Selasa, November 17, 2009

HARI ARAFAH YANG DILUPAKAN


Esok, 17 November 2009 bersamaan 29 Zulkaedah 1430, Majlis Raja-raja Melayu menitahkan supaya dilihat anak bulan Zulhijjah. Biasanya anak bulan dilihat untuk menentukan hari pertama puasa atau hari raya. Namun anak bulan Zulhijjah dilihat bagi menentukan Hari Wuquf di Arafah, iaitu 9 Zulhijjah.

Jika nampak anak bulan petang esok, bermakna Hari Wuquf jatuh pada hari Jumaat (27 November 2009) dan Hari Raya Haji pada hari esoknya (Sabtu). Begitulah seterusnya.

Di Malaysia, umat Islam lebih menumpukan Hari Raya Haji dan ramai yang lupa tentang kebesaran Hari Arafah / Hari Wuquf. Sedangkan tidak ada hari yang lebih baik dari Hari Wuquf berbanding dengan hari-hari lain yang terbit padanya mentari.

Di sini saya suka memetik beberapa kelebihan dan keutamaan Hari Wuquf seperti yang disiarkan oleh Islam Online (http://www.islamonline.net/Arabic/Hajj/FirstTenDayes/NightLights/articles/14.shtml).

Antaranya:

1. Hari Pembebasan Dari Api Neraka
Imam Muslim meriwayatkan hadith dari Aisyah Radhiallahuanha bahawa Rasulullah SAW bersabda:
ما من يوم أكثر أن يعتق الله فيه عبيدا من النار من يوم عرفة، إنه ليدنو، ثم يباهي بهم الملائكة، فيقول: ما أراد هؤلاء
"Tiadalah satu hari yang Allah membebaskan lebih ramai hamba (manusia) dari api neraka melainkan pada Hari Arafah..."


2. Hari Ubudiyyah (Pengabdian diri kepada Allah)
Imam Ahmad meriwayatkan hadith dari Abu Hurairah Radhiallahuanhu:
إن الله يباهي بأهل عرفات أهل السماء، فيقول لهم: انظروا إلى عبادي، جاءوني شعثا غبرا

Bahawa Allah berbangga di hadapan penduduk langit terhadap ahli Arafah (mereka yang wuquf di Arafah) lantas berfirman: "Lihatlah kepada hamba-hamba-Ku, mereka datang kepada-Ku...."

3. Hari Rahmat
Ibnu Khazimah meriwayatkan dari Jabir Radhiallahuanhu:
«انظروا إلى عبادي، جاءوني شعثا غبرا ضاجِّين، جاءوا من كل فج عميق، يرجون رحمتي ولم يروا عقابي، فلم يُرَ يوما أكثر عتقا من النار من يوم عرفة».

4. Hari Menyuci Dosa

في مصنف عبد الرزاق، من حديث ابن عمر رضي الله عنهما، في حديث الرجلين اللذين جاءا رسول الله صلى الله عليه وسلم يسألانه عن أمر دينهم، وكان من جوابه لهما عن يوم عرفة: «فلو كان عليك مثل رمل عالج أو مثل أيام الدنيا, أو مثل قطر السماء ذنوبا، غسلها الله عنك».

5. Hari Keampunan dan Pengampunan

عن أنس رضي الله عنه، قول النبي صلى الله عليه وسلم، عن ربه يوم عرفة: «أفيضوا عبادي مغفورا لكم ولمن شفعتم له».

6. Hari Kebaikan Allah
روى ابن عبد البر، عن أنس بن مالك رضي الله عنه، قال: وقف النبي صلى الله عليه وسلم بعرفات وكادت الشمس أن تئوب، فقال: «يا بلال أنصت لي الناس»، فقام بلال، فقال: أنصتوا لرسول الله صلى الله عليه وسلم، فنصت الناس، فقال:«معاشر الناس، أتاني جبريل آنفا فأقرأني من ربي السلام، وقال: إن الله غفر لأهل عرفات وأهل المشعر، وضمن عنهم التبعات», فقام عمر بن الخطاب رضي الله عنه، فقال: يا رسول الله، هذا لنا خاص؟ فقال: «هذا لكم ولمن أتى بعدكم إلى يوم القيامة», فقال عمر رضي الله عنه: كثر خير الله وطاب.

7. Hari Allah

إن العاجز من حُرم خير الله في يوم عرفة؛ فقد روي عن سالم بن عبد الله بن عمر أنه رأى سائلا يسأل يوم عرفة، فقال: «يا عاجز! في هذا اليوم تسأل غير الله؟!»، فاجعل هذا اليوم لله, ولا تنشغل بغير الله, عسانا أن ندرب أنفسنا على الانشغال الدائم بالله في حياتنا.

8. Hari Perlumbaan

خطب عمر بن عبد العزيز رضي الله عنه بعرفة، فقال: «إنكم قد جئتم من القريب والبعيد، وأنضيتم الظهر -أي: أتعبتم رواحلكم- وأخلقتم الثياب -أي: أبليتم ثيابكم - وليس السابق اليوم من سبقت دابته وراحلته، وإنما السابق اليوم من غُفر له»، فأين السابقون السابقون؟ هذا يومكم الموعود, وهذا نهاركم المنتظر.

9. Hari Puasa

أجمع العلماء على أن صوم يوم عرفة أفضل الصيام في الأيام، وفضل صيام ذلك اليوم أوضحه النبي صلى الله عليه وسلم حين قال: «صيام يوم عرفة أحتسب على الله أنه يكفر السنة التي قبله والسنة التي بعده»، رواه مسلم. فصومه رفعة في الدرجات، وتكثير للحسنات، وتكفير للسيئات, بشرط ترك واجتناب الكبائر.

10. Hari Penyempurnaan Agama dan Nikmat


في الصحيحين عن عمر بن الخطاب رضي الله عنه، أن رجلا من اليهود قال له: يا أمير المؤمنين، آية في كتابكم تقرءونها، لو علينا معشر اليهود نزلت لاتخذنا ذلك اليوم عيدا، قال: أي آية؟ قال: {الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإسْلامَ دِينًا} [المائدة: 3]، فقال عمر: قد عرفنا ذلك اليوم والمكان الذي نزلت فيه على النبي صلى الله عليه وسلم، نزلت وهو قائم بعرفة يوم الجمعة.

11. Hari Raya

قال صلى الله عليه وسلم: «يوم عرفة ويوم النحر وأيام التشريق عيدنا أهل الإسلام، وهي أيام أكل وشرب». رواه أهل السنن.

12. Hari Perjanjian

عن ابن عباس رضي الله عنهما قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: «إن الله أخذ الميثاق من ظهر آدم بنعمان-يعني عرفة- وأخرج من صلبه كل ذرية ذرأها، فنثرهم بين يديه كالذّر، ثم كلمهم قبلا، قال: {أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ قَالُوا بَلَى شَهِدْنَا أَنْ تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَذَا غَافِلِينَ أَوْ تَقُولُوا إِنَّمَا أَشْرَكَ آَبَاؤُنَا مِنْ قَبْلُ وَكُنَّا ذُرِّيَّةً مِنْ بَعْدِهِمْ أَفَتُهْلِكُنَا بِمَا فَعَلَ الْمُبْطِلُونَ} [الأعراف: 172، 173]. رواه أحمد وصححه الألباني.

13. Hari Pemuda

في حفظ جوارحه عن المحرمات في ذلك اليوم؛ فعن ابن عباس رضي الله عنهما قال: كان الفضل بن عباس رديف النبي صلى الله عليه وسلم من عرفة، فجعل الفتى يلاحظ النساء وينظر إليهن، وجعل النبي صلى الله عليه وسلم يصرف وجهه من خلفه، وجعل الفتى يلاحظ إليهن، فقال له النبي صلى الله عليه وسلم: «ابن أخي، إن هذا يوم من ملك فيه سمعه وبصره ولسانه غفر له». رواه أحمد.

14. Hari Doa

يرجى إجابة الدعاء في هذا اليوم؛ لقول النبي صلى الله عليه وسلم: «خير الدعاء دعاء يوم عرفة، وخير ما قلت أنا والنبيون من قبلي: لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد، وهو على كل شيء قدير». رواه الترمذي، وحسنه الألباني.

15. Hari Masyhud

عن أبي هريرة رضي الله عنه، أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: «اليوم الموعود: يوم القيامة، واليوم المشهود: يوم عرفة، والشاهد: يوم الجمعة». رواه الترمذي، وحسنه الألباني.

16. Hari Tunggal

وهو الوتر الذي أقسم الله به في قوله: {وَالشَّفْعِ وَالْوَتْرِ} [الفجر: 3]، قال ابن عباس: الشفع: «يوم الأضحى، والوتر: يوم عرفة»، وهو قول
عكرمة والضحاك.

17. Hari Haji

فهو ركن الحج العظيم الذي قال في حقه صلى الله عليه وسلم: «الحج عرفة». متفق عليه.

18. Hari Takbir

فقد ذكر العلماء أن التكبير ينقسم إلى قسمين: التكبير المقيد، وأصح ما ورد عن الصحابة قول علي وابن مسعود -رضي الله عنهم- أنه من صبح يوم عرفة إلى آخر أيام منى وخاصة بعد الصلوات المفروضة، وأما التكبير المطلق فهو الذي يكون في عموم الأوقات ويبدأ من أول ذي الحجة.

Aktiviti cadangan pada Hari Wuquf bagi mereka yang tidak menunaikan haji:

1. Bangun awal dan bersahur.
2. Solat Tahajjud dan witir serta istighfar dan doa.
3. Solat Subuh berjamaah di masjid dan i'tikaf hingga terbit matahari.
4. Tidur ibadah (qailulah) dengan niat beribadah.
5. Perbanyakkan amalan kebaikan, zikir, doa, tasbih, tahlil, dan duduk bersama ahli keluarga untuk menceritakan kebaikan Hari Arafah (Hari Wuquf).
6. Solat Fardhu Zohor dan Asar berjamaah di masjid.
7. Amalkan zikir petang, ziarah kaum kerabat, orang sakit, berbuka, solat Maghrib berjamaah dan doa.
8. Takbir raya, Solat Fardhu Isyak berjamaah di masjid


(Yang saya tak sempat terjemah tu, sahabat-sahabat tolong le terjemahkan.)

Isnin, November 16, 2009

APABILA IMAM DISINGKIR...

Tulisan ini saya rangka beberapa hari lalu (12 Nov 09). Namun oleh kerana network connection tak berapa clear, maka tak boleh nak publish hari tu...

Awal pagi tadi saya membelek-belek akhbar Utusan. Mata saya terhenti pada tajuk berkaitan seorang imam Masjid Darul Ehsan, Subang Jaya disingkir kerana benarkan khutbah tanpa tauliah.

Masjid Darul Ehsan adalah salah sebuah masjid yang aktif dengan aktiviti keagamaan sejak bertahun-tahun lamanya. Kuliah Maghribnya disampaikan oleh penceramah ternama yang bertaraf profesor, doktor dan sebagainya. Saya (yang bukan professor ini) turut dijemput menyampaikan kuliah bulanan di masjid berkenaan sejak tahun 2003, iaitu ketika masjid diurus oleh Ustaz Khairul Azmi selaku pengurus dan Imam Besar (kini telah bertukar ke JAIS).

Saya segera menghubungi imam besar masjid berkenaan, Ustaz Shukri Awang Kecil. Saya kenal beliau ketika sama-sama menuntut di Universiti Al Azhar, Mesir. Saya ingin tahu siapa imam yang disingkirkan itu dan kenapa disingkir. Besar sangatkah kesalahannya. Panggilan saya pada jam 7.40 pagi tadi tidak dijawab oleh Imam Shukri. Saya hubungi seorang lagi pegawai masjid, muazzin Daud.

Pegawai berkenaan memberitahu, yang disingkirkan itu ialah Imam Shukri sendiri, selaku pengurus masjid berkenaan. Beliau ditamatkan kontrak kerana membenarkan Ustaz Nik Razi Nik Mat berkhutbah di situ.

Seingat saya, Ustaz Nik Razi ini sudah lama mengajar di masjid berkenaan. Sebelum saya memulakan kuliah 6 tahun lalu, Ustaz Nik Razi sudahpun bertapak di situ. Pengerusi dan pengurus serta imam masjid sudah ramai yang bertukar, namun Ustaz Nik Razi masih berkuliah di situ. Beliau sanggup berulang-alik dari Kota Bharu ke Subang Jaya demi untuk menghidupkan majlis ilmu yang sudah bertahun-tahun diadakan di situ.

"Biasa tak ada apa. Tapi baru ni ada orang report, tu yang kecoh sikit tu," kata Daud.Jam 9.04 pagi, imam Shukri menghantar mesej, "Ada apa ustaz?" Saya jawab dan menceritakan apa yang saya baca menerusi akhbar. Beliau seterusnya memberitahu, bahawa beliau diberi notis 24 jam pada 5 Nov lalu kerana membenarkan Ustaz Nik Razi mengajar dan berkhutbah pada 30 Oktober lalu.

Saya agak tersentuh hati apabila Imam Shukri berkata, "Tak apa, ana dah bersedia dengan hal-hal yang macam ni. Doakan ana agar dimurahkan rezeki dan operasi masjid tak terganggu... Dah la diri sendiri tak aktif, takkan nak halang orang lain dan kawan-kawan nak menyampaikan kebenaran..."

Fikir2kan...

Selasa, Oktober 20, 2009

JOM KONGSI (Program Korban 2009)


KORBAN / AQIQAH + SUMBANGAN DERMA
MUDAH + MURAH + SAMPAI TERUS KE SASARAN YANG MEMERLUKAN

KAMI MEMPELAWA ANDA BERSAMA KAMI MENYERTAI PROGRAM KORBAN/AQIQAH YANG AKAN DILAKSANAKAN DI KEMBOJA DAN DAGINGNYA AKAN DIAGIH-AGIHKAN KEPADA PENDUDUK MISKIN DI SANA.

ANDA HANYA PERLU ISI BORANG YANG KAMI SEDIAKAN DENGAN MENGHUBUNGI:
019-9602045


ATAU

CARA MUDAH

ANDA BANK IN / TRANSFER WANG ANDA (RM250 PERKEPALA) KE AKAUN MAYBANK 1561-3257-1435 DAN SETERUSNYA SMS MAKLUMAT BERIKUT KE TALIAN 019-9602045:



1. BUTIRAN BANK (Ref No, tarikh, masa, RM)
2. NAMA PEMOHON, ALAMAT DAN NO TEL
3. PILIHAN (KORBAN ATAU AQIQAH)
4. NAK BUAT ATAS NAMA SIAPA (JIKA BUKAN ATAS NAMA PEMOHON)












Gambar-gambar ini adalah sebahagian aktiviti yang kami jalankan pada program korban dan aqiqah di Komboja pada tahun lepas.












ORANG JAHAT RAMAI, BILA ISLAM NAK MENANG

Seorang sahabat menghantar sms kepada saya:
Salam Ust. Dikatakan, kenapa manusia jahat. Dijawab, biasalah akhir zaman. Soalannya, kalau macam tu bila Islam nak menang? Adakah Islam menang dengan ramainya orang jahat?
Jawapan saya:
1. Kita tidak ditaklifkan dengan kemenangan. Tetapi kita ditaklifkan dengan dakwah dan perjuangan. Akhirat nanti, Allah tidak akan tanya, "Engkau menang atau tidak?" Tetapi Allah akan tanya, "Engkau berjuang atau tidak?" Jika kita ditaklifkan dengan kemenangan, maka semua penduduk Palestin akan ke neraka kerana sejak sekian lama mereka tak menang-menang dalam perjuangan!

