Sabtu, Oktober 15, 2011

Bila Artis Masuk Parti Politik



Artis menyertai politik bukan satu perkara baru. Dahulu Akhil Hay Rawa sertai PAS setelah meninggalkan kumpulan D'Riyadh. Selepas itu Ito Blues Gang sertai KeADILan. Dituruti dengan Radzi Melissa yang masyhur dengan lagu Cinta Untuk Nabila sertai PAS.


Awal tahun ini, dunia politik dan dunia hiburan gempar dengan pengumuman Bob Lokman menyertai PAS.


Beberapa hari lalu pula, media melaporkan Awie, Zed Zaidi dan Adam AF pula masuk umno. Tetapi penyertaan mereka ke dalam parti pemerintah itu kurang mendapat liputan media. Mungkin kerana selama inipun mereka sememangnya berimej umno. Dan apabila menyertai umno, tiada sebarang perubahan berlaku pada diri mereka. Bukan sesuatu yang baru artis menyertai atau bekerjasama dengan aktiviti umno. Siti Norhaliza juga pernah menjadi duta kepada puteri umno.