Isnin, September 10, 2007

DIGITAL AL QURAN

HARGA RUNTUH!





Digital Al Quran
Model: JQ357
Harga Lama: RM450

Kini: RM399



Model: ICQ505
Harga Lama: RM450

Kini: RM399

Handphone Al Quran
Model: MQ7200
Harga Lama: RM999

Kini: RM699

... dan banyak lagi model digital Al Quran dan Handphone Al Quran dengan pelbagai fungsi...



KEISTIMEWAAN:

- Bersaiz poket
- Ringan (menggantikan kitab2 yang berat)
- Mudah dibawa ke mana2 (walaupun tanpa berwudhuk)
- Boleh diulang2kan bacaan (sesuai untuk menghafal)
- Murah (kandungannya yang padat memerlukan ribuan ringgit untuk membelinya secara manual)
- Sesuai untuk para ustaz @ ustazah, pelajar agama, imam dan seluruh umat Islam yang cintakan Al Qur'an.



MENGANDUNGI:
- Teks dan audio 30 juzuk Al Quran (Sudais, Syuraim, Ghamidi)
- Terjemahan 7 bahasa (termasuk Melayu)
- Teks kitab Tafsir Ibnu Kathir, Jalalain (bergantung model)
- Teks Kitab Hadis: Sohih Bukhari, Muslim, Riadhus Solihin, Matan 40 Nawawi, Hadis Qudsi dll (bergantung model)
- Kitab Tajuid
- Panduan arah qiblat (2800 bandaraya seluruh dunia)
- Jadual waktu solat (2800 bandaraya seluruh dunia)
- Doa khatam Al Quran (Masjidil Haram)
- Asmaul Husna (audio dan visual)
-Fungsi rakaman suara



TAMBAHAN UTK HANDPHONE:
- Reka bentuk canggih, cantik
- Sesuai untuk semua talian
- SMS, MMS, Chat Mail, GPRS, WAP, Highspeed USB 2.0
- MP3, MP4, 2 @ 1.3 Mega Pixel Camera
- Menu in English & Arabic


Cara tempah:
Maybank 1561-3257-1435 atas nama ARIS HAZLAN.
SMS model yang dikehendaki dan nama serta alamat lengkap ke 019-9602045
(Insya Allah tempahan akan tiba selepas sehari bekerja)




Bayaran pos tidak diperlukan (dalam Malaysia)


Isnin, Jun 25, 2007

CATATAN PERJALANAN KE RUMAH ALLAH




Oleh: Aris Hazlan Haji Ismail

Setelah beberapa bulan merancang, akhirnya Allah memberikan laluan mudah kepada saya dan rakan-rakan untuk berkunjung ke Tanah Suci Makkah dan Madinah.

Rombongan kami pada 29 Mei lalu seramai 71 orang termasuk 7 orang kanak-kanak menaiki pesawat Sri Langkan. Beberapa rombongan lain turut serta bersama kami di dalam pesawat ini termasuk rombongan yang diketuai oleh Dato' Ismail Kamus.

Kami singgah di Colombo selama satu jam sebelum meneruskan perjalanan ke Jeddah dengan pesawat yang sama. Urusan imigresen di KAAIA Jeddah juga berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Kami seterusnya dibawa ke Madinah dengan menaiki bas. Perjalanan yang memakan masa selama 5 jam itu pastinya memberikan pengalaman baru kepada mereka yang baru kali pertama tiba di bumi Hijaz ini.

Ketika tiba di perkarangan Hotel Dallah Taibah, kedengaran azan subuh dilaungkan dari Masjid Nabawi yang terletak hanya beberapa meter sahaja dari hotel berkenaan. Sungguh sayu hati kami mendengar laung azan berkenaan. Mahu rasanya kami terus ke Masjid Nabawi untuk menunaikan solat Subuh bersama ribuan jamaah lain. Namun kami perlu menyelesaikan urusan check in hotel terlebih dahulu.

Pada hari pertama kami hanya menziarahi Masjid Nabawi dan sekitarnya sahaja. Ini termasuklah kubur Rasulullah SAW, Abu Bakar dan Umar, menziarahi Raudhah, perkuburan Baqi' dan lain-lain.

Seorang sahabat saya dari Terengganu yang datang dengan pesawat Arab Saudi memberitahu, ada seorang peserta rombongannya telah meninggal dunia sebaik sahaja mendarat di Madinah. Beliau tidak sempat bersembahyang di Masjid Nabawi. Namun Allah yang Maha Penyayang telah mentakdirkan jasadnya diusung ke Masjid Nabawi untuk disembahyangkan oleh ribuan manusia, diimamkan oleh imam Masjid Nabawi dan seterusnya dikebumikan di perkuburan Baqi' menjadikannya 'berjiran' dengan ribuan para sahabat Rasulullah SAW, isteri-isteri dan anak-anak baginda. Subhanallah!

