Baru-baru ini saya mendengar kuliah Tuan Guru Haji Mohd Baqi Osman. Antara yang menariknya beliau membawa kisah bagaimana orang kaya boleh masuk syurga lebih dahulu dari orang yang berjihad (mujahid) dan orang alim.
Ketika seorang mujahid dipelawa ke syurga, beliau agak keberatan dan merasa malu kerana di hadapannya terdapat ramai alim ulama' yang hebat-hebat. Sepatutnya merekalah yang masuk dahulu.
"Aku tidak akan berjihad andai tiada mendapat ilmu dari golongan alim ulama'. Merekalah yang memberiku ilmu tentang jihad lantas aku bangun berjihad. Sepatutnya merekalah yang terlebih dahulu masuk ke syurga."
Lalu para malaikat mempelawa alim ulama' pula untuk masuk ke syurga. Para alim ulama' juga keberatan kerana mereka berkata:
"Ada orang yang lebih layak mendahului kami masuk ke syurga. Mereka lebih besar jasanya. Kami tidak akan dapat menjadi alim ulama' seandainya tiada bantuan dan sumbangan mereka. Mereka ialah orang-orang kaya yang menghulurkan derma ketika kami hendak belajar dahulu."
Moralnya, jika ada orang mintak sumbangan untuk belajar, untuk buat pusat pendidikan Islam dan sebagainya, hulur-hulurkanlah. Mana tahu kita akan jadi orang kaya yang akan mendahului orang lain masuk ke syurga....