2. Bolehkah orang jahat membantu memenangkan Islam. Jawabnya boleh. Ad Darimi meriwayatkan daripada Al Hakam bin Nafi' yang mendapat khabar dari Syuaib dari Az Zuhri dari Said bin Muthayyib dari Abu Hurairah Radhiallahu anhu katanya bahawa Nabi SAW pernah bersabda: إن الله يؤيد هذا الدين برجل فاجر (Sesungguhnya -ada ketikanya - Allah menolong agama ini dengan lelaki yang jahat).
3. Adakah zaman yang dikatakan ramainya orang jahat sekarang ini langsung tidak ada orang baik? Perlu disedari, sepanjang zaman, ada orang yang baik. Andai tiada seorangpun manusia yang beriman, maka saat itulah Allah menghancurkan dunia ini (qiamat).
Wallahu a'lam.
Terima kasih sahabat yang bertanya.



Selasa, Oktober 13, 2009

MASJID PERTAMA SELEPAS 61 TAHUN


1. Pada tahun 1948, sebahagian besar wilayah Palestin dijajah oleh Israel. Di samping menjajah, mereka melakukan pembunuhan kejam ke atas ribuan umat Islam. Rumah dan masjid mereka dimusnahkan. Tanaman mereka dimusnahkan.

2. Salah sebuah perkampungan yang dimusnahkan oleh penjajah ini ialah perkampungan Akbarah dekat bandar Safad. Masjid kampung berkenaan dirobohkan.

3. Sejak peristiwa berkenaan, penduduk kampung tidak pernah mendengar suara lauangan azan. Hinggalah pada tahun ini, baru mereka berjaya mendirikan masjid baru. Semoga Allah berikan kekuatan kepada mereka.




Jumaat, Oktober 09, 2009

TANTAWI DIKRITIK LAGI

Oleh: Ibnu Ismail

Ali Laban, ahli Parlimen Ikhwanul Muslimin di Parlimen Mesir menyifatkan tindakan Syeikhul Azhar, Dr Sayyid Tantawi memaksa seorang pelajar Al Azhar menanggalkan niqabnya sebagai satu penghinaan yang menjatuhkan maruah manusia. Tindakan Tantawi disifatkan sebagai bercanggah dengan hukum Islam, undang-undang, perlembagaan negara dan keputusan Mahkamah Tinggi.

Beberapa hari lalu, Syeikh Tantawi dilaporkan mengarahkan seorang pelajar perempuan agar membuka niqab yang dipakainya apabila terlihat pelajar itu semasa melawat sebuah sekolah gabungan Universiti Al-Azhar.

Insiden itu menjadi lebih hangat apabila beliau dikatakan mengeluarkan kata-kata yang kurang baik terhadap pelajar berkenaan:

“Niqab tidak ada kaitan dengan Islam... saya lebih arif tentang agama daripada kamu dan ibu bapa kamu,” kata Tantawi kepada pelajar berkenaan.

Jurucakap Al-Azhar, Ahmed Tawfiq mengesahkan perkara tersebut, namun menegaskan bahawa Tantawi berbicara dengan baik kepada pelajar itu.

Ketika berucap dalam parlimen, Ali Laban memetik kaedah asas dalam ilmu fiqh yang mengatakan bahawa pihak berkuasa tidak boleh menghalang sesuatu perbuatan yang tidak disepakati (ijma’) sebagai suatu mungkar. Memakai niqab/furdah bukan sekadar tidak diijma’kan sebagai mungkar, bahkan tidak ada langsung ulama’ yang menghukumkannya sebagai mungkar yang perlu dihalang.

Lebih dari itu, katanya, setengah ulama’ menghukumkannya sebagai wajib seperti pendapat ulama’-ulama’ di Arab Saudi, setengahnya pula mengatakan sunat dan sebahagian yang lain menyifatkannya sebagai perbuatan yang mempunyai kelebihan. Tidak ada pandangan dan fatwa ulama’ yang mengatakan haram mahupun makruh.

Ali turut mengecam perbuatan Tantawi itu sebagai melanggar keputusan Mahkamah Tinggi terhadap Universiti Amerika Kaherah yang mengeluarkan arahan melarang pelajar memakai niqab. Keputusan mahkamah bil 3219/48 menyebut, “Niqab bukan suatu yang wajib. Ia adalah sunat atau harus. Oleh itu sesiapapun tidak boleh menghalang sesuatu yang hukumnya harus. Universiti hendaklah member ruang kepada pelajar yang berniqab untuk membentuk keperibadian mereka sendiri.”

Tindakan Tantawi juga bercanggah dengan Perkara 40 Perlembagaan Negara Mesir berkaitan hak persamaan.

Ali Laban juga mengkritik Tantawi yang banyak membuat sesuatu keputusan dengan membelakangkan Mujamma’ Buhuth Islamiah. Ini termasuklah keputusannya megharamkan pemakaian niqab di Ma’had-ma’had Al Azhar dan penghapusan pengajian kitab Fiqh 4 Mazhab dan menggantikannya dengan kitab Fiqh Muyassar karangannya sendiri.

Tantawi juga turut menerima kritikan daripada seorang lagi Ahli Parlimen, Hamdi Hasan. Menurutnya, Tantawi sewajarnya melepaskan jawatan sebagai Syeikhul Azhar kerana tindakannya seolah-olah menjadikan Al Azhar sebagai sebuah akademi tarian gelek dan bukannya institusi agama.

Sementara itu, berpuluh-puluh pelajar berfurdah berdemonstrasi di Universiti Qaherah disebabkan larangan memakai niqab yang dikuat-kuasakan di universiti berkenaan baru-baru ini.



Ali Laban, Ahli Parlimen Mesir

GEGAR, RUNTUH, BAH MUNGKIN KERANA PERASUAH

Sebelum ke tempat kerja pagi tadi, saya sempat menjeling TV Bernama 502. Sebuah rancangan bual agama sedang berlangsung; dihoskan oleh Wan Sohor Bani Leman. Tetamunya, dua orang Fauzi, Prof Madya Dr Fauzi Deraman dan Ustaz Fauzi Mustafa TV3.

Meskipun sudah agak lewat untuk bergerak ke tempat kerja, namun saya terpaku di hadapan TV dek kerana tertarik dengan topik yang dibincangkan oleh ketiga-tiga orang tokoh ini.

Seorang pemanggil dari Sabah bertanya, di samping faktor geologi dan fenomena alam, adakah kejadian gempa bumi, tsunami, ribut dan sebagainya itu berpunca dari kejahatan manusia yang menolak hukum Allah. Dr Fauzi tidak menolak kemungkinan tersebut. Bahkan beliau mengingatkan umat Islam agar tidak hanya meletakkan sesuatu bencana itu hanya kepada faktor fizikalnya sahaja.

Beliau memetik kata-kata saintis terkemuka, Prof Dr Zaghlul Najjar, bahawa manusia tidak boleh angkuh mendakwa mereka mampu menghalang bencana alam dengan teknologi moden yang mereka miliki. Islam tidak menolak teknologi kerana adalah 'alat' yang sangat diperlukan. Namun kebergantungan manusia sepenuhnya (100%) kepada teknologi menyebabkan mereka lupa terhadap kuasa Allah yang Maha Berkuasa untuk bertindak ke atas manusia.

Ustaz Fauzi pula mengingatkan, apabila Allah belas kepada seseorang, maka Allah menpercepatkan hukuman di dunia bagi meringankan atau menghapuskan hukuman di akhirat. Sifat hukuman Allah itu pula, adakalanya ia datang dengan terlalu pantas; sekelip mata atau lebih cepat dari itu. Justeru, tidak ada alat mahupun teknologi moden yang mampu memintas hukuman Allah yang terlalu pantas.

Kelihatan 'geram' dengan perbincangan menarik itu, Ustaz Wan Sohor turut mengemukakan pendapat, walaupun beliau hanya seorang pengacara. Katanya, bencana boleh datang dengan sebab mungkar yang dilakukan oleh manusia. Contohnya dalam kes bangunan runtuh. Mungkin ia disebabkan salah satu pihak yang terbabit dalam pembinaan berkenaan telah dirasuah menyebabkan teori asal 2+2=4 menjadi 2+2=3.

