Jumaat, Jun 22, 2012

HIMPUNAN SEJUTA UMMAT


Gambar ini diambil dan diupload ke internet pada jam 12.36 dinihari Jumaat 22 Jun 2012. Ia menggambarkan ratusan ribu rakyat Mesir dari pelbagai latarbelakang politik telah memenuhi setiap ruang Dataran Tahrir Kaherah bagi menyertai Himpunan Sejuta Ummat pada keesokan paginya.

Penganjur menyasarkan himpunan bermula jam 5 petang Jumaat bagi mengelak peserta terkesan dengan cuaca panas melampau sekarang. Namun semangat para demonstran tidak luntur dan datang lebih awal sejak hari sebelumnya.

Mereka berhimpun kerana melihat kuasa tentera semakin menyerlahkan sikap membelakangkan kehendak majoriti rakyat. Ini berikutan tindakan membatalkan keputusan pilihanraya parlimen yang berpihak kepada gerakan-gerakan Islam, melengah-lengahkan pengumuman keputusan pilihanraya presiden, mencadangkan beberapa pindaan perlembagaan yang hanya akan menambah kuasa kepada tentera dan mengurangkan kuasa presiden pilihan rakyat.

Himpunan ini didominasi oleh pengikut Ikhwanul Muslimin disamping gerakan-gerakan Islam lain, golongan liberalis, Kristian Coptik dan revolusioner lain.

Antaranya ialah Parti Pembebasan dan Keadilan (sayap politik Ikhwan), Parti An-Nur (sayap politik gerakan Salafi),  Parti Kemajuan dan Pembangunan (sayap politik Jamaah Islamiyah), Parti Al Wasat, Gerakan 6 April dan lain-lain. 

Beberapa hari lalu penyokong Muhammad Mursy mengisytiharkannya memenangai pilihanraya presiden dengan memperoleh 52% sokongan. Jumlah sokongan pengundi Mesir di luar negara terhadap Mursy menjangkau angka 79%. Namun SPR belum mengesahkan angka berkenaan.

Tiada ulasan: