun.
Malangnya, tahun ini sekali lagi dunia menyaksikan Malaysia jatuh ke tangga 47 Indeks Persepsi Rasuah (IPR) dari 180 negara. Pada 1995, Malaysia berada di tangga ke-23. Turun ke tangga 36 pada tahun 2001, tangga ke 37 (2003), tangga ke-39 (2004). Pada 2004 Malaysia dipandang dunia berada pada tangga lebih bawah, iaitu tangga ke-44 dari 163 buah negara yang dikaji oleh Transparency International (TI) dengan mendapat 5 daripada 10 mata penuh.
Pada tahun 2008, ketika Denmark, Sweden dan New Zealand berkongsi mata tertinggi 9.3, malaysia hanya mampu berbangga dengan 5.1 mata. Jiran Malaysia, Singapura berada pada tangga ke-2 dengan meraih 9.2 mata. Paling rendah, Somalia hanya mampu meraih 1 mata, Iraq dan Myanmar 1.3 mata dan Haiti 1.4 mata.
Tahun ini, TI menerusi webnya, http://www.transparency.org.my/ mengumumkan keputusan pemerhatian gejala rasuah yang lebih teruk bagi Malaysia iaitu jatuh ke tangga 47 dari 180 buah negara. Beberapa negara yang dikira sangat teruk pengurusannya telah berjaya memintas Malaysia, seperti Bhutan (45), Botswana (36) dan Israel (33).
Bukan niat penulis hendak menghina negara sendiri. Tetapi penulis merasa terpanggil untuk bersuara memperbetulkan keadaan. Sampai bila rakyat Malaysia harus dipersendakan oleh warga negara lain terhadap angka-angka yang dipaparkan ini.
Terlalu kerap kita mendengar para kontraktor berkata, "Kalau tak hulur, tak dapat le kita." Sering juga kedengaran suara, "Kalau berniaga lurus sangat, bila nak kayanya..."
Bukankah Islam yang menjadi anutan majoriti rakyat negara ini adalah agama yang paling jelas
mengharamkan dan memerangi rasuah. Bukankah Allah menyebut secara jelas di dalam Al Quran (Al Baqarah 188):"Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah (batil), dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada penguasa kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)."
Bukankah Rasulullah SAW pernah bersabda: لعن الله الراشى والمرتشى فى الحكم (Allah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah).
Penulis berpandangan, rasuah tidak akan dapat di atasi hanya dengan ditukar nama BPR-SPRM dan dikeraskan hukuman serta dijadikan satu subjek kursus Induksi sahaja. Tetapi pencega
hannya perlulah dibuat dengan ruh Islam. Pendidikannya perlu diterapkan dengan konsep keimanan kepada Allah dan keyakinan kepada dosa-pahala.Di samping itu slogan Kepimpinan Melalui Teladan yang pernah dipopularkan suatu waktu dahulu perlu dihayati bersama. Semoga tidak ada lagi pegawai rendah yang berkata, "Saya ambil RM50 je. Orang atas ambil lagi banyak, RM50,000."
Jumaat, September 18, 2009
SALAH PENGHAYATAN TAKBIR RAYA
Seterusnya, dalam mengalunkan takbir raya, masing-masing cuba memperelokkan dan memerdukan suara dan bermain dengan lengguk suara masing-masing. Ia bagi mempersonakan pendengar. Memang syok dengar takbir raya kalau yang bertakbir itu orang yang pandai berlagu. Bukan sekadar syok, kadang-kadang naik sayu hingga menitiskan air mata. Lalu tergambarlah di hadapan mata wajah ibu ayah, tok nenek dan sedara mara yang telah meninggal dunia. Bertambah sebak jika di hadapan terdapat hidangan lemak dan rendang...
"Issyk... isyyk... kesian atuk, dah mati dia, tak sempat makan lemang tahun ni." Inilah petikan sebahagian skrip drama takbir raya.
Jika diperhatikan konsep takbir serta makna yang terkandung di dalam bait-bait lafaz yang dilagukan itu, takbir bukanlah lagu sedih yang perlu kita sebak mengingati orang-orang yang telah mati. Sekurang-kurangnya, ada 3 perkara utama dalam takbir raya:
1. Takbir adalah slogan semangat. Membesarkan Allah. Mentauhidkan Allah. Mengajar manusia bahawa hanya Allah sahaja yang berkuasa atas tiap sesuatu.
3. Ia juga slogan jihad. Ia pernyataan benarnya janji Allah untuk menolong hamba-hambanya yang berjuang. Memberikan kekuatan dan kemenangan kepada tentera Islam.
Selasa, September 15, 2009
Ahad, September 13, 2009
PERISTIWA BERDARAH 16 TAHUN LALU...
Rakyat Amerika Syarikat bernama Baruch Kappel Goldstein berbangsa Yahudi bertanggung jawab melepaskan tembakan yang disasarkan kepada ratusan umat islam yang sedang solat di dalam masjid berkenaan. 29 daripada 350 orang yang terkena tembakannya gugur syahid.

Tidak tahan berhadapan dengan asakan umat Islam, Israel akhirnya menangkap Goldstein. Namun setelah dibawa ke mahkamah, dia diisytiharkan gila dan kemudiannya dibebaskan. Goldstein kembali hidup bebas seperti sebelumnya. Aktiviti menentang Islam diteruskan seperti biasa hinggalah dia mati pada 26/10/2008. Kaum Yahudi menganggapnya sebagai wira bertaraf 'saint' kerana kejayaannya membunuh umat Islam.
Pada tahun 2005, Masjid Saidina Ibrahim dibuka semula. Namun umat Islam hanya dibenarkan menggunakan 1/3 sahaja daripada seluruh ruang masjid. 2/3 lagi dijadikan tempat Yahudi m
enjalankan upacara agama mereka. Bayangkan, bagaimana terganggunya ibadat umat Islam apabila kaum Yahudi menjalankan upacara agama mereka di dalam masjid berkenaan. Untuk masuk ke dalam masjid itupun, umat Islam terpaksa melalui pemeriksaan ketat pihak tentera.Daripada 4 buah pintu utama masjid, umat Islam hanya dibenarkan menggunakan satu pintu sahaja.
Khamis, September 10, 2009
LAILATUL QADAR 1

Firman Allah yang bermaksud:
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Al-Qadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Al-Qadar itu? Malam Al-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar.” (Surah Al Qadar ayat 1-5)
SABABUN NUZUL
(Sebab Turun Ayat)
1. Ibnu Abi Hatim dan Al Wahidi meriwayatkan daripada Mujahid bahawa Rasulullah SAW menceritakan kisah seorang lelaki dari kalangan Bani Israel menyandang senjata selama 1000 bulan. Maka para sahabat merasa kagum terhadapnya. Lantas Allah menurunkan ayat-ayat ini.
2. Ibnu Jarir pula meriwayatkan dari Mujahid, katanya, “Dahulu, di kalangan Bani Israel ada seorang lelaki yang beribadat sepanjang malam hingga ke subuh. Kemudiannya berjihad pada jalan Allah pada waktu siang hingga petang. Itulah pekerjaannya selama seribu tahun. Maka Allah menurunkan ayat “Malam Al-Qadar itu lebih baik dari seribu bulan.”
KANDUNGAN SURAH
1. Menjelaskan bahawa Al Quran mula diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW pada malam Al-Qadar, iaitu digua Hira’. Ayat yang mula-mula diturunkan ialah ayat 1-5 surah Al ‘Alaq (العلق). Kemudian ia diturunkan sedikit demi sedikit berdasarkan situasi dan sebab-sebab tertentu. Penurunan Al Quran keseluruhannya mengambil masa selama lebih kurang 23 tahun.
2. Menjelaskan tentang kelebihan beramal pada malam Al-Qadar yang lebih baik daripada seribu bulan.
BILA LAILATUL QADAR?
1. Para ulama’ berselisih pendapat tentang tarikh berlakunya Lailatul Qadar. Kesimpulannya Lailatul Qadar berlaku pada salah satu malam dalam bulan Ramadhan, terutamanya di antara 10 akhir Ramadhan (antara malam 21- 30).
2. Kelebihan dan keistimewaan anugerah Allah pada malam berkenaan bermula dari waktu Maghrib hinggalah terbit fajar keesokannya.