Ahad, September 27, 2009

GEJALA RASUAH: DI MANA PENGHUJUNGNYA...


Setiap kakitangan kerajaan perlu mengikuti Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM). Dalam kursus berkenaan, tajuk berkaitan rasuah wajib diambil. Pegawai kerajaan diingatkan supaya menjauhi gejala ini dan diingatkan dengan akibat sertai hukuman dan deraan yang bakal diterima sekiranya disabitkan dengan kesalahan ini.

Pendidikan tentang betapa kotornya gejala ini telah diberikan. Undang-undang semakin keras. Badan yang mencegah rasuah (BPR) dinaik taraf kepada suruhanjaya (SPRM). Berdasarkan usaha-usaha yang telah dibuat, sepatutnya gejala ini sudah dapat diminimakan. Setidak-tidaknya berkurangan dari tahun ke tahun.

Malangnya, tahun ini sekali lagi dunia menyaksikan Malaysia jatuh ke tangga 47 Indeks Persepsi Rasuah (IPR) dari 180 negara. Pada 1995, Malaysia berada di tangga ke-23. Turun ke tangga 36 pada tahun 2001, tangga ke 37 (2003), tangga ke-39 (2004). Pada 2004 Malaysia dipandang dunia berada pada tangga lebih bawah, iaitu tangga ke-44 dari 163 buah negara yang dikaji oleh Transparency International (TI) dengan mendapat 5 daripada 10 mata penuh.

Pada tahun 2008, ketika Denmark, Sweden dan New Zealand berkongsi mata tertinggi 9.3, malaysia hanya mampu berbangga dengan 5.1 mata. Jiran Malaysia, Singapura berada pada tangga ke-2 dengan meraih 9.2 mata. Paling rendah, Somalia hanya mampu meraih 1 mata, Iraq dan Myanmar 1.3 mata dan Haiti 1.4 mata.

Tahun ini, TI menerusi webnya, http://www.transparency.org.my/ mengumumkan keputusan pemerhatian gejala rasuah yang lebih teruk bagi Malaysia iaitu jatuh ke tangga 47 dari 180 buah negara. Beberapa negara yang dikira sangat teruk pengurusannya telah berjaya memintas Malaysia, seperti Bhutan (45), Botswana (36) dan Israel (33).

Bukan niat penulis hendak menghina negara sendiri. Tetapi penulis merasa terpanggil untuk bersuara memperbetulkan keadaan. Sampai bila rakyat Malaysia harus dipersendakan oleh warga negara lain terhadap angka-angka yang dipaparkan ini.

Terlalu kerap kita mendengar para kontraktor berkata, "Kalau tak hulur, tak dapat le kita." Sering juga kedengaran suara, "Kalau berniaga lurus sangat, bila nak kayanya..."

Bukankah Islam yang menjadi anutan majoriti rakyat negara ini adalah agama yang paling jelas mengharamkan dan memerangi rasuah. Bukankah Allah menyebut secara jelas di dalam Al Quran (Al Baqarah 188):
وَلاَ تَأْكُلُواْ أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُواْ بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُواْ فَرِيقًا مِّنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالإِثْمِ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ {2/188}

"Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah (batil), dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada penguasa kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)."


Bukankah Rasulullah SAW pernah bersabda: لعن الله الراشى والمرتشى فى الحكم (Allah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah).
Bukankah sejarah telah memaparkan kepada kita bagaimana Melaka jatuh ke tangan Salibiyyah Portugis apabila gejala rasuah berleluasa di kalangan pegawai-pegawai kerajaannya.

Penulis berpandangan, rasuah tidak akan dapat di atasi hanya dengan ditukar nama BPR-SPRM dan dikeraskan hukuman serta dijadikan satu subjek kursus Induksi sahaja. Tetapi pencegahannya perlulah dibuat dengan ruh Islam. Pendidikannya perlu diterapkan dengan konsep keimanan kepada Allah dan keyakinan kepada dosa-pahala.

Di samping itu slogan Kepimpinan Melalui Teladan yang pernah dipopularkan suatu waktu dahulu perlu dihayati bersama. Semoga tidak ada lagi pegawai rendah yang berkata, "Saya ambil RM50 je. Orang atas ambil lagi banyak, RM50,000."



Jumaat, September 18, 2009

SALAH PENGHAYATAN TAKBIR RAYA

Biasanya bila tiba hari raya, umat Islam akan bertakbir. Takbir pula biasanya dialunkan di 3 tempat; masjid, radio dan TV. Jarang dengar (atau mungkin langsung tak kedengaran) orang bertakbir tengah jalan, di pasar raya, stesen bas dan sebagainya. Kalau ada yang melaungkan takbir raya di stesen bas, mungkin orang itu akan digelar orang yang 'tak cukup seposen.' Tapi itulah sunnah Rasulullah SAW dan para sahabat.

Seterusnya, dalam mengalunkan takbir raya, masing-masing cuba memperelokkan dan memerdukan suara dan bermain dengan lengguk suara masing-masing. Ia bagi mempersonakan pendengar. Memang syok dengar takbir raya kalau yang bertakbir itu orang yang pandai berlagu. Bukan sekadar syok, kadang-kadang naik sayu hingga menitiskan air mata. Lalu tergambarlah di hadapan mata wajah ibu ayah, tok nenek dan sedara mara yang telah meninggal dunia. Bertambah sebak jika di hadapan terdapat hidangan lemak dan rendang...

"Issyk... isyyk... kesian atuk, dah mati dia, tak sempat makan lemang tahun ni." Inilah petikan sebahagian skrip drama takbir raya.

Jika diperhatikan konsep takbir serta makna yang terkandung di dalam bait-bait lafaz yang dilagukan itu, takbir bukanlah lagu sedih yang perlu kita sebak mengingati orang-orang yang telah mati. Sekurang-kurangnya, ada 3 perkara utama dalam takbir raya:

1. Takbir adalah slogan semangat. Membesarkan Allah. Mentauhidkan Allah. Mengajar manusia bahawa hanya Allah sahaja yang berkuasa atas tiap sesuatu.
2. Ia adalah ikrar bahawa kita tidak akan sembah selain Allah. Ikrar untuk ikhlas dalam agama. Ikrar untuk istiqamah atas perjuangan Islam walaupun dibenci oleh orang kafir yang memusuhi.

3. Ia juga slogan jihad. Ia pernyataan benarnya janji Allah untuk menolong hamba-hambanya yang berjuang. Memberikan kekuatan dan kemenangan kepada tentera Islam.
Justeru, wajarkah takbir itu didayu-dayukan seperti yang biasa kita buat. Saya tidak katakan ianya satu bid'ah yang perlu dihapuskan. Saya hanya ingin membuka minda supaya memikirkan dan menghayati pengertian lafaz takbir yang sudah puluhan tahun kita amalkan. Moga kita tidak tersalah faham kepada lafaz takbir.

Selasa, September 15, 2009

Ahad, September 13, 2009

PERISTIWA BERDARAH 16 TAHUN LALU...


16 tahun telah berlalu... Namun masih segar dalam ingatan. Pagi 16 Ramadhan 1414H (26 Februari 1994), seorang pensyarah saya berbangsa Palestin menunjukkan sehelai surat yang baru diterima menerusi faks dari Palestin. Tercatat padanya, "Hampir 400 orang ditembak di dalam Masjid Nabi Ibrahim di Bandar Al Khalil (Hebron), Palestin ketika mereka sedang menunaikan solat fardhu Subuh...."

Berderau darah saya mendengar berita berkenaan. Kejadian itu sudah lama. Namun setiap kali datang Ramadhan, saya pasti mengingatinya.

Rakyat Amerika Syarikat bernama Baruch Kappel Goldstein berbangsa Yahudi bertanggung jawab melepaskan tembakan yang disasarkan kepada ratusan umat islam yang sedang solat di dalam masjid berkenaan. 29 daripada 350 orang yang terkena tembakannya gugur syahid.