Kota Madinah yang telah 10 tahun saya tinggalkan telah banyak mengalami perubahan. Kepesatan pembangunan menjadikan hampir tiada lagi hotel bertaraf sederhana berhampiran Masjid Nabawi. Hotel yang 'berbintang-bintang' mencakar langit bagaikan memagari masjid Rasulullah itu. Di sebelah timur masjid, iaitu berhampiran pintu bahagian muslimat, kerja-kerja pembangunan giat dijalankan hingga ke sempadan Baqi'. Kerajaan Arab Saudi merobohkan semua binaan di kawasan itu untuk meluaskan lagi lapang luar Masjid Nabawi di samping membina tempat letak kereta bawah tanah dan stesen bas.

Ketika pulang dari masjid selepas menunaikan solat Fardhu Subuh hari kedua, saya terserempak dengan Dr Badrul Amin di lobi hotel. Kami bersalaman dan berpelukan kerana sudah lama tidak bertemu. Suatu ketika dahulu kami pernah beberapa kali duduk di atas pentas yang sama menyampaikan ceramah dan forum perdana.

Dr Badrul memberi tahu saya bahawa antara mereka yang turut serta bersama rombongannya ialah penyanyi rock terkenal, Amy Search. Sedang kami berbual-bual, muncul Amy yang baru sahaja pulang dari Masjid Nabawi. Kami bersalaman dan bertanya khabar.

Bertemu artis, selebriti dan orang kenamaan di tanah suci bukanlah suatu yang baru bagi saya. Ketika bertugas di Makkah sekitar tahun 1996-1997 yang lalu saya pernah menguruskan rombongan beberapa orang kenamaan termasuk Ratu Jazz Sheila Majid. Menguruskan orang kenamaan bukanlah satu kehebatan dan kemuliaan bagi saya. Kerana semua manusia adalah sama di sisi Allah. Yang paling mulia adalah yang paling bertaqwa.

Pagi itu, kami di bawa menunaikan solat 2 rakaat di Masjid Quba' seperti yang digalakkan oleh Rasulullah SAW. Di dalam sepotong hadith, baginda menyatakan bahawa sesiapa yang keluar rumah dalam keadaan berwudhuk dan menuju ke Masjid Quba' untuk menunaikan solat 2 rakaat, maka bagi pahala seolah-olah melaksanakan satu umrah... Inilah masjid yang diiktiraf oleh Allah sebagai masjid yang didirikan atas dasar taqwa.

Kemudian kami dibawa ke ladang Kurma, Jabal Uhud, Masjid Qiblatain dan Masjid Tujuh. Masjid Tujuh ialah kawasan perkhemahan para sahabat yang menyertai peperangan Khandak/Ahzab. Namun bilangan masjid yang tinggal hanya dua buah sahaja. Kunjungan kami pada hari berkenaan menyaksikan pihak berkuasa Arab Saudi sedang membina sebuah masjid besar di kawasan itu yang dijangka dapat digunakan tidak lama lagi.

Seterusnya kami di bawa ke kilang mencetak Mashaf Al Quran. Di kilang itulah mashaf Al Quran dicetak dengan kaedah Rasm Othmani dan disebarkan ke seluruh pelusuk dunia sejak zaman pemerintahan Al malik Fahad bin Abd Aziz. Malangnya kami tidak dapat masuk ke kilang berkenaan kerana hari itu (Khamis) adalah hari cuti bagi kakitangan kilang tersebut.

Masa bagaikan begitu cepat berlalu. Pada hari ketiga, kami perlu meninggalkan Madinah Al Munawarah. Kami terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada Rasulullah SAW, Abu Bakar dan Umar. Kekangan waktu dan tugas menyebabkan kami terpaksa meninggalkan Raudhah dan Baqi'. Lantas selepas solat Jumaat pada hari ketiga, kamipun bergerak meninggalkan kota Madinah dengan penuh kesayuan. Ketika bas bergerak meninggalkan Madinah, masing-masing tidak berkata apa-apa. Lidah menjadi kelu. Mata masing-masing memandang ke arah Masjid Nabawi yang semakin lama semakin jauh ditinggalkan.

Beberapa kilometer dari Madinah, kami singgah di Zul Hulaifah (Biir Ali) untuk berniat umrah dan seterusnya meneruskan perjalanan menuju ke Kota Suci Makkah Al Mukarramah.

Di dalam perjalanan, kami cuba membayangkan betapa sukarnya perjuangan Rasulullah SAW yang terpaksa meredah padang pasir dengan berjalan kaki semata-mata untuk menyampaikan Islam kepada umat manusia. Kami tidak dapat menggambarkan betapa sukarnya para sahabat berjalan kaki di padang pasir menuju ke Makkah bagi menunaikan umrah.

Kami juga tidak dapat menyelami betapa peritnya penderitaan Rasulullah SAW ketika baginda berjalan kaki meredah padang pasir untuk berhijrah dari Makkah ke Madinah. Namun kami yang sedang bergerak menuju ke Makkah hanya memakan masa 5 jam sahaja perjalanan dengan menaiki bas berhawa dingin.

Di Makkah, kami ditempatkan di Hotel Bilal di Syamiah berhampiran pintu Babul Fath. Setelah menyimpan beg masing-masing, saya memimpin para jamaah untuk menyempurnakan tawaf dan sa'ie.

Ketika binaan Kaabah sudah tersergam di hadapan mata, saya dapat saksikan bagaimana masing-masing menitiskan air mata kegembiraan dan kesyukuran dapat berkunjung ke rumah Allah. Lantas kami melaungkan Kalimah Tauhid, LAILAHAILLALLAH dan bertakbir tiga kali.

