Sabtu, Julai 11, 2009

NOSTALGIA NATRAH


7 tahun sebelum merdeka, Tanah Melayu digegarkan dengan isu Mahkamah British memaksa seorang muslimah supaya murtad daripada Islam dan kembali ke agama Kristian.

Kisah ini bermula pada Disember 1942 apabila seorang ibu, Adeline dan nenek, Nor Lousenya menyerahkan anak perempuannya,
Maria Huberdina Hertogh atau Bertha Hertogh kepada Che Aminah Mohamad (Mak Minah) di Kemaman, Terengganu. Maria baru berusia 5 tahun ketika itu. Dia lahir pada 24.3.1937.

Sejak kecil dia dididik dengan didikan Islam.
Setelah meningkat remaja, pegangannya kepada Islam semakin bertambah. Solat 5 waktu sentiasa dilakukan. Beliau fasih bertutur Bahasa Melayu dan mahir membaca dan menulis tulisan jawi. Walaupun kulitnya, kulit 'Mat Saleh' tetapi cara hidupnya 100% seperti Melayu Islam kerana sejak kecil dipelihara oleh Mak Minah. Maria ketika itu bukan lagi seorang remaja Kristian. Tetapi dia sudah menjadi Natrah, seorang muslimah.

Penghujung dekad 40-an, gerakan mencari Natrah giat dilancarkan. Ia bermula sejak bapa sebenarnya, Sarjan Adrianus Petrus Hertogh dibebaskan dari tahanan tentera Jepun.

Ini membimbangkan Mak Minah. Mak Minah bimbang aqidah Natrah akan dirosakkan jika dia dikembalikan kepada keluarga asalnya. Walaupun baru berusia 13 tahun, tubuh badannya sudah bagaikan orang dewasa. Natrah dikahwinkan dengan Mansur Adabi.

Setelah berjaya mengesan kedudukan Natrah, Adrianus menuntut supaya Natrah dikembalikan ke agama Kristian. Sebagai suami, Mansur Adabi berusaha mempertahankan aqidah isterinya. Keluarga Natrah menggunakan saluran undang-undang British yang sedang menjajah dan mengemukakan tuntutan di Mahkamah British di Singapura.

Pada 22 April 1950, Natrah dihantar ke Girls Homecraft Centre York Hill, Singapura dengan arahan Mahkamah British. Tidak puas hati dengan keputusan itu, Mak Minah mengambil peguam Ahmad Ibrahim dari syarikat S.C. Goho & Co untuk mencabar keputusan mahkamah. (Ahmad (Al Marhum) kemudiannya menjadi pakar undang-undang Islam dan proffesor Undang-undang UIAM serta salah seorang panel yang menggubal Undang-undang Jenayah Syariah Kelantan).

Walaupun menang perbicaraan pada 28 Julai 1950, namun pada 12 Disember 1950, mahkamah telah membuat keputusan bahawa Natrah perlu dimurtadkan dan dipaksa kembali ke agama Kristian serta dihantar pulang ke Belanda.

Biarpun Natrah bukan berbangsa Melayu, namun s
ensitiviti umat Islam terhadap isu murtad menyebabkan mereka bangun berdemonstrasi di Singapura dan negeri-negeri lain di Semenanjung. Bahkan Umat Islam di Karachi, Pakistan juga berdemonstrasi menentang keputusan mahkamah itu. Demonstrasi di Singapura berlangsung secara aman pada 14/12/1950, disertai 2000 orang, akhirnya bertukar ganas apabila pihak polis menggunakan kekerasan. Akibatnya 18 orang terbunuh syahid, 173 orang cedera dan ramai yang ditangkap termasuk pimpinan umat Islam seperti pakar Homoeopathi, Dr Burhanuddin Al Helmi yang turun dari Gopeng, Perak, Mohd Mustaz, Derus Sarip, Abd Karim Ghani dan ramai lagi.

Turut ditahan ialah ketua polis yang ditugaskan menentang para pendemonstrant, Inspektor Taha Kalu. Atas semangat membela agama, Taha Kalu tidak rela dipergunakan oleh penjajah untuk memberikan laluan kepada usaha memurtadkan Natrah. Ketika sedang berkawal, beliau menanggalkan uniform polisnya dan melemparkan di atas jalan raya dan terus menyertai umat Islam yang sedang berarak menunjuk perasaan.

Ketika umat Islam sedang ditenbak dan dibunuh di Singapura, Natrah dilarikan ke Belanda. Beliau sampai di Lapangan terbang Sciphol Amsterdam pada 15 Disember 1950. Sebaik sahaja keluar dari pesawat, Natrah terkejut kerana ketibaannya disambut oleh 4,000 orang penganut tegar Kristian dengan sorakan selamat datang dan sepanduk 'Welcome Back Bertha'.

Walaupun cuba mempertahankan aqidahnya, namun akhirnya Natrah tewas dengan tekanan dan kawalan ketat terhadapnya. Dan... Hari ini, Natrah sudah tiada. Natrah meninggal dunia pada usia 72 tahun setelah menderita sakit leukimia. Tidak diketahui, bagaimana aqidahnya ketika menghembuskan nafas terakhir.

Apa yang penting, jika pada tahun 1950 lalu umat Islam begitu sensitif terhadap isu aqidah, maka seharusnya pada hari ini juga mereka perlu sensitif. Jika dahulu umat Islam berdemonstrasi mempertahankan aqidah Natrah, maka hari ini umat Islam sepatutnya menolak cadangan pindaan undang-undang yang bertujuan mengekalkan kanak-kanak di dalam agama kufurnya walaupun ibu/bapanya telah memeluk Islam.


Selasa, Julai 07, 2009

SYUKRAN YABNA KHAZIN




Bagaimana kawan-kawan, ini hasil tulisan tangan sahabat saya Ibnu Khazin @ Khairul Araifin dari SK Abu Bakar Mentakab.... Seorang khattat yang tidak pernah masuk kelas khat, tapi mampu hasilkan sesuatu bagaikan seorang khattat pro....