Rabu, November 07, 2012

Semakin hampirkah kiamat?


700 Pokok Zaitun Dimusnahkan Di Palestin

Nitraria retusa atau gharqad, pokok bagi kaum Yahudi
Pokok Gharqad atau dikenali sebagai Nitraria Retusa dalam bahasa Latin adalah sejenis pokok darat yang mampu hidup dengan bekalan air yang minima. Pokok yang berbunga kuning kehijauan ini tidak banyak manfaatnya kepada manusia. Daunnya tidak boleh dibuat sayur,  buah dan bunganya juga tidak boleh dimakan. Namun Yahudi sangat berbangga dengan pokok berkenaan.

Biarpun mereka mendustai kerasulan Muhammad SAW, anamun mereka seakan-akan percaya dan bimbang di atas perkhabaran Rasulullah SAW bahawa Yahudi akan dikalahkan oleh umat Islam pada akhir zaman dan yang menyelamatkan mereka ialah pokok gharqad.

Dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dari  Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda: لا تقوم الساعة حتى يقاتل المسلمون ‏‏ اليهود ‏ ‏فيقتلهم المسلمون حتى يختبئ اليهودي من وراء الحجر والشجر فيقول الحجر أو الشجر يا مسلم يا عبد الله هذا يهودي خلفي فتعال فاقتله إلا ‏‏ الغرقد ‏ ‏فإنه من شجر ‏‏ اليهود

Pokok Gharqad
“Tidak akan berlaku qiamat hinggalah orang Islam memerangi kaum Yahudi hingga menyebabkan Yahudi terpaksa bersembunyi di sebalik batu dan pokok kayu. Lantas batu atau pokok kayu berkata, “Wahai orang Islam, wahai hamba Allah, ini dia Yahudi di belakangku. Maka marilah kamu, bunuh dia.” (Semua pokok akan berkata begitu) kecuali pokok gharqad kerana sesungguhnya ia adalah antara pokok Yahudi.”

Yahudi mengatakan Muhammad pendusta. Tetapi hati kecil mereka percaya bahawa Muhammad adalah Rasul. Masakan tidak! Mereka kini sedang giat menanam pokok gharqad di serata bumi Palestin. Pokok-pokok zaitun milik umat Islam dicabut, ditebang, dibakar dan dimusnahkan sesuka hati.

Dalam tempuh sebulah setengah yang lalu, lebih 700 batang pokok zaitun milik umat Islam dimusnahkan oleh pendatang Yahudi. Perbuatan mereka dikawal oleh tentera Israel. Pemilik kebun tidak dibenarkan masuk ke tanah mereka untuk mempertahankan tanaman mereka. 
Ibu tua ini memeluk pokok zaitunnya yang hendak dimusnahkan oleh pendatang Yahudi

Isu yang berlaku ini dilihat sebagai satu mukjizat Rasulullah di mana ia membenarkan apa yang dikhabarkan oleh baginda tentang peristiwa yang bakal berlaku di akhir zaman. Juga menunjukkan bahawa dunia sudah semakin berpenghujung.