Baruch Goldstein adalah seorang pelampau Yahudi yang menyertai kumpulan gerakan pengganas Kach yang sangat anti kepada Islam dan bangsa Arab. Goldstein bertugas sebagai seorang doktor dan tinggal di Kampung Kiryat Arba (كريات أربع) berhampiran bandar Al Khalil (Hebron). Dia selalu mempamerkan sikap bencinya kepada Islam dengan menghina dan mengugut umat Islam di pintu masuk Masjid Nabi Ibrahim. Lebih dari itu, dia selalu kelihatan keluar masuk ke masjid itu dengan bebas.


Bagi mengotakan azamnya untuk membunuh umat Islam, dia telah mengikuti latihan ketenteraan di beberapa buah kem latihan Zionis. Setelah mahir menggunakan senjata api, maka pada tanggal 25.2.94 ketika umat Islam baru sahaja selesai bersahur pada pagi ke 15 Ramadhan, Goldstein mempersiapkan dirinya dengan senjata api dan peluru secukupnya.


Dia mahu memuntahkan kesemua pelurunya ke tubuh umat Islam. Setelah azan subuh dilaungkan, dia mula menyelinap menuju ke arah masjid. Ketika umat Islam sedang khusyu' menunaikan solat berjamaah, Goldstein muncul di pintu masjid dan terus melepaskan tempakan bertalu-talu. Ratusan peluru ditabur terus ke tubuh hamba-hamba Allah yang sedang menyembah Tuhan mereka.

Darah merah mengalir membasahi seluruh ruang masjid. Goldstein melarikan diri. Umat Islam seluruh Palestin bangkit berdemonstrasi menuntut supaya Goldstein ditangkap dan dihukum. Dalam menghadapi kebangkitan rakyat ini, pihak berkuasa Israel telah menggunakan kekerasan menyebabkan ratusan cedera dan lebih 50 orang terbunuh.

Tidak tahan berhadapan dengan asakan umat Islam, Israel akhirnya menangkap Goldstein. Namun setelah dibawa ke mahkamah, dia diisytiharkan gila dan kemudiannya dibebaskan. Goldstein kembali hidup bebas seperti sebelumnya. Aktiviti menentang Islam diteruskan seperti biasa hinggalah dia mati pada 26/10/2008. Kaum Yahudi menganggapnya sebagai wira bertaraf 'saint' kerana kejayaannya membunuh umat Islam.

Di pihak umat Islam, peristiwa ini menambahkan derita mereka. Masjid Ibrahim ditutup. Pejabat-pejabat hal ehwal orang Islam dikunci oleh pihak tentera Rejim Zionis termasuklah bangunan Mahkamah Syariah, pejabat Agama Islam, pejabat pembangunan dan lain-lain.

Pada tahun 2005, Masjid Saidina Ibrahim dibuka semula. Namun umat Islam hanya dibenarkan menggunakan 1/3 sahaja daripada seluruh ruang masjid. 2/3 lagi dijadikan tempat Yahudi menjalankan upacara agama mereka. Bayangkan, bagaimana terganggunya ibadat umat Islam apabila kaum Yahudi menjalankan upacara agama mereka di dalam masjid berkenaan. Untuk masuk ke dalam masjid itupun, umat Islam terpaksa melalui pemeriksaan ketat pihak tentera.

Daripada 4 buah pintu utama masjid, umat Islam hanya dibenarkan menggunakan satu pintu sahaja.
Sila rujuk:

Khamis, September 10, 2009

LAILATUL QADAR 1


Firman Allah yang bermaksud:

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Al-Qadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Al-Qadar itu? Malam Al-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar.” (Surah Al Qadar ayat 1-5)

SABABUN NUZUL

(Sebab Turun Ayat)

1. Ibnu Abi Hatim dan Al Wahidi meriwayatkan daripada Mujahid bahawa Rasulullah SAW menceritakan kisah seorang lelaki dari kalangan Bani Israel menyandang senjata selama 1000 bulan. Maka para sahabat merasa kagum terhadapnya. Lantas Allah menurunkan ayat-ayat ini.


2. Ibnu Jarir pula meriwayatkan dari Mujahid, katanya, “Dahulu, di kalangan Bani Israel ada seorang lelaki yang beribadat sepanjang malam hingga ke subuh. Kemudiannya berjihad pada jalan Allah pada waktu siang hingga petang. Itulah pekerjaannya selama seribu tahun. Maka Allah menurunkan ayat “Malam Al-Qadar itu lebih baik dari seribu bulan.”



KANDUNGAN SURAH


1. Menjelaskan bahawa Al Quran mula diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW pada malam Al-Qadar, iaitu digua Hira’. Ayat yang mula-mula diturunkan ialah ayat 1-5 surah Al ‘Alaq (العلق). Kemudian ia diturunkan sedikit demi sedikit berdasarkan situasi dan sebab-sebab tertentu. Penurunan Al Quran keseluruhannya mengambil masa selama lebih kurang 23 tahun.


2. Menjelaskan tentang kelebihan beramal pada malam Al-Qadar yang lebih baik daripada seribu bulan.


BILA LAILATUL QADAR?

1. Para ulama’ berselisih pendapat tentang tarikh berlakunya Lailatul Qadar. Kesimpulannya Lailatul Qadar berlaku pada salah satu malam dalam bulan Ramadhan, terutamanya di antara 10 akhir Ramadhan (antara malam 21- 30).


2. Kelebihan dan keistimewaan anugerah Allah pada malam berkenaan bermula dari waktu Maghrib hinggalah terbit fajar keesokannya.



Selasa, September 01, 2009

DALAMILAH ILMU AGAMA

Pelbagai konflik yang berlaku dalam masyarakat kini adalah berpunca dari ceteknya ilmu pengetahuan agama. Justeru, belajarlah. Hadirilah kuliah agama, tazkirah, ceramah dan sebagainya. Bukalah pintu hati untuk disuluh dengan ilmu-ilmu Islam. Moga kita diredhai Allah.

Ahad, Ogos 30, 2009

JANGAN MAKI 'TUHAN' MEREKA



Allah berfirman di dalam Surah Al An'am ayat 108 yang bermaksud:

"Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang meeka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan mereka (yang sebenar) lah kembalinya mereka, lalu Dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan."

Sebagai orang yang berada di atas landasan aqidah yang benar, kita sekali-kali tidak redha dengan sembahan yang lain selain daripada Allah. Semua benda yang dianggap Tuhan sama ada batu berhala, hantu syaitan, dewa-dewa, bahkan manusia yang disembah selain Allah adalah merupakan taghut yang bakal mnjadi bahan bakaran di dalam neraka (Al Baqarah 24 dan 257).

Dalam pada itu dari segi dakwah, kita tidak dibenarkan mngutuk dan memaki pihak yang dianggap 'tuhan' itu secara nyata. Ayat 108 dari Surah Al An'am di atas menjelaskan sebab larangan berkenaan. Iaitu sebagai satu sadduz-zara'i' (سد الذرائع) bagi mengelak keburukan yang lebih besar. Mereka asalnya hanya melakukan satu mungkar, iaitu menyembah berhala sahaja.

Tetapi dengan sebab kita memaki 'tuhan' mereka, maka mereka akan melakukan kemungkaran kedua iaitu memaki Allah dengan melampau. Justeru perbuatan memaki dan menghina sembahan mereka adalah satu kerja buruk berbentuk provokasi yang akan menimbulkan ketegangan yang tidak sepatutnya berlaku.

Pastinya kita pula akan melenting apabila orang lain menghina Allah. Orang yang beriman tidak akan merasa gentar untuk berjuang dan berjihad mempertahankan kesucian nama Allah. Biarpun terpaksa menumpahkan darah, mereka akan sanggup mengharunginya. Andai mati, mereka dianugerah syahid. Kalau menang, mereka mendapat kemuliaan.

