Rabu, September 26, 2012

DIBEBAS SELEPAS 22 TAHUN MERENGKUK DI PENJARA REJIM ZIONIS


Ditangkap 26/9/1990
Dibebas 25/9/2012

“Ketika saya sedang menduduki peperiksaan SPM di Malaysia 22 tahun lalu, Suhail yang hampir sebaya dengan saya dihadapkan ke Mahkamah Tentera Zionis dan dijatuhkan hukuman penjara  22 tahun.”

Suhail Said Al Jadili, ketika itu adalah seorang remaja Palestin yang amat terkesan dengan kebangkitan Intifadhah pertama. Beliau tidak boleh berdiam diri melihat bangsa dan agamanya diperhina. Dalam usia 17 tahun, beliau tergolong di kalangan ‘Atfal Al-Hijarah’ yg berjaya menggerunkan rejim zionis dengan hanya bersenjata batu dan lastik.

Di suatu ketika tentera Zionis menceroboh perkampungan muhajirin Al Buraij dan membunuh para remaja Atfal Al Hijarah, umat Islam tidak mampu lagi menahan kesabaran. Mereka bertindak membunuh balas ke atas salah seorang tentera dikenali sebagai Amnon (bunyi mcm ameno).

Kematian Amnon menyebabkan rejim Zionis berang dan menangkap remaja-remaja yang disyaki. Antara mereka termasuklah Suhail. Suhail dihadapkan ke Mahkamah Tentera Zionis dan dijatuhkan hukuman penjara  22 tahun. Dalam tempuh itu, Suhail telah beberapa kali dipindahkan dari satu penjara ke penjara lain.

Dalam tempuh itu juga, rakan-rakan Suhail ramai yang sudah gugur syahid. Yang hidup pula ramai yang sudah berumah tangga. Mereka sudah memiliki anak yang ramai. Sememangnya warga Palestin terkenal dengan ramainya anak.

Semalam, 25/9/2012, berpuluh-puluh orang rakan dan saudara mara Suhail menunggu di pintu sempadan Bait Hanun bagi menyambut kepulangan rakan mereka. Pejuang yang dipenjarakan selama 22 tahun tanpa dikurangkan walau sehari. Rakan mereka yang ditangkap pada usia 17 tahun, kini berumur 39 tahun. Allahu Akbar!