Sabtu, Oktober 15, 2011

Bila Artis Masuk Parti Politik



Artis menyertai politik bukan satu perkara baru. Dahulu Akhil Hay Rawa sertai PAS setelah meninggalkan kumpulan D'Riyadh. Selepas itu Ito Blues Gang sertai KeADILan. Dituruti dengan Radzi Melissa yang masyhur dengan lagu Cinta Untuk Nabila sertai PAS.


Awal tahun ini, dunia politik dan dunia hiburan gempar dengan pengumuman Bob Lokman menyertai PAS.


Beberapa hari lalu pula, media melaporkan Awie, Zed Zaidi dan Adam AF pula masuk umno. Tetapi penyertaan mereka ke dalam parti pemerintah itu kurang mendapat liputan media. Mungkin kerana selama inipun mereka sememangnya berimej umno. Dan apabila menyertai umno, tiada sebarang perubahan berlaku pada diri mereka. Bukan sesuatu yang baru artis menyertai atau bekerjasama dengan aktiviti umno. Siti Norhaliza juga pernah menjadi duta kepada puteri umno.




Berbeza apabila seseorang artis menyertai PAS. Biasanya ia datang dengan keinsafan, kesedaran kepada kehidupan beragama, perubahan personaliti dan penampilan. Radzi yang dahulunya menampilkan imej berambut panjang 'macam setan' (istilah yang beliau sendiri sebut dalam ceramahnya), kini sudah berambut pendek, bahkan memakai serban dan menampilkan imej bersih dalam persembahan dan tutur kata. Beliau berubah 360 darjah. Menyampaikan ceramah kesedaran dan motivasi kepada pelajar-pelajar sekolah dan anak-anak muda.



Pelawak dan penulis lirik, Mohd Hakim Lokman atau Bob lebih mengejutkan apabila meninggalkan rancangan Raja Lawak yang disiar secara langsung sekali gus menutup pintu untuk aktiviti hiburan glamournya. Bob beralih dari pentas hiburan ke pentas dakwah.


Beliau benar-benar insaf dengan kehidupan lalu dan ingin membina kehidupan baru berlandaskan akhlak Islam. Pada Himpunan 30 ribu Pemuda PAS di Alor Setar awal tahun ini, Bob mengisytihar diri menyertai PAS. Beliau berucap di atas pentas bersama Radzi Melissa dan Pak Long Selagi Rindu.


Golongan 'artis hijau' ini sanggup meninggalkan dunia mewah mereka untuk bersama-sama anggota parti yang baru mereka ceburi bagi meneruskan kelansungan dakwah di Malaysia. Barapa lama mereka kekal dan istiqamah dengan jalan beranjau dan berduri ini, Allah lah yang Maha Mengetahui. Tetapi kesediaan mereka untuk berkorban demi dakwah Islamiah adalah satu yang sangat terpuji.


Ketika berkunjung ke Bentong beberapa bulan lalu, saya bertanya Bob, "Berapa diorang bayar Abg Bob untuk satu siaran Raja Lawak?" Beliau jawab, "Satu musim, RM35,000." Saya terkejut dan bertanya kembali, "Tak rasa rugi ke tinggal macam tu je?"


"Syeikh, bila ana dah nampak jalan Allah ini, ana tak mahu lagi toleh kiri dan kanan. Ana nekad syeikh," jawab Bob jelas.


Saya cuba provok lagi, "Tapi ada yang kata Abg Bob silap. Terlalu laju sangat. Patutnya jangan la isytihar masuk PAS. Simpan dalam hati je la politik tu."


Bob membulatkan matanya dan memandang tepat ke muka saya dan berkata, "Kalau ana tak declare, bila Islam nak menang?"




1 ulasan:

ibnuismail berkata...

Terkini: Awie dan rakan2nya menafikan menyertai umno. Lihat:

rtsp://v8.cache5.c.youtube.com/CjgLENy73wIaLwkvmjQuZcj2YBMYJCAkFEIJbXYtZ29vZ2xlSARSB3JlbGF0ZWRgnuiQnLLe94tODA==/0/0/0/video.3gp