Tetapi dalam kes ini, penghinaan itu berpunca dari kita sendiri. Kita yang menyebabkan mereka menghina Allah. Inilah satu kesilapan yang perlu diperbetulkan.

Kes terbaru yang berlaku di Selangor Jumaat lalu agak menggemparkan. Beberapa orang berbangsa Melayu beragama Islam mengheret dan memijak kepala lembu berdarah di atas jalan raya sebagai tanda bantahan mereka terhadap pemindahan kuil Hindu ke kawasan mereka. Sememangnya mereka berhak membuat bantahan. Tetapi cara bantahan mereka itu bercanggah dengan ayat 108 surah Al An'am.

Sepatutnya mereka bertindak dengan aksi yang boleh memberikan kesedaran kepada kaum lain terhadap kebatilan mereka. Malangnya tindakan yang mereka lakukan akan menjauhkan mad'u daripada Islam. Bahkan menyebabkan mereka akan marah, melenting dan sekaligus membalas 'serangan' dengan memaki Islam.

Serentak dengan itu juga Islam mendapat persepsi yang buruk dalam pemikiran mereka. Islam akan dilihat ganas dan lebih primitif dari sembahan yang primitif.

Keadaan ini perlu diperbetulkan semula secepat mungkin. Jika dibiarkan, fikir-fikirkanlah apa yang bakal berlaku seterusnya.


Jumaat, Ogos 28, 2009

ZALIMNYA HUKUM MANUSIA

Manusia memerah otak memikirkan bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah. Seringkali jawapan yang diberikan oleh otak manusia tersasar dari yang sepatutnya.

Dalam usaha menyelesaikan jenayah, manusia memerah otang mencari jalan untuk mengatasinya. Lain negara lain caranya, lain undang-undangnya dan lain kaedah menghukumnya.

Bila dicadangkan penyelesaian dengan kaedah yang ditetapkan oleh Allah, ramai yang kata itu zalim, kejam! Mereka lupa hukum Allah mempunyai ruh NAKALAN MINALLAH yang mampu menyelesaikan masalah yang manusia hadapi. Ia nampak menggerunkan, tetapi minima keperitannya, besar pengajarannya kepada manusia lain.

Hukum ciptaan manusia, nampak canggih tapi menyiksakan, kejam dan tidak mendatangkan pengajaran kepada manusia lain. Yang paling utama, ia tiada ruh NAKALAN MINALLAH (pencegahan dari Allah).
Lihat gambar di atas. Ia adalah kesan hukuman sebat yang dilaksanakan di sebuah penjara. Fikirkanlah:

1. Yang membuat hukum itu ialah manusia yang tidak sunyi dari salah dan silap. Bukan dari Allah yang Maha Mengetahui.

2. Sebatannya hanya 10-15 kali atau 20 kali sahaja. Tetapi kecederaannya sangat serius. Ia dipukul pada satu tempat dari pukulan pertama hingga terakhir. Ini bercanggah dengan kaedah Islam.

3. Pesalah disebat di dalam penjara. Siapa yang nak ambil iktibar. Siapa yang akan insaf. Pesalah itu sendiripun tidak akan insaf. Bahkan akan timbul pula perasaan dendam terhadap pelaksana hukuman.

4. Pesalah diaibkan dengan didedahkan auratnya. Islam menyuruh hukuman dilaksanakan dalam keadaan pesalah lengkap berpakaian menutup aurat.

5. Fikirkan pula alat yang digunakan dan kekuatan hayuanannya.

Terlalu jauh hukuman ini dari keadilan Islam. Bagaimana sesebuah negara itu akan mendapat pemeliharaan Allah apabila undang-undangnya menyimpang jauh dari panduan Allah.

DATUK ISMAIL KAMUS MENINGGAL DUNIA?


Malam tadi massage box saya hampir penuh dek sms yang saya terima dari rakan-rakan berbunyi:

"Al Fatihah untuk Ustaz Ismail Kamus yang baru menemui Allah sebentar tadi... Satu kehilangan besar buat agama dan negara. Semoga Allah mencucuri rahmat kepadanya. Tolong foward..."


Seperti biasa, apabila menerima sms seperti ini, saya tidak akan segera forward kepada orang lain. Saya akan selidiki dahulu untuk mengesahkan berita yang diterima. Setelah menghubungi beberapa orang kenalan, saya dapati Ustaz Ismail Kamus sekarang sedang mengerjakan umrah di Makkah dan beliau sedang sihat dan 'segar bugar' di sana.

Pengajarannya, fikir-fikirkanlah sendiri.

Apa yang ingin diutarakan di sini ialah, apabila berlaku kematian seorang tokoh ulama' kita sering mengungkapkan kalimah, "Satu kehilangan besar buat umat Islam..." Lantas kita memuji, mengungkit jasa besar ulama' berkenaan, mendedahkan ketinggian ilmunya, kehebatan firasatnya, keikhlasannya, keberaniannya dan sebagainya.

Malangnya ungkapan berkenaan terpantul dari mulut kita setelah tokoh berkenaan meninggal dunia. Ketika masih hidup, kita tak pedulipun kepada tokoh ini. Ketika Ishak Baharum masih hidup, berapa ramai umat Islam yang tak hadirpun ke masjid ketika tokoh itu berceramah di kampung mereka. Tapi setelah beliau meninggal dunia, masing-masing mengeluh kehilangan tokoh ulamak yang hebat.

Justeru, sementara para ulama' yang hebat-hebat ini masih hidup, rebutlah peluang untuk menumpang ilmu mereka. 'Burulah' kuliah dan ceramah Datuk Dr Harun Din, Ustaz Ahmad Awang, Ustaz Abd Ghani Shamsuddin, Tuan Guru Haji Mohd Baqi Osman, Datuk Ismail Kamus dan lain-lain.

Kesemua mereka sudah berada dihujung usia. Entah esok entahkan lusa, mereka akan meninggalkan kita. Kalaupun tidak sehebat mereka, namun di hadapan Allah nanti kita boleh sedikit berbangga, "Ya Allah, tika hidupku di dunia dahulu aku sering mengunjungi dan mengikuti majlis ilmu para wali-Mu...."



Khamis, Ogos 27, 2009

CARA SEBATAN DALAM ENAKMEN SYARIAH PAHANG


“Tangguh Hukuman: Penjara Tiada Tukang Sebat”


“Tangguh Hukum Kartika Hingga Ada Tukang Sebat Syariah”


Demikian tajuk berita kebanyakan media cetak Rabu lalu dalam mengulas penangguhan hukuman sebat ke atas Kartika. Utusan hari ini pula menyiarkan berita seperti iklan jawatan kosong:


“Kes Kartika: Tukang sebat syariah dicari”


Setiap kali timbul isu pelaksanaan Undang-Undang Islam, pihak berkenaan akan berdalih mengatakan kita tiada tenaga pakar dalam bidang syariah untuk melaksanakannya. Hakikatnya kita bukan kekurangan tenaga, tetapi kita tidak memanfaatkan tenaga yang ada.


Para ulama’ ramai. Graduan lulusan bidang syariah dari universiti dalam dan luar negara juga ramai. Mencapai angka puluhan ribu. Tetapi ilmu yang mereka pelajari tidak dimanfaatkan untuk pelaksanaan Undang-undang Islam.

