‘Cast Lead’
Drama Paling Kejam Dekad Ini
27 Disember 2008
Hari Sabtu
Jam 11.24 pagi
Suasana bandar Gaza (غزَّة) tenang. Warga Palestin menjalankan rutin harian seperti biasa. Di rumah, yang baru bersarapan mula mengemas dan memasak. Anak-anak kecil leka dengan bermain sempena cuti sekolah.
Di suatu sudut kota Gaza, sepasukan pelatih polis Palestin sedang diraikan dalam majlis perbarisan tamat latihan. Setiap pelatih merasa gembira kerana penat lelah mereka dalam menjalani latihan kini mendapat penghargaan. Semangat mereka berkobar-kobar untuk berkhidmat memelihara keamanan negara tercinta.
Ketika matahari mula menyinarkan bahang teriknya, telinga mereka bagaikan berdesing mendengar bunyi jentera di udara. Semakin lama bunyinya semakin hampir.
Dalam sekelip mata, tanpa mereka jangka dentuman bom dan bedilan peluru dari jet pejuang Zionis memenuhi ruang kawad tempat mereka berbaris. Yang sempat lari, segera meninggalkan padang. Ada yang bersembunyi menyelamatkan diri di bangunan berhampiran.
Sebahagian mereka terkena serpihan peluru. Ada yang menjerit di tengah padang. Ada yang sudah tidak bergerak diselimuti darah merah yang masih panas. Suasana yang tadinya tenang bertukar kecoh. Kegembiraan bertukar ketakutan.
Berpuluh-puluh jasad rebah menyembah bumi. Termasuk pegawai-pegawai tinggi polis yang berpangkat besar. Stesen-stesen TV menyiarkan gambar sabahagian mereka yang menunjukkan isyarat syahadah dengan jari telunjuk.
Melihat ke langit, mereka dapati jet pengebom F16 buatan Amerika Syarikat memenuhi ruang udara. Tel Aviv menghantar 60 pesawat tempur itu untuk meranap dan menghancurkan Gaza.
Setelah kenyang melakukan pembunuhan di pusat latihan polis itu, mereka beralih ke bangunan-bangunan kerajaan Gaza dan markaz-markaz latihan Hamas. Mereka membedil tanpa belas kasihan.
Markaz Pertahanan Awam turut dibedil. Hampir 10 orang terbunuh di situ. Ambulan yang sememangnya bersedia sepanjang hari untuk menyelamatkan mangsa, turut dibedil. Yusuf Jalad, ketua pasukan pertolongan cemas turut terbunuh pada hari pertama serangan.
Ahmad Riyadh As Sinwar yang baru berusia 4 tahun turut tersenarai dalam qafilah syuhada’ pada hari pertama serangan ini. Abang dan kakaknya cedera parah.
Seorang pendakwah masyhur, Nazir Luqa terbunuh di sebuah balai polis ketika beliau sedang berurusan di situ.
Televisyen Israel segera menyiarkan kenyataan pemimpin mereka, “Ini hanyalah satu muqaddimah serangan dan permulaan bagi peperangan yang panjang.” Sambil menggelarkan operasi ini sebagai ‘Cast Lead’ mereka berbangga dan menyifatkan serangan ini sebagai serangan mempertahankan diri. ‘Cast Lead’ menggambarkan dendam kesumat Zionis untuk memulakan serangan berpanjangan bagi melebur dan menguburkan bangsa Arab dan umat Islam.
Seperti biasa, warga Palestin tidak gentar dengan serangan. Sebaik sahaja mengetahui sesebuah bangunan diserang, mereka segera berlari ke arah bangunan berkenaan untuk menyelamatkan mangsa-mangsa serangan.
Pemimpin Hamas juga tidak mudah mengalah. Ismail Haniah berkata, bilangan syuhada’ mungkin akan meningkat, tetapi Gaza akan terus berdiri gagah.
Puluhan ribu rakyat keluar mengiringi jenazah untuk dikebumikan. Pada hari pertama itu sahaja, lebih 200 umat Islam dibunuh oleh tentera Israel.