Ketika di Makkah, para peserta rombongan bebas melakukan ibadat sebanyak yang mungkin. Mereka digalakkan memperbanyakkan solat, tawaf dan membaca Al Quran. Di dalam sebuah hadith, Rasulullah SAW menjanjikan pahala beribadah di dalam masjid ini 100,000 kali ganda berbanding beribadah di dalam masjid-masjid lain.

Tempoh seminggu berada di kota Makkah ini juga diambil kesempatan oleh kami untuk menziarahi tempat-tempat bersejarah termasuk Jabal Thur, Padang Arafah, Jabal Rahmah, Muzdalifah, Wadi Muhassir, Mina, Jaaranah, Jabal Nur, Muzium Haramain, ladang unta, Hudaibiah dan lain-lain lagi.

Di samping itu, pada beberapa hari terakhir, kami sering mengadakan pertemuan dan majlis ilmu (tazkirah) selepas solat Asar.

Pada hari Rabu 6 Jun, saya bersama ibu dan anak saya pergi ke Tan'im untuk menunaikan umrah. Setelah selesai solat sunat di Masjid Saidatina Aisyah itu, saya sekali lagi bertemu dengan Amy Search. Tetapi pertemuan kali ini agak berbeza kerana 'rambut panjangnya' sudah tiada. Kepalanya botak. Kami sempat berbual seketika.

Saya bertanya tentang rambutnya, "Rambut panjang tu berapa lama simpan?"

"Tak de la... Ini bukan kali pertama saya botak. Dulu pernah dah sekali... Tapi kali ini... Inilah pengorbanan saya yang terakhir."

Saya tidak pasti apa maksud jawapan beliau itu. Tetapi saya secara spontan saya terus berkata, "OK la tu, insya Allah... Moga-moga Allah terima." Secara husnuz-zan, saya beranggapan beliau sedang berusaha untuk memperbaiki diri, meningkatkan taqwanya dan mendekatkan dirinya dengan Allah.

Tanggal 8 Jun adalah saat yang paling memilukan bagi semua peserta rombongan. Pagi Jumaat itu kami terpaksa meninggalkan Kaabah dan Masjidil Haram. Kami perlu pulang ke tanah air untuk meneruskan tugas masing-masing. Dengan linangan air mata, semua peserta mengerjakan Tawaf Wada’ (tawaf selamat tinggal). Ketika melangkahkan kaki untuk keluar daripada Masjidil Haram, beberapa kali kami menoleh ke belakang untuk melihat kaabah buat kali terakhir. Saat yang sangat menghibakan.

Ketika menaiki tangga menuju ke jalan raya, saya tidak dapat menahan sebak di dada dan air mata saya bercucuran. Sedang anak saya terus bertanya berkali-kali, "Abah, kenapa abah menangis. Abah kenapa menangis..." Saya membiarkan sahaja pertanyaan itu tanpa jawapan. Di dalam hati, saya berdoa, "Ya Allah, jangan Kau jadikan kunjungan ku kali ini sebagai kunjungan terakhir..."

Sampai di perkarangan hotel, kami dapati bas sudah sedia menunggu dan beg-beg kami sudah dimuatkan ke perut bas. Kami terus berangkat ke Jeddah.

Di Jeddah kami singgah di Masjid At Taubah (Masjid Terapung) di pinggir Laut Merah untuk makan tengahari dan solat Jumaat. Sementara menunggu masuknya waktu solat Jumaat, peserta kanak-kanak bergembira bermain layang-layang di pinggir Laut Merah.

Mereka kemudiannya dibawa ke Lapangan terbang King Abd Aziz Jeddah untuk berangkat pulang. Penerbangan pulang berlepas dari landasan pada jam 9.30 malam (2.30 pagi waktu Malaysia).

Pesawat berhenti di Colombo hampir satu jam dan para peserta mengambil kesempatan untuk menunaikan solat Subuh. Perjalanan kemudiannya diteruskan ke destinasi terakhir dan pada jam 12.30 tengahari 9 Jun 2007 pesawat kami mendarat dengan selamatnya di KLIA.

Ya Allah, jemputlah lagi kami berkunjung ke rumah-Mu....

NOSTALGIA HARAMAIN Mei-Jun 07





Di puncak Jabal Rahmah
Di tengah Padang Arafah
Kota Suci Makkah Al Mukarramah
Kota Kelahiran Muhammad bin Abdullah

* Anakanda Abdullah Al Munzir bersama neneknya, Salmiah Ghazali (tengah), Puan Ruzita (kanan) dan Puan Zaleha (kiri)
Jabal Uhud... menjadi saksi perjuangan para sahabat Rasulullah SAW di dalam Peperangan Uhud.
Jabal Uhud... menjadi saksi gugurnya 70 orang syuhada' yang diketuai oleh Hamzah bin Abdul Muttalib.
Jabal Rummah... menyaksikan 'terangkatnya' pertolongan Allah apabila manusia engkar suruhan Allah dan arahan nabi-Nya....

* Bersama bonda dan anakanda di puncak Jabal Rummah, berlatar belakangkan Jabal Uhud di Madinah.


