Rabu, Februari 22, 2012

YANG ANWAR SEBUT... DAN YANG SEPATUTNYA ANWAR SEBUT

Saya baru sahaja menonton ucapan Anwar di Amerika Syarikat yang dikatakan menyokong Israel. Saya enggan mengulas selagi tidak mendengar/menonton kenyataan itu. 

Tidak dinafikan isu Anwar dan Israel sengaja dimainkan oleh musuh politiknya untuk manfaat PRU yang bakal menjelang. Tidak dinafikan pemimpin BN bersikap oportunis dalam menonjolkan isu ini. Rakyat masih ingat pertemuan beberapa pemimpin negara dengan pemimpin negara haram Israel. 

Rakyat juga saksikan bagaimana ribuan umat Islam yang membantah kedatangan pemain kriket Israel pada 1997, diperlakukan dengan begitu kasar oleh FRU di Masjid Ar Rahman. Mereka disembur air kimia, ditembak gas pemedih mata, dihambat dan dikejar hingga ke dalam masjid, ditangkap dan dibelasah. Sebahagiannya di dakwa di mahkamah. Dua orng dipenjarakan selama dua bulan. Semua ini masih segar dalam ingatan rakyat. 

Namun ini tidak bermakna apa yang diucapkan oleh Anwar itu mesti diterima. Anwar bukan seorang yang maksum, tiada dosa dan kesalahan dan tidak boleh dikritik dan ditegur. Anwar juga banyak buat silap.

Rabu, Februari 01, 2012

Konsep Wasatiyyah Jangan Jadi Kebatilan - Abd Hadi

Mutakhir ini perkataan al-Wasatiyyah diwarwarkan, menggantikan slogan Islam Hadari yang ditenggelamkan entah di mana dan tidak diketahui sampai ke mana. Jangan terjebak dengan apa yang disebut oleh ucapan Sayyidina Ali K.W.

كلمة حق أريد بها باطل

(Kata-kata yang benar dijadikan tujuannya kebatilan)

Kebenaran yang mutlak tanpa dipertikaikan ialah kenyataan daripada Allah. Marilah kita berpegang kepadanya.