Dalam kes sebat, undang-undang telah memperincikan kaedah dan cara sebatannya. Tidak perlu pakar. Ia sudah termaktub di dalam Seksyen 125 (2) dan (3) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Negeri Pahang 2002 mengenai cara perlaksanaan (mode of execution) hukuman tersebut:

i. Alat sebatan yang digunakan hendaklah diperbuat dari rotan atau ranting kecil pokok yang tiada ruas atau buku dan panjangnya tidak melebihi 1.22 meter dan tebalnya tidak melebihi 1.25 sentimeter.

ii. Kalau pesalah itu hamil, hukuman itu hendaklah dilaksanakan selepas 2 bulan dia melahirkan anaknya.

iii. Pesalah hendaklah diperiksa tahap kesihatannya oleh Pegawai Kesihatan Kerajaan sebelum hukuman tersebut boleh dijalankan.

iv. Hukuman sebat itu hendaklah dengan kehadiran Pegawai Perubatan Kerajaan.

v. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.

vi. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk

vii. Sebatan hendaklah dijalankan dengan kekuatan sederhana iaitu tukang sebat itu tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala supaya tidak melukakan kulit pesalah.

viii. Jika semasa perlaksanaan hukuman sebab itu Pegawai Perubatan Kerajaan memperakui bahawa pesalah itu tidak lagi dapat menerima sebatan, sebatan itu hendaklah ditangguhkan sehingga Pegawai Perubatan Kerajaan itu memperakukan bahawa pesalah itu sihat tubuh badannya untuk menjalani baki sebatan yang tinggal.

ix. Selepas mengenakan satu sebatan, tukang sebat hendaklah mengangkat alat sebatan itu ke atas dan tidak menariknya.

x. Semasa disebat, pesalah hendaklah memakai pakaian menurut Hukum Syarak.


Apa yang jelas, isu Kartika memperlihatkan betapa tidak seriusnya pihak berkenaan dalam mendaulatkan Undang-undang Islam.


Beberapa tahun lalu, ketika kumpulan pro IFC dan Artikel 11 mendesak supaya kerajaan meminda perkara berkaitan undang-undang Syariah di Malaysia, semua pihak melenting dan marah. Umat Islam menentang keceluparan kumpulan itu. Pemimpin kerajaan juga ramai yang menyuarakan kekesalan dan bertekad untuk mempertahankan kedaulatan Islam.


Namun dalam masa yang sama, enakmen berkaitan Islam terpinggir dan tidak dipedulikan. Peraturan dan undang-undang digubal dan diwartakan. Tetapi tidak ada sebarang persediaan untuk dilaksanakan. Hinggakan tukang sebatpun tak ada! Sedangkan undang-undang dan peraturannya sudah wujud sejak 7 tahun lalu (2002).


Lihat sahaja undang-undang berkaitan jalan raya. Sebaik sahaja dikuatkuasakan peraturan mewajibkan pemakaian tali pinggang keledar kerusi belakang, JPJ terus mengadakan ‘road block’ di seluruh negara. Puluhan ribu RM diperoleh pihak kerajaan hasil saman yang dikeluarkan. Siang dan malam TV dan radio siarkan iklan dan kempen pemakaian tali keledar belakang.


Dahulu, ketika peraturan memasang lampu motosikal di siang hari dikuatkuasakan, road block yang sama dan saman yang sama dikeluarkan. Berapa ramai pakcik di kampung-kampung yang disaman hanya kerana tidak menyalakan lampu di siang hari.


Begitulah seriusnya mereka melaksanakan undang-undang. Tetapi apabila tiba giliran peraturan dan undang-undang Islam, masyarakat awam langsung tidak tahu kewujudan undang-undang itu. Pelaksana undang-undang juga tidak tahu bagaimana hendak kuat-kuasakan.


Alangkah malangnya undang-undang Islam. Hanya tinggal di dalam Kitab. Buat tatapan pelajar pondok dan siswa universiti.



(* Gambar hiasan seorang wanita belum berkahwin dijatuhi hukum sebat 100 rotan di Aceh kerana sabit kesalahan zina)

KAEDAH SEBAT DALAM UNDANG2 ISLAM


Dalam kes Hudud, kesalahan yang dihukum sebat ialah sabitan terhadap kes zina muhsan (100 kali) dan minum arak (40-80 kali). Hukuman ini sering digambarkan sebagai hukuman yang kejam dan primitif.

Selain daripada lemparan tuduhan orientalis, ia juga diburukkan oleh pandangan orang Islam yang jahil, termasuk penerbit filem yang memberikan gambaran salah tentang hukuman ini, seperti fileh Sumpah Semerah Padi dan lain-lain.

Mengikut Islam sebatan ini, perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.

Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak.

Sebatan juga, tidak boleh sampai mencederakan, dan hendaklah diagih-agihkan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.

Ia bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi.

Aspek pencegahan inilah yang perlu ada dalam melaksanakan hukuman dalam undang-undang Islam. Ianya memerlukan pindaan supaya proses undang-undang Islam yang adil dapat dilaksanakan.

Dalam kes Kartika, hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (Pindaan) 1987, keberanian hakim untuk menjatuhkan hukuman yang paling hampir kepada Islam adalah usaha terpuji. Tetapi sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar.

Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w. Apabila asasnya adalah nas, maka ianya adalah aspek agama Islam yang wajib untuk dilaksanakan kepada penganutnya kerana ianya berkait dengan tanggungjawab antara manusia dengan Tuhan, antara dosa pahala serta pembalasan di hari akhirat.

Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40 dan 80 rotan, bukan 6 sebatan seperti yang diputuskan itu.

Haramnya arak ini, adalah tidak mengira tempat samada restoran kecil atau besar, atau hatta di dalam rumah sendiri. Apa yang seharusnya berlaku ialah arak haruslah di haramkan penjualannya secara menyeluruh terlebih dahulu kepada semua orang Islam.

Masyarakat dan kerajaan juga perlu dididik dengan ilmu Islam supaya faham bahawa arak adalah haram di sisi agama Islam. Masyarakat bukan Islam juga perlu diperjelaskan tentang keburukan arak dan kebaikan hukum hakam Islam.

Justeru, menjalankan hukuman terhadap peminum arak tanpa menghapuskan puncanya seumpama menghadapi nyamuk aedes dengan menamparnya sahaja, tetapi longkang-longkang dibiarkan berselerak sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk yang membawa denggi.


Selasa, Ogos 25, 2009

KENAPA MASIH BERDOLAK DALIK LAKSANA HUKUM ALLAH

Tersentuh juga hati apabila setiap hari terbaca berita kesediaan untuk Kartika Sari Dewi Shukarnor dihukum sebat kerana kesalahan minum arak di Kuantan. Beliau sudah insaf dan sedar kesilapan yang dilakukan sebelum ini.

Beliau mahu hukuman ini menjadi pengajaran kepada dirinya dan seluruh umat Islam. Beliau mahu bertaubat. Beliau mahu dihukum di dunia kerana tidak sanggup berhadapan dengan hukuman Allah di akhirat kelak.
Justeru apabila hakim menjatuhkan hukuman, beliau meminta hukuman itu dilaksanakan segera dan seboleh-bolehnya ia dilaksanakan di khalayak ramai.

Ramai yang mempersoalkan adakah hukuman 6 kali sebatan itu bertepatan dengan kehendak syarak. Sememangnya ia tidak tepat dengan kehendak syarak kerana:
1. Ia hanya 6 sebatan, sedangkan dalam kesalahan jenayah syar'iah, Islam menetapkan hukuman sebatan 80 rotan bagi kesalahan minum arak.

2. Kaedah sebatan yang dilaksanakan di Malaysia sekarang adalah terlalu mendera dengan menggunakan rotan yang besar dan hayunan yang kuat serta dirotan hanya pada satu tempat, sedangkan undang-undang syarak menetapkan hukuman yang lebih bersifat mendidik dan memberi pengajaran.

3. Hukuman yang dilaksanakan sekarang tidak memelihara aurat pesalah. Sedangkan hukuman Islam dijalankan di atas pakaian yang lengkap.
Walaubagaimanapun hakim telah menggunakan maksima peruntukan yang ada dan had hukuman yang boleh dijatuhkan olehnya untuk menjatuhkan hukuman yang paling hampir dengan syariat Islam.

Sepatutnya pihak yang mempersoalkan itu bertanya, adakah hukuman sebelum ini bertepatan dengan syarak. Hukuman yang berbentuk denda beberapa ratus atau ribu ringgit. Lagi jauh dan langsung tidak ada dalam Kitab Allah.

Dan sepatutnya pihak berkenaan juga perlu mendesak supaya hukuman Islam itu dilaksanakan secara sempurna bagi mempamerkan keadilan Islam.