Kanak-kanak mengambil kesempatan bermain di tepi pantai Laut Merah sementara menunggu waktu untuk berangkat pulang ke tanah air.
Peserta rombongan umrah mengambil kesempatan untuk minum susu unta segar yang diperah ketika kunjungan mereka ke ladang unta.







Bersama Dato' Ismail Kamus di ladang kurma Madinah.







Khamis, Jun 21, 2007




Bagai 'isi dan kulit' Ustaz Alhisam mengambil kesempatan bergambar bersama 'ustaz' Amy Search yang menginap di hotel yang sama.

Amy dan keluarga mengikuti rombongan umrah pimpinan Dr Badrul Amin Bahron, bekas pensyarah UIAM.

Blog Ustaz Alhisam: http://ochea14.blogspot.com/



Bersama rakan-rakan sebilik di Dallah Taibah Hotel
Dari kiri: Tuan Haji Abd Aziz Abdullah, saya, Ustaz Alhisam Ahmad dan Tuan Haji Hassan Nikman











SELAMAT DATANG KE TANAH SUCI MAKKAH AL MUKARRAMAH

Kanak-kanak Yang Turut Serta









Gambar kanan: Wildan, Abdullah Al Munzir, Wajdi dan Wafi bergambar berhampiran perkuburan syuhada' Uhud.

Isnin, Jun 18, 2007







Gambar kanan: Ini ialah pintu gerbang berbentuk rehal Al Quran sebagai pintu masuk ke tanah suci Makkah Al Mukarramah. Kelihatan di dalam gambar, guru-guru Sekolah Kebangsaan Sulaiman Bentong Pahang.

PERJALANAN KE TANAH HARAM


Gambar ini dirakamkan ketika kami transit di Colombo dalam perjalanan dari KLIA ke KAAIA Jeddah 29 Mei lalu.
Bersama saya di dalam gambar ini, rakan setugas, Ustaz Alhisam Ahmad (Kedah) dan Saudara Alakari (Sabah).

Jumaat, April 27, 2007

KEKEJAMAN YAHUDI DALAM TEMPUH GENCATAN SENJATA

62 ORANG DIBUNUH
260 ORANG TERCEDERA
1,164 DICULIK
Gerakan Islam Palestin HAMAS mengumumkan bahawa Rejim Zionis Israel telah melakukan pelbagai jenayah terhadap umat Islam dalam tempuh gencatan senjata yang mereka umumkan sejak 26 November 2006 lalu.
Seperti biasa, dalam mana-mana perjanjian, umat Islam akan berpegang teguh dengan perjanjian, manakala Yahudi tidak memperdulikannya. Perjanjian damai atau gencatan senjata sama sahaja bagi mereka dengan peperangan.
Dalam tempuh berkenaan (Nov 2006 - April 2007) Israel telah membunuh 62 orang umat islam Palestin, mencederakan 620 orang dan menculik serta menangkap 1,164 orang yang lain.
Laman Web Palestine Info melaporkan, antara yang terbunuh termasuk wanita dan 13 orang kanak-kanak.
Dalam tempuh lima bulan terakhir, 259 orang tercedera termasuk 4 orang wanita, 79 kanak-kanak dan 3 orang juru gambar sebuah akhbar.
Daripada 1,164 orang yang diculik dan ditangkap, 96 orang adalah kanak-kanak, 17 orang nelayan pesisir pantai Ghaza dan seorang wakil rakyat, Hatim Qafisyah.
Dalam tempuh itu juga Israel telah melakukan 598 serangan ke atas bandar dan kawasan perkhemahan Palestin di Tebing Barat dan sempadan Ghaza. Mereka merobohkan 30 buah rumah dan 7 bangunan pertanian serta merampas 429 hektar tanah. Pejabat media Siraj dan Al Hurriyyah turut dimusnahkan.
Mereka juga dilaporkan bertindak ganas ke atas penduduk tempatan termasuk menggunakan anjing untuk membuat pemeriksaan ke atas wanita.

Rabu, April 25, 2007

ISU YIN: JANGAN CEPAT MELATAH

Pelbagai andaian dibuat terhadap isu kehilangan Yin @ Muhamad Nazrin Shamsul Ghazali @ Yusuf. Ada yang cepat-cepat menuduh pasangan Burma (Myanmar), Abdul Rahman Dolli Rahman dan isterinya, Nur Shidah Nur Islam sebagai penculik. Ada yang mengandaikan mereka terlibat dengan sendiket penculikan kanak-kanak untuk tujuan mengemis.

Ada pula yang mendakwa bapa dan ibu Yin sebagai ibu bapa yang tidak bertanggung-jawab, tidak pandai jaga anak, tidak mengenang budi dan sebagainya. Bahkan ada yang menuduh mereka sebagi mungkir janji.
Sebagai orang Islam, kita tidak seharusnya cepat melatah dan membuat berbagai-bagai telahan dan andaian terhadap sesuatu yang kita tidak pasti. Kita perlu memahami perasaan orang yang kehilangan anak. Dalam keadaan yang kelam kabut, wartawan datang menyerbu dan bertanyakan berbagai-bagai soalan. Pastinya mereka tidak dapat memberikan jawapan yang tepat (qaulan sadida).
Di satu sudut pula, janganlah kita cepat menuduh orang yang kita anggap sebagai orang asing atau pendatang sebagai orang yang suka melakukan jenayah dan kejahatan.
Tahukah kita siapa pelarian Burma (Myanmar)? Di Malaysia, rakyat Burma terbahagi kepada 2, satu Islam satu lagi bukan Islam. Yang beragama Islam, kebanyakannya datang dari Semenanjung Arakan.
Perlu kita ketahui, umat Islam Arakan (Selatan Burma) tidak diiktiraf oleh kerajaan Junta Myanmar sebagai rakyat. Justeru mereka diburu dan dibunuh. Tidak ada dosa dan kesalahan yang mereka lakukan selain dari kerana mereka 'beragama Islam'.
Mereka terpaksa menyelamatkan diri. Ada yang lari ke Bangladesh. Ada yang menyusup masuk ke Thailand. Lebih dari itu, ada yang terpaksa meredah lautan, merempuh gelombang mencari negara yang dapat menyelamatkan mereka.
Apabila tiba di negara yang mereka kunjungi, sebahagian mereka ditangkap dan dipenjarakan. Jika dipenjarakan, mereka merasa lebih aman daripada tinggal di Arakan yang setiap hari mereka diburu. Tetapi yang lebih malang, setelah ditangkap, mereka dihantar pulang ke Burma. Tiba di Burma, mereka akan 'disambut' oleh Junta Burma dengan tali gantung ataupun peluru.
Malaysia menjadi destinasi kerana pada tanggapan mereka rakyat Malaysia pasti akan menolong mereka kerana mempunyai persamaan di sudut agama. Biar mereka hidup merempat di negara orang, asalkan nyawa mereka selamat.
Justeru, kedatangan mereka bukan seperti pendatang lain yang bermotifkan duit. Mereka datang untuk menyelamatkan aqidah, agama dan nyawa mereka. Sebab itu tidak ramai di antara mereka yang melakukan kerja-kerja jahat seperti pendatang lain.
Biar mereka dipandang hina mengutip besi buruk, asalkan mereka mendapat rezeki yang halal. Abdul Rahman Dolli Rahman tidak malu hidup di rumah buruk dan tidak malu bekerja mengutip besi buruk. Keringatnya diperah untuk mendapatkan sesuap nasi untuk 5 orang anak dan seorang isteri.
Bayangkan, jika anda berada di tempat mereka. Tinggal di negara orang. Tidak faham bahasa rakyat tempatan. Terjumpa kanak-kanak. Cuba selamatkan. Tak tahu apa nak buat. Bawa balik ke rumah. Beri makan minum. Jaga dia. Terjumpa poster budak hilang lalu serahkan budak itu ke balai polis. Tiba-tiba anda dituduh menculik, mengemis dan pelbagai tuduhan lain...
Justeru, sebelum menuduh, selidiklah dahulu. Dalam Al Quran Allah menegaskan, jika kita mendapat satu khabar berita maka selidikilah terlebih dahulu agar tidak teraniaya orang-orang tertentu...
Abd Rahman dan Nur Shidah bukan pelarian biasa. Mereka datang untuk menyelamatkan agama, aqidah dan nyawa mereka. Mereka datang sebagai tetamu umat Islam Malaysia.

Jumaat, April 06, 2007

HUKUM PELABURAN INTERNET

BEBERAPA PERKARA SYUBHAH (MERAGUKAN )
DALAM PELABURAN INTERNET

Jabatan Mufti Negeri Perak


LATAR BELAKANG

Sejak kebelakangan ini terdapat banyak persoalan hokum yang diutarakan memohon penjelasan mengenai hokum melabur dalam skim pelaburan di internet.
Banyak Syarikat Pelaburan mendakwa dan berjanji memberikan pulangan yang menarik kepada pelabur .Ternyata tawaran-tawaran ini telah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan sehingga sengaja lupa atau terlupa soal halal dan haram dalam transaksi berkenaan
PENDAHULUAN
Oleh kerana terlalu benyak persoalan yang ditimbulkan mengenai isu ini dan telah membabitkan syarikat-syarikat yang berbagai namun apa yang menariknya pendekatan syarikat-syarikat ini hamper-hampir sama di antara satu sama lain samada ia menamakan syarikatnya swiss cash , em-pay, ABB Fund, Eaindex , Arabic Fund, buy barrel dan lain-lain yang mungkin banyak lagi akan muncul serta mungkin akan menggunakan nama-nama yang berbau "Islamik" untuk memancing wang-wang peserta, satu garis panduan umum perlu diketengahkan kepada masyarakat .
BEBERAPA PERKARA SYUBHAH (MERAGUKAN) DALAM PELABURAN INTERNET

Garis panduan ini diharap dapat digunakan oleh masyarakat dalam membuat keputusan untuk terlibat dalam pelaburan berkenaan.

