Sabtu, April 08, 2006

>1,200 MASJID DIROBOH DI PALESTIN


Mungkin ramai tidak mengetahui bahawa sejak menjajah bumi Palestin pada tahun 1948, tentera Yahudi telah meroboh lebih daripada 1,200 buah masjid dan musolla mulik umat Islam.

Bahkan Al Quds Press melaporkan bahawa 18 buah masjid ditukar menjadi biara (kuil) Yahudi, 16 buah lagi dijadikan kandang lembung, restoren, pejabat kerajaan Zionis dan sebagainya. Masjid Qaisaria, Masjid Asqalan dan Masjid Ain Haudh telah ditukan menjadi kedai arak. Masjid Ain Zaitun dan Masjid Al Bassah pula dijadikan kandang lembu dan kambing.

Lebih dahsyat daripada itu, sebuah masjid di Safad iaitu Masjid Al Ahmar dijadikan tempat melakonkan aksi lucah bagi penerbit-penerbit filem porno Israel.

Beberapa hari lalu pula, Setiausaha Agong Liga Arab, Dr Amru Musa mendakwa memperoleh pita rakaman projek yang telah siap dibina di bawah Masjidil Aqsa yang terdiri daripada biara Yahudi dan muzium. Ini menguatkan dakwaan yang mengatakan bahawa Yahudi bercita-cita untuk merobohkan Masjidil Aqsa dan menggantikannya dengan biara Yahudi yang dikenali sebagai Haikal Sulaiman (gambar).





________________________________________________________
______________________________________


Al-Quran digital banyak kesilapan
(Harakahdaily)

KUALA TERENGGANU, 7 April (Hrkh) - Kebanyakan teks al-Quran dalam bentuk digital mengandungi kesilapan dan perlu dibuat pembetulan sebelum dapat dipasarkan, kata Ketua Setiausaha Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Abdul Aziz Mohd Yusof.

Sehubungan itu, beliau menyeru umat Islam di negara ini perlu waspada dalam mendapatkan Al-Quran terutama dalam bentuk digital yang semakin banyak dijual di pasaran tempatan kerana teks atau bahan tersebut dikesan mempunyai banyak kesilapan dan kesalahan.

Beliau juga mengingatkan mereka supaya berhati-hati dalam membeli Al-Quran bagi memastikan mereka mendapat kitab suci itu yang sahih dan bersih daripada sebarang kesalahan terutama dari segi ayat dan bacaan.

Menurut Abdul Aziz, kebanyakan Quran digital yang cuba dibawa masuk ke negara ini terutama dari Korea Selatan, Hong Kong, China dan Taiwan, mengandungi banyak kesalahan tersebut.

"Kementerian telah menerima banyak permohonan untuk membawa masuk teks atau bahan Al-Quran ini dalam bentuk digital yang lebih mudah digunakan dan dibawa, serta mengandungi lain-lain maklumat untuk dijadikan sebagai panduan umat Islam.

"Bagaimanapun, didapati, teks al-Quran dalam bentuk digital ini kebanyakkannya mengandungi kesilapan dan perlu dibuat pembetulan sebelum dapat dipasarkan," katanya di majlis perasmian Seminar Al-Quran Rasm Uthmani peringkat negeri Terengganu.

Abdul Aziz berkata setiap teks atau bahan al-Quran yang hendak dibawa masuk atau dipasarkan ke negara ini disemak oleh dua lembaga iaitu Lajnah Tasheh Al-Quran yang bertanggungjawab dalam membuat penyemakan dan penilaian teks al-Quran dan Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Percetakan al-Quran yang bertanggungjawab melulus atau membatalkan sesuatu lesen atau perakuan yang diberi oleh kementerian tersebut.

Dalam meluluskan permohonan untuk mengedar al-Quran, katanya, setiap bahan tersebut tidak boleh mempunyai sebarang kesalahan besar iaitu dari segi kesilapan ayat atau bacaan bagi satu-satu juzuk.

Katanya setakat ini, pihaknya telah memberikan kelulusan kepada empat jenis al-Quran digital yang dikeluarkan oleh syarikat milik orang Islam iaitu Penman Digital Al-Quran (Al-Mukry) Portable keluaran Saba Islamic Sdn Bhd; Al-Quran Al-Karim (Digital Muslim Organizer), keluaran Pusat Multimedia Hafiz; Al-Quran Digital Al-Muhafiz, keluaran A.J.V. Electronic Devices dan Al-Quran Multimedia Edisi Juzu' Amma, keluaran Yayasan Restu.

Sementara itu, beliau berkata bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini, pihaknya telah merampas 12,000 naskah al-Quran yang dicetak tanpa kelulusan kementerian itu serta bercanggah dengan kandungan asal kitab suci tersebut.

Beliau berkata antara kesilapan yang dikenal pasti ialah al-Quran tersebut dicetak bertukar-tukar surah serta saiznya tidak mengikut kelulusan yang diberikan oleh kementerian kepada syarikat pengedar terbabit.

Tiada ulasan: