Alhamdulillah, dua minggu lalu telah tamatlah pengajian kitab tafsir Surah Ali Imran di Masjid Tengku Sulaiman, Ketari. Kini pengajian tafsir diteruskan dengan Surah An Nisa' pula.
Sesungguhnya Ali Imran memberikan pelbagai ilmu dan maklumat kepada umat Islam. Banyak perkara menarik yang dipaparkan di dalam surah berkenaan. Antara yang paling istimewa ialah berkaitan dengan peperangan Uhud.
Allah mendatangkan banyak pengajaran yang perlu dijadikan iktibar oleh umat Islam. Kesilapan sebahagian sahabat melanggar perintah Rasulullah SAW menyebabkan mereka tewas di tangan musuh. Ramai yang terkorban. Ramai juga yang dikelar dan dicincang setelah nyawa bercerai dari badan.
Menerusi Ali Imran, Allah mengajar kita bahawa orang kemudian jangan lagi ulangi kesilapan mereka. Jika tidak, nasib yang sama akan tertimpa ke atas umat Islam. Sifirnya mudah: Langgar perintah Allah dan rasul= jawapannya kalah, tewas, merana dan dihina.
Namun 'Maha Pengampun'nya Allah mengatasi sifat murka-Nya. Allah telah mengampunkan kesilapan syuhada' Uhud. Itu adalah pengalaman pertama umat Islam berhadapan dengan situasi seperti itu. Biarpun mereka melakukan kesilapan, Allah tetap menghargai sumbangan mereka dalam perjuangan Islam.
Nilai jihad mereka sangat besar. Seorang sahabat bertanya Rasulullah SAW, "Apakah amalan yang sama nilainya dengan jihad fi sabilillah?"
Baginda menjawab, “Kamu tidak akan mampu (melaksanakannya).”
Orang itu bertanya lgi soalan yang sama hingga dua atau tiga kali. Baginda tetap dengan jawapannya, “Kamu tidak mampu.” Pada kali ketiga, baginda bersabda:
“Perumpamaan orang yang berjihad pada jalan Allah adalah seperti orang yang sentiasa berpuasa, qiam dan qunut dengan ayat-ayat Allah tanpa berbuka dan berhenti daripada puasa dan solat hinggalah orang yang berjihad fi sabilillah itu pulang.”
(Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim Sohihnya hadith 1878 dari Abu Hurairah)
Dalam berjihad seseorang itu dibenarkan iftar puasanya walaupun puasa Ramadhan. Tetapi pahala mereka lebih daripada orang yang berpuasa tanpa henti.
Dalam berjihad seseorang itu dibenarkan iftar