Desakan dan asakan demi asakan diterima oleh pihak bekuasa agama di Pahang yang akhirnya menyaksikan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan mengarahkan hukuman ditangguh.
Saya bimbang, sikap berdolak dalik dalam melakanakan hukuman ini akan memberikan gambaran buruk tentang undang-undang Islam. Lebih malang lagi jika Kartika sendiri berbalik hati dek sikap berdolak dalik ini.

Ahad, Ogos 23, 2009

KENANGAN BERKUNJUNG KE SEMPADAN PALESTIN


Tika menelusuri ayat-ayat Allah di pagi Ramadhan ini, hati begitu tersentuh. Al Baqarah bermula dengan perincian pembahagian manusia kepada muttaqin, kafir dan munafiq. Diikuti dengan paparan sejarah awal manusia yang dicipta dari tanah, kepatuhan malaikat dan kekufuran iblis. Seterusnya peringatan dan amaran kepada Bani Israil….



Sesungguhnya membaca dengan bertammul pasti dapat mengetup pintu hati yang keras. Seawal ayat 40, Allah sudah mula menceritakan perihal kerasnya hati kaum Bani Isarel untuk menerima kebenaran. Banyak sekali kisah mereka di dalam Al Baqarah yang diselang-selikan dengan perkara-perkara lain. Hingga ke penghujungnya masih terdapat paparan kedegilan Bani Israil.

Masuk surah Ali Imran, ada juga kisah mereka. An Nisa' juga sama. Begitu jugalah dengan surah-surah yang lain. Hinggakan ada satu surah yang dinamakan surah Bani Israil atau surah Al Isra'.

Al Baqarah memaparkan bagaimana sikap 'banyak soal' mereka akhirnya menyusahkan mereka sendiri. Bagi menyelesaikan satu kes pembunuhan, Nabi Musa AS mengarahkan mereka menyembelih lembu. Mereka bertanya, "Lembu macam mana? Warna apa? Apa sifat-sifatnya...?"

Pertanyaan-pertanyaan itu bukan untuk mengetahui sifat sebenar lembu yang diperintahkan supaya disembelih, tetapi ia lahir dari sikap buruk mereka yang sengaja mahu menangguhkan pelaksanaan perintah rasul. Lantas pertanyaan itu menyusahkan mereka untuk mencari lembu yang disifatkan. Hampir-hampir mereka tidak menemuinya. Sedangkan andai mereka sembelih tanpa banyak soal, mereka boleh sembelih mana-mana lembu atas dunia ini.

Mereka juga menyusahkan nabi mereka dengan bermacam-macam hal termasuk meminta hidangan dari langit, meminta untuk melihat Allah dan meminta air di tempat yang mustahil ada air. Berhadapan dengan kaum yang degil ini, Allah membekalkan kepada nabi-nabi Bani Israil ini dengan mukjizat hissiah yang banyak.

Nabi Musa AS dianugerahkan tongkat yang banyak membantu. Apabila baginda melemparnya di hadapan Firaun, ia bertukar menjadi ular besar. Ketika memukul laut, ia terbelah dua memberikan laluan kepada baginda dan Bani Israil untuk menyelamatkan diri. Apabila dipukul pada sebongkah batu besar, terpancar 12 mata air yang setiap satu cukap untuk keperluan setiap qabilah Bani Israil.

Mengenangkan betapa banyaknya peninggalan kisah Musa dan Bani Israil ini, maka pada 3-5 Mac 2003, saya bersama beberapa orang sahabat dari Keluarga Pelajar Islam Perak Mesir meneroka perjalanan ke Semenanjung Sinai hingga ke sempadan Palestin.

Sampai di sana, kami dapat saksikan sendiri kesan-kesan peninggalan sejarah Nabi Musa yang masih elok dan jelas walaupun tanpa pemerhatian dan baik pulih pihak berkuasa. Kami mendaki gunung Jabal Musa yang terletak dipuncak Tur Sina, tempat Nabi Musa bermunajat kepada Allah dan menerima wahyu yang berupa kitab Taurat. Kami saksikan Wadi Arba'in dan bongkah batu yang dipukul oleh Nabi Musa hingga menerbitkan 12 mata air. Kami lihat kesan peninggalan peristiwa penyembahan Bani Isarail kepada patung lembu... dan banyak lagi perkara yang menunjukkan kedegilan Bani Israil kami saksikan di Semenanjung Sinai.




Kami turut mengunjungi Taba dan Teluk Aqabah yang menjadi sempadan Palestin, Jordan dan Arab Saudi. Pintu sempadan dikawal ketat oleh pihak berkuasa Mesir. Kelihatan di sebelah sana, tentera Yahudi mundar mandir mengawal pintu di sebelah Palestin. Di atas bukit bersebelahan terdapat dua pos kawalan. Satu mengibarakan bendera Mesir dan satu lagi mengibarkan bendera bintang bucu 6 Zionis Israel.

Ketika itu jiwa saya rasa terbakar. Di hadapan mata saya terbentang bumi suci Palestin dan bumi para anbiya' dijajah oleh rejim Zionis. Dan penjajahnya sedang berada di hadapan mata saya. Tapi apa yang saya mamtu lakukan...

Dalam perjalanan pulang, kami singgah di sebuah kem tentera Israel yang sudahpun ditawan oleh tentera Mesir dalam perang tahun 1973. Kem Bar Lev (Hebrew: קו בר לב, Kav Bar Lev; Arabic: خط برليف, Khaṭṭ Barlīf) dibina berhampiran Terusan Suez oleh tentera Israel untuk menghalang serangan tentera Mesir. Namun dalam Perang 10 Muharram (Amaliyat Badar / Perang 6 Oktober 1973) Mesir berjaya menguasai Sinai dan menghalau tentera Yahudi dari Bar Levf. Kini ia menjadi sebahagian tempat lawatan.

Apabila masuk ke kem berkenaan, ternyata apa yang disebut oleh Allah mengenai sifat pengecut dan takut mati kaum Yahudi tu adalah benar. Mereka membina kubu yang sangat kukuh. Bilik mesyuarat terletak di bawah tanah. Bilik ketua mereka juga di bawah tanah. Di atasnya disusun batu-batu yang sangat berat bagi menghalang serangan umat Islam.

Di dalam bilik persembunyian ketua mereka, saya lihat ada satu kertas tertampal pada dinding. Ada tulisan seakan-akan sebuah bait syair atau lirik lagu dalam bahasa Ibrani. Di bawahnya ada terjemahan bahasa Arab.

'Hatikfa' atau lagu Amal (نشيد الأمل) adalah lagu rasmi Zionis hingga tahun 1948. Ia disusun dengan ayat-ayat yang menggambarkan ketamakan dan kerakusan mereka untuk menguasai dunia. Antara lain, ia menyebut:


"Telah lama bersarang di dalam hati
semangat Yahudi membara

untuk menguasai rumah-rumah Timur

bersama kemunculan mata-mata Zionis."

"Telah lama kita kehilangan cita-cita
cita-cita lama
untuk kembali ke tanah air bapa-bapa kita
dan untuk kembali menguasai semua kota
yang pernah diduduki oleh Daud...
"

Saya juga melihat bagaimana senjata-senjata berat yang ditinggalkan oleh mereka masih dalam keadaan baik dan dijadikan bahan tontonan pengunjung. Hampir kesemuanya adalah buatan Amerika Syarikat. Ertinya usaha Amerika bersekutu dan membantu Israel memerangi umat Islam bukan baru. Mereka memberi sokongan moral dan bantuan ketenteraan secara langsung.

Sebab itu Israel berani bertindak semahu-mahunya membunuh umat Islam di Palestin. Mereka tangkap ribuan pemuda Islam. Sebahagian mereka bunuh dan sebahagian lagi mereka siksa dan kurung. Ada juga yang dibunuh dan diambil organ dalamannya untuk dikomersialkan.


Bayangkan batu sebanyak itu disusun di atas kubu mereka bagi mengelak serangan tentera Mesir.