Sabtu, Februari 27, 2010

TEMUI ISLAM MENERUSI SAINS

Pagi tadi, bersempena Karnival Maulidur Rasul, Masjid Tengku Sulaiman Ketari menjemput seorang doktor yang baru memeluk Islam, Dr Mohd Siv Azhar Merican Abdullah. Beliau yang berkhidmat sebagai seorang timbalan pengarah sebuah hospital menyampaikan kuliah subuh sebagai satu perkongsian pengalamannya menemui hidayah Allah.

Bapanya beragama Hindu dan ibunya Budha. Berusia awal 30-an, Dr Azhar mengaku beliau seorang yang kuat berpegang kepada agama Hindu suatu ketika dahulu. Setiap pagi, sebelum pergi ke hospital, beliau terlebih dahulu mengunjungi kuil untuk bersembahyang dan berdoa. "Saya memohon doa agar keputusan yang saya berikan dalam merawat pesakit menjadi keputusan yang dirahmati."

Beliau yang nama asalnya Siva Saravana Kumar pernah mengkaji agama Kristian dan kitab Bible, namun hatinya lebih tertarik dengan kebenaran Islam dan Al Quran. Ketika ditanya oleh Timbalan Qadhi, sebab yang mendorong beliau memeluk Islam, jawapannya ringkas sahaja, "Saya seorang doktor..."

Menerusi kuliah subuh pagi tadi, Dr Azhar menjelaskan, ketika mengkaji Al Quran, beliau mendapati di dalamnya terdapat fakta yang hampir sama ditemuinya dalam Bible. Namun Al Quran mengandungi ilmu yang lebih menakjubkan. Walaupun ia diturunkan lebih 14 kurun lampau, namun fakta sains di dalamnya sama seperti apa yang dipelajarinya di fakulti perubatan beberapa tahun sebelum menjadi doktor.

"Setelah kebenaran saya temui di dalam Al Quran, apa yang saya perlu tunggu lagi. Saya segera memeluk agama ini," ujar beliau yang menyebabkan hati-hati para hadirin tersentuh.

Suatu yang menakjubkan, walaupun baru beberapa hari memeluk Islam, namun setiap kali beliau singgah di mana-mana surau untuk bersolat, pasti ada hamba Allah yang mempelawanya menjadi imam. Dr Azhar kehairanan. Bagi saya ia tidak menghairankan. Mereka yang suci dan bersih di sisi Allah akan terpancar cahaya pada wajahnya. Setelah mengucapkan dua kalimah syahadah, segala dosanya yang lalu diampunkan Allah. Beliau bagaikan baru lahir semula tanpa menggendong sebarang dosa. Failnya adalah fail baru....

Kini beliau sangat memerlukan bimbingan, sokongan dan tunjuk ajar agar menjadi seorang Islam yang baik. Bersama kita doakan agar Dr Azhar istiqamah dan terus menjadi salah seorang ahli keluarga kita hingga ke hari qiamat.




5 ulasan:

al-mankaraqi berkata...

subhanallah........

Unknown berkata...

Bila Allah nak beri hidayah, pastinya tiada manusia yang dapat halang, kan....

Altercator berkata...

US Military KNOWS Israel did 911
http://www.youtube.com/watch?v=zsWcQXr1Nk8

Unknown berkata...

Subhanallah...bile dtgnye hidayah pd seseorg tuu...

Assalamualaikum ustaz.saya nk tanye..ada bbrapa soalan yg saya agak konfius..mengenai solat.
ok.saya solat di masjid n berimamkn seorg ustaz.camne kalo smasa saya angkat je takbir,imam tu menyebut Allahuakbar untuk ruku'.
so adkah saya perlu mnambah satu lg rakaat slps imam tahiyat akhir ataupown xperlu.
Sekian

ibnuismail berkata...

Kpd Nik...

Anda dikira masih mendapat rakaat berkenaan sekiranya sempat bersama imam, selewat-lewatnya ketika dia sedang rukuk.

Kiranya anda angkat takbir, lantas imampun bangun (anda tak sempat rukuk sama imam) maka anda tak dapat rakaat tu. Anda perlu tambah satu rakaat selepas imam memberi salam nanti.
Wallahua'lam.