Hari-hari berikutnya, pengganas Zionis terus menyerang siang dan malam. Mereka pamerkan kepada dunia pelbagai jenis senjata baru. Gaza sebagai medan ujian senjata canggih mereka.
1 Januari 2009
Seluruh dunia mengadakan sambutan tahun baru 2009. Umat Islam juga baru sahaja menyambut kedatangan tahun baru 1430 hijriyyah. Ketika seluruh dunia bergembira dengan kedatangan tahun baru, bumi Gaza menyaksikan jeritan dan hiruk pikuk manusia yang diserang tanpa upaya mereka membalas.
Solat Asar 1.1.09 adalah Asar terakhir bagi ulama’ dan pemimpin Hamas terkemuka Dr Nizar Rayyan. Rumahnya dibedil bertalu-talu. Rumah batu itu hancur dan ranap sama sekali. Tiada apa yang dapat diselamatkan. Nizar pergi buat selama-lamanya menuju redha Ilahi.
Namun beliau tidak keseorangan. Beliau ditemani oleh keempat-empat orang isterinya dan 9 orang anak antara 2 hingga 12 tahun dan juga dua orang anak jirannya. Keesokan harinya, puluhan ribu manusia keluar ke jalan raya mengiringi jenazah 16 orang syuhada’ ini.
Rejim Israel tidak peduli apa kata dunia. Serangan diteruskan. Yitzhak Rabin berkata, ini hanyalah permulaan bagi serangan yang lebih dahsyat dan berpanjangan.
Di pinggir kota Gaza, gadis-gadis Yahudi sedang bersorak sorai menyaksikan dari jauh serangan tentera udara Zionis ke atas umat Islam. Mereka seolah-olah sedang menyaksikan pertunjukan bunga api menyambut tahun baru. Gambar gadis-gadis Yahudi memegang tropong itu disiarkan ke seluruh dunia oleh media massa.
3 Januari 2009
Setelah sebahagian besar bangunan di Gaza ranap dimusnahkan oleh helikopter dan pengebom F16, kini Tel Aviv mula menggerakkan pasukan tentera daratnya untuk melakukan serangan dari bawah.
Biarpun mereka tahu Hamas dan penduduk Gaza tidak mempunyai kelengkapan perang yang canggih seperti yang dimiliki oleh Israel, namun ketakutan mereka kepada mati jelas kelihatan apabila para tentera memakai vest kalis peluru.
7 Januari 2009
Kerajaan Venezuela yang tidak sebangsa dan tidak seagama dengan rakyat Gaza bertindak tegas menghalau Duta Israel ke negara itu, Shlomo Cohen dan beberapa orang kakitangannya serta memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel.
Ia satu seruan ke arah keamanan dan kehormatan terhadap undang-undang antarabangsa.
Presiden Venezuela, Huga Chavez menyifatkan serangan Israel sebagai satu serangan untuk menghapuskan bangsa.
Tindakan berani kerajaan Venezuela memberikan tamparan hebat buat pemimpin-pemimpin negara Arab yang masih berdolak dalih dalam isu Gaza.
8 Januari 2009
Ketika seluruh dunia mengecam tindakan barbariannya, Israel mengumumkan untuk menghentikan serangan selama tiga jam sehari, iaitu dari pukul 1 pagi hingga 4 pagi (7 hingga 10 malam waktu Malaysia). Pengumuman itu dibuat untuk menunjukkan ‘keprihatinan’ pemimpin rejim terhadap kemanusiaan di Gaza.
Mungkin ada yang terpedaya dengan pengumuman itu. Namun mereka lupa, hanya 3 jam tentera Yahudi berhenti rehat, manakala 21 jam lagi serangan terus menerus dilakukan dengan penuh kekejaman.
12 Januari 2009
Angka korban meningkat kepada 800 orang. Lebih 3,000 orang cedera. Hampir 15,000 orang telah menjadi pelarian dalam negeri kerana hendak lari dari kawasan pertempuran.
Di Malaysia, parlimen bersidang membahaskan usul mengutuk serangan kejam ini. Perdana Menteri datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membentangkan usul. Disokong oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib. Dibahas oleh Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abd Hadi Awang dan Ketua Pembangkang dari PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta ahli-ahli Yang Berhormat dari kawasan lain. Satu kesepakatan dicapai. Semua Ahli Parlimen berdiri di dalam satu barisan dan satu pakatan. Usul diluluskan sebulat suara.
PBB juga bersidang. Namun persidangan hanya tinggal persidangan. Kutukan hanya tinggal kutukan. Namun Israel terus bermaharajalela di Gaza melakukan pembunuhan semahu-mahunya.
18 Januari 2009
Setelah 22 hari menyerang dan membunuh, Israel mula bersuara untuk mengadakan gencatan senjata. Namun sebelum pengumuman gencatan senjata dibuat oleh Perdana Menterinya, Ehud Olmert, tentera Israel terlebih dahulu melepaskan geram dengan melakukan 50 serangan termasuk ke atas sebuah sekolah dan dua buah masjid di Bandar Gaza.
Malam tidak lagi menjanjikan ketenangan buat rakyat Gaza. Tidur mereka tidak seenak dahulu lagu. Biarpun wilayah itu bersempadan dengan negara Arab yang memiliki kekuatan tentera paling kuat berbanding negara-negara Arab yang lain, namun Mesir tidak menjanjikan tidur lena buat rakyat Gaza.
Pintu sempadan di Rafah menjadi lambang kekejaman Mesir ke atas penduduk Gaza. Sukarelawan dari seluruh dunia berkumpul di situ untuk menghantar bantuan kemanusiaan kepada mangsa-mangsa perang Cast Lead. Namun kerja mulia mereka tidak dialu-alukan oleh si penjaga pintu. Mereka terpaksa berusaha hampir seminggu, bertengkar dengan penjaga pintu sempadan sebelum dibenarkan masuk. Itupun jika nasib menyebelahi mereka.
Itu baru karenah birokrasi ‘bawwab’ Mesir. Belum lagi cerita tentang kerajaan Mesir.
Ketika peperangan sedang memuncak, seorang rakan dari Syria menghantar mesej kepada penulis. Antara lain beliau menyatakan, dahulu, apabila umat Islam Arab marah kepada kekejaman Israel, mereka akan berdemonstrasi di hadapan pejabat kedutaan Israel atau Amerika Syarikat. Namun dalam isu terkini, mereka berdemonstrasi di hadapan kedutaan Mesir.
Jika dahulu mereka melaungkan slogan, “خيبر خيبر يا يهود جيش محمد سوف يعود” (Ingat Khaibar wahai Yahudi... Tentera Muhammad akan kembali!). Kini mereka menukar kepada slogan baru, “خيبر خيبر يا يهود مبارك عدو الله” (Ingat Khaibar wahai Yahudi... Mubarak musuh Allah!).
Kenapa mereka begitu marah kepada Mesir? Mesir sebangsa dengan mereka. Sama agama. Hampir sama lahjah dan dialek pertuturan harian. Budaya hidup juga sama. Namun, kerajaan Mesir langsung tidak menunjukkan simpati kepada Palestin.
Lebih dari itu, Mesir dilihat lebih menjadi penyambung lidah kepada Israel. Ketika seluruh dunia mengutuk dan mendesak Israel menarik balik tenteranya dari Gaza, sekonyong-konyong Husni Mubarak pula mengeluarkan kenyataan mendesak Hamas supaya menghentikan aktiviti melancarkan roket ke wilayah yang dikuasai Israel. Bukankah ayat itu ayat yang biasa keluar dari mulut pemimpin Israel dan Amerika!
Kata Mubarak lagi, “Hamas mahu pintu Gaza dibuka kepada mereka, sedangkan mereka lupa yang mereka sedang dijajah.... Mesir sama sekali tidak akan membuka pintu sempadan untuk mereka hinggalah Mahmud Abas dikembalikan kuasanya dan sempadan dikawal oleh pemerhti antarabangsa!”
Mubarak terlupa, Israel adalah musuhnya yang pernah diperanginya sendiri ketika beliau mengetuai unit udara tentera Mesir dalam peperangan pada tahun 70-an. Hingga kini sebahagian rakyat Mesir masih berbangga, negara mereka dipimpin oleh seorang tentera yang pernah terlibat berperang menentang rejim Zionis.
Tetapi itu cerita lama. Sekarang, juruterbang itu sudah kabur matanya. Tidak mengenal mana kawan, mana lawan. Hidungnya bagaikan dicucuk tali, yang boleh diheret ke hulu dan ke hilir oleh Tel Aviv dan Washington.
Di Damsyiq, media massa menyifatkan pemimpin Mesir sebagai bertanggung-jawab di atas tumpahnya darah umat Islam gaza. Lebih dari itu mereka menuduh Mubarak bekerjasama dengan Israel untuk merealisasikan ‘Cast Lead’.
Benar atau tidak dakwaan itu tidaklah diketahui. Tetapi bayang-bayang kebenaran jelas kelihatan. Dua hari sebelum serangan, Mubarak mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Israel, Liviny. Dalam sidang akhbar selepas pertemuan mereka, Liviny tanpa berselindung berkata, keadaan di Gaza akan berlaku ‘perubahan’ dalam waktu terdekat. Untuk itu, Hamas perlu dihapuskan kerana ia disifatkannya sebagai kumpulan pengganas.
Hari Khamis, Mubarak dan Liviny mengadakan perbincangan, hari Sabtu serangan dilancarkan. Apa rahsia disebaliknya?
Bagaimana pula dengan pemimpin-pemimpin Arab yang lain. Kebanyakan mereka hanya mendesak PBB supaya ertindak. Mendesak Amerika Syarikat supaya menghentikan kekejaman Israel.
Mendesak Amerika samalah seperti mendesak perompak supaya menghalang pencuri! Tidk tahukah pemimpin Arab bahawa Amerikalh yang selama ini memberikan sokongan moral dan material kepada tindakan kejam rejim Zionis.
Tidak tahukah mereka bahawa Amerika Syarikat memperuntukkan USD21 bilion setahun kepada Israel. Tidak sedarkah mereka helikopter Apache yang mengebom kepala Syeikh Ahmad yasin hingga berkecai pada 21 Mac 2004 itu adalah buatan Amerika Syarikat. Begitu juga jet pengebom F16.
Tidak bolehkah mereka bergabung tenaga melancarkan serangan ke atas Tel Aviv bagi mempertahankan bumi umat Islam Palestin.
Sesungguhnya dunia Arab memerlukan pemimpin baru yang lebih bertaqwa kepada Allah. Yang melihat kepentingan ummah lebih daripada kepentingan peribadi. Yang tidak bimbang dengan herdikan Amerika dan Eropah.
Di dalam sebuah hadith, Nabi SAW pernah mengingatkan umat akhir zaman bahawa mereka akan diratah-ratah oleh kaum lain sepertimana orang-orang yang lapar mengerumuni satu hidangan. Ketika itu musuh umat Islam tidak ada sedikitpun perasaan gerun kepada umat Islam. Manakala umat Islam pula menjadi sangat hina dek kerana terkena virus WAHAN.
Sahabat bertanya, apa itu wahan. Baginda memberitahu, wahan itu ialah cintakan dunia dan bencikan mati. Apabila umat Islam dan pemimpinnya sibuk mengejar keduniaan hingga mengabaikan tanggung-jawab agama, maka kala itu mereka akan dilanda wabak wahan yang sekaligus menyebabkan mereka tidak dapat mengalahkan pihak musuh.

Orang Arab melaungkan slogan:
Palestin, dari sungai hingga ke laut...
Bukan hanya Gaza dan Tebing Barat