BEBERAPA LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL OLEH BAKAL PELABUR

1. Pastikan jenis aqad secara jelas ketika memulakan urusan pelaburan/transaksi samada mudharabah , wadiah atau memberi pinjaman(al qardh) kerana setiap transaksi berkenaan mengandungi rukun-rukun dan syarat sah yang perlu dipatuhi agar ia sah dan diiktiraf secara syara' .
2. Bakal pelabur wajib menyelidiki sector perniagaan yang wang kita dilaburkan di dalamnya samada ia dilaburkan di dalam sector- sektor yang halal atau haram ataupun syubhah.
3. Ada beberapa perkara yang perlu diketahui oleh bakal pelabur tentang potensi ia diperdaya atau ditipu malah tidak dilindungi oleh mana-mana undang-undang .Sering diistilahkan sebagai transaksi yang mempunyai unsur-unsur gharar.
4. Langkah yang paling mudah dan ringkas bagi mereka yang kurang memahami istilah dunia perniagaan jenis baru ini dan mengetahui status hukumnya ialah dengan menyelidik samada syarikat berkenaan mengandungi penasihat syariah ataupun tidak. Jika syarikat berkenaan mengandungi barisan jawatankuasa pemantauan syariahnya maka para pelabur boleh terus berhubung dengan ahli-ahlinya jika berlaku apa-apa keraguan yang timbul .
BEBERAPA PERKARA YANG AMAT MERAGUKAN DALAM PELABURAN-PELABURAN INTERNET
Terdapat beberapa keraguan dalam pelaburan internet bila ditinjau dari keempat-empat perkara di atas .Atau dengan lain perkataan jika bakal pelabur mendapati bahawa terdapat perkara -perkara yang disebutkan di bawah dalam mana-mana pelaburan dengan memakai nama atau jenama sekalipun maka ia termasuk dalam perkara syubhat dan wajib dijauhi serta ada kalanya ia jelas haram
1. ISU AQAD
Hampir keseluruhan transaksi syarikat-syarikat ini menggunakan istilah pelaburan.Di dalam Islam pelaburan adalah dibenarkan dengan mematuhi segala syarat sah dan rukun-rukunnya.

Terdapat sekurang-kurangnya dua pelanggaran syarat sah pelaburan seperti yang telah ditetapkan oleh syara' iaitu
1.1 Ada jaminan dari syarikat sebagai pengusaha bahawa modal pelabur tidak akan berlaku pelupusan atau modal pelabur dijamin tidak akan rugi .Jaminan ini telah merosakkan aqad pelaburan .
Syarikat sebagai pengusaha adalah pihak yang memegang amanah (yad amanah)terhadap modal yang diserahkan kepadanya .Bermaksud dia tidak perlu membayar gantirugi terhadap modal pelaburan yang musnah dalam pegangannya kecualilah jika ia berlaku secara sengaja atau kerana kecuaiannya dalam melaksanakan tanggungjawabnya.Ini bermakna segala kerugian sepanjang pelaburan akan ditanggung oleh pelabur (bakal pelabur boleh merujuk secara mudah perkara ini dalam buku Kitab Feqh Mazhab Syafie jilid 7 halaman 1319 cetakan pertama 2 2005,prospecta printers sdn bhd -kitab ini adalah diterjemahkan dari kitab al fiqh al manhaji )

1.2 Kebanyakan syarikat pelaburan ini menawarkan jumlah tertentu serta menjamin pulangan atau keuntungan dalam jumlah yang telah ditentukan secara pasti sejak awal lagi. Sebagai contoh, jika anda meletakkan duit pelaburan sebanyak RM 10,000 bagi tempoh 5 bulan, anda pasti akan diberi pulangan dengan jumlah tertentu (seperti RM 5,000)
Jaminan ini tidak menepati syarat kontrak pelaburan dalam Islam.Disyaratkan keuntungan setiap pihak mestilah ditetapkan pada kadar tertentu bukan pada jumlah yang tertentu.Maksudnya , hasil yang bakal diperolehi akan dibahagikan mengikut peratus tertentu , contohnya 25% ,50% atau sebagainya.
Kontrak pelaburan tidak sah jika kadar keuntungan yang bakal diperolehi oleh salah satu pihak samada pelabur atau pengusaha (syarikat)ditentukan menurut jumlah tertentu .Contohnya , syarat tersebut menyatakan salah satu pihak akan menerima RM 1000.00 daripada keuntungan atau jumlah tertentu . (bakal pelabur boleh merujuk secara mudah perkara ini dalam buku Kitab Feqh Mazhab Syafie jilid 7 halaman 1317-1318 cetakan pertama 2005 ,prospecta printers sdn bhd -kitab ini adalah diterjemahkan dari kitab al fiqh al manhaji )Seperti juga dengan dijanjikan amaun tertentu akan didapati dalam tempoh tertentu seperti dengan melabur RM 1,000 dalam masa 10 hari akan menerima RM 100.00
Jaminan untung tertentu dalam sebarang kontrak pelaburan adalah telah sepakat seluruh ulama sebagai haram kerana ia adalah Riba. Hadith Nabi yang menyebut : أن الخراج بالضمان
Ertinya : "(Bagi mendapatkan) Keuntungan (hasil pelaburan) mestilah dengan menghadapi risiko (bermakna tiada untung tetap dijanjikan dan pelabur mesti menjamin keelokkan barangan yang dijual jika melibatkan jual beli)" (Riwayat As-Syafie, Ahmad, Ibn Hibban, Abu Daud : no 3508 ; Albani : Hasan)
1.3 Jika kontrak yang dibuat bukan aqad atau kontrak mudharabah adakah ia mungkin aqad atau kontrak memberi pinjaman.Kalau pun ia aqad atau kontrak memberi pinjaman , ia tetap haram kerana wang yang bakal dikembalikan oleh syarikat berkenaan akan beserta dengan amaun atau jumlah tambahan terhadap jumlah modal pinjaman dan bayaran dilakukan secara bertangguh dan kadar lebihan wang berkenaan telah ditetapkan dari awal lagi.Ia dinamakan riba yang diharamkan oleh Islam.

2. ISU DI MANA WANG KITA DILABURKAN.

Bakal pelabur mesti berusaha untuk mengetahui di manakah wang mereka dilaburkan.Jika ia dilaburkan di tempat-tempat yang diharamkan seperti sector yang bersangkutan dengan arak, pelacuran , perjudian ,instrument riba dan apa juga perkara yang jelas haram atau,maka pulangan dari pelaburan itu adalah haram.
Apabila penelitian dibuat terhadap syarikat-syarikat berkenaan di dapati mereka mencampuradukkan antara pelaburan -pelaburan halal seperti minyak dan sebagainya dan juga pelaburan-pelaburan yang haram dan syubhat seperti perniagaan mata wang .
Jawatankuasa Syariah Negeri Perak pernah mengeluarkan keputusan bahawa forex(perniagaan matawang ) yang dibenarkan dalam syariah ialah perniagaan pertukaran matawang yang berlaku (taqabudh) serah menyerah semasa transaksi berlaku seperti pertukaran wang asing semasa keluar negeri kerana ia merupakan keperluan untuk berurusniaga di negara berkenaan.Jika tidak berlaku serah menyerah pada waktu yang sama seperti serahan bertangguh maka transaksi itu adalah tidak dibenarkan dalam syarak berdasar kepada hadith Rasululullah SAW yang bermaksud:
"Emas dengan Emas ( ditukar atau diniagakan) , perak dengan perak, gandum dengan gandum, tamar dengan tamar, garam dengan garam mestilah sama timbangan dan sukatannya, dan ditukar secara terus ( pada satu masa) dan sekiranya berlainan jenis, maka berjual-belilah kamu sebagaimana yang disukai" ( HR Muslim)

Jika ada syarikat atau individu yang mendakwa Jabatan ini mengeluarkan apa-apa sijil kebenaran perniagaan matawang , maka dakwaan berkenaan adalah tidak benar .
3. ISU POTENSI PELABUR DITIPU (GHARAR)

Kebanyakkan Syarikat hanya mendedahkan indentitinya serta aktiviti perniagaannya hanya melalui internet dan segala perjanjian hanya melalui internet .Para pelabur dengan penuh kepercayaan mungkin kerana tersilau dengan janji pulangan atau sekadar mencuba langsung tidak memikirkan di mana nasib duitnya kalau syarikat berkenaan menutup laman webnya dan tidak memikirkan undang-undang apakah yang akan melindungi haknya di mahkamah.

Mungkin ada yang beralasan sekadar mencuba nasib dengan melabur dengan jumlah yang sedikit tetapi hakikatnya wang yang sedikit itu juga adalah amanah Allah yang wajib kita jaga dan tetap dipersoalkan semula .
Dalil pengharamannya adalah dari hadith Nabi SAW Ertinya : "Nabi SAW melarang dari berjual beli dengan kewujudan Gharar" ( Riwayat Muslim )

4. ISU PANEL SYARIAH

Panel Syariah dalam sesebuah syarikat sangat berperanan menentukan segala perjalanan transaksi samada ada menepati kehendak syara' ataupun tidak .Sepaling tidak pun kita bersandar kepada kepakaran mereka menentukan halal ataupun tidak urusniaga itu.
Syarikat-syarikat pelaburan internet tidak mempunyai panel syariahnya tersendiri , oleh itu bagaimanakah kita dapat memastikan perjalanan urusniaga syarikat ini bertepatan dengan syara'.
Terdapat beberapa laman web syarikat berkenaan yang interaktif .Pelabur boleh bertanya persoalan dimana tempat -tempat wang kita dilaburkan dan akan dijawab oleh laman web berkenaan bahawa ia tidak melabur ditempat-tempat yang diharamkan.Persoalannya badan manakah dan siapakah yang akan memastikan apa yang dijelaskan itu benar ? Maka di sinilah peranan panel syariah yang diwujudkan dalam mana-mana syarikat kewangan.
APA SIKAP KITA TERHADAP PERKARA YANG SYUBHAT (MERAGUKAN)?
Dalam menghadapi isu-isu syubhat, Islam sangat menuntut umat Islam meninggalkan perkara-perkara yang meragukan kepada perkara yang meyakinkan berdasar kepada hadith - hadith Rasulullah SAW:
Ertrinya : Daripada Abu Muhammad al Hassan Ali bin Abi Talib , cucu Rasulullah SAW dan penawar hati baginda .Beliau berkata :Aku menghafal daripada Rasulullah SAW :
"Tinggalkanlah apa yang meragukan kepada apa yang tidak meragukan."

(Diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan An Nasai .Imam Tirmizi telah berkata :Hadith ini hadith hasan Sahih)
Dalam hadith yang lain:

Daripada Abu Abdullah an-Nu'man bin Basyir r.a katanya:"Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram(itupun) jelas dan di antara kedua-duanya (terdapat)perkara-perkara yang syubhat, ramai di kalangan manusia tidak mengetahuinya .Sesiapa yang menjaga dirinya daripada perkara syubhat, (maka) dia telah membersihkan agama dan kehormatannya .Dan sesiapa yang terjatuh ke dalam perkara-perkara yang syubhat, dia akan jatuh kepada perkara yang haram.Seperti pengembala yang mengembala di sekitar kawasan larangan, dibimbangi gembalaannya akan meragut makanan di dalam nya .Ketahuilah sesungguhnya bagi setiap raja itu ada kawasan larangan dan kawasan larangan Allah ialah perkara-perkara yang diharamkannya. Ketahuilah bahawa di dalam jasad manusia ada seketul daging, apabila ia baik, maka baiklah seluruh jasadnya. Apabila ia rosak, rosaklah seluruh jasadnya, ketahuilah bahawa seketul daging itu adalah hati."

(Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim)

Hadith ini telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari di dalam kitab "iman' pada bab siapa yang membersihkan agamanya ,juga dalam kitab jual beli, Imam Muslim meriwayatkan dalam kitab jualbeli dalam bab mengambil yang halal dan meninggalkan syubhat.
Rasulullah SAW bersabda:

"Sesiapa yang berani melakukan dosa yang diraguinya , hamper-hampir dia akan melakukan dosa yang jelas."
(Hadith Riwayat al Bukhari )
Dalam satu riwayat:

"Sesiapa yang bergelumang dengan perkara yang diragui hamper-hampir ia akan berani melakukan perkara yang jelas haramnya."

DI MANAKAH SEPATUTNYA WANG KITA LABURKAN

Wang kita sepatutnya dilaburkan di tempat-tempat yang benar-benar halal kerana kadang-kadang isu pelaburan di internet dibincang dengan dilatari dengan ketamakan dan haloba kita kepada harta tanpa memikir soal syubhat atau tidak dan diburukkan lagi dengan sentiment emosi seperti tuduhan berdengki apabila melihat orang lain kaya dan sebagainya.

Islam tidak pernah melarang umatnya menjadi kaya raya namun mestilah kekayaan itu diperolehi secara halal , dibelanjakan secara halal , tidak sombong dengan kekayaan yang ada dan menunaikan tanggungjawab social dan agama menerusi hartanya.
Para pelabur boleh mencari tempat-tempat pelaburan yang sah mengikut syara' dengan meneliti laman web berikut
http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=279&Itemid=72
http://www.investaaa.com/
http://www.albaraka.com/index.htm
Anda boleh membeli saham-saham atau melabur di saham amanah islam di tawarkan oleh mana-mana Bank Islam, Institusi Kewangan dan lain-lain Syarikat yang menawarkannya dengan syarat ia diktiraf sebagai Saham Amanah Islam. Selain itu boleh juga membeli ‘Islamic bond' atau Sukuk' yang diiktiraf menepati Shariah oleh Majlis Penasihat Shariah, Suruhanjaya Sekuriti, untuk info lanjut sila buka:-
PENUTUP

Mudah-mudahan sama-sama kita berdoa kepada Yang Maha Pemurah agar dengan panduan ringkas ini dapat memberi sedikit kefahaman kepada kita mengenai beberapa perkara yang paling asas berkaitan isu-isu yang meragukan dalam bentuk urusniaga pelaburan diinternet dan dicadangkan beberapa tempat pelaburan yang diyakini dapat menyelamatkan kita dari bergelumang dengan perkara-perkara syubhat.


Khamis, Mac 22, 2007

SALAM MAULIDUR RASUL


Kepada seluruh umat Islam di dunia saya mengucapkan selamat menyambut bulan Rabiul Awwal. Semoga semuanya lebih ceria dan sentiasa menuruti jejak perjuangan Rasulullah SAW.
"Dan tidak Kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan sebagai rahmat kepada sekalian alam..."


Isnin, Januari 15, 2007

MARI ZIARAH BAITULLAH

UMRAH MUSIM CUTI SEKOLAH

RM 4,090.00
12 hari 10 malam
Antara 26/5/07 – 10/6/07 (Cuti Pertengahan Tahun 2007)

Penginapan

Makkah:
Hotel Darul Huda, As Sofa atau setaraf

Madinah:
Hotel Alaf Taiba, Al Harithiyyah atau setaraf


UNTUK TEMPAHAN, HUBUNGI: 019-9602045 (Ustaz Aris)
______________________________________________________

KEPERLUAN:
(Sila serahkan selewat2nya pada minggu pertama Februari 2007)

1. Pasport Antarabangsa Malaysia

2. Gambar ukuran pasport (latar belakang putih 2 keping, latarbelakang biru 2 keping)

3. Laporan kesihatan dan suntikan (boleh didapati daripada pusat kesihatan kerajaan/swasta)

4. Deposit minima RM 300 (Baki bayaran hendaklah diserahkan pada minggu pertama bulan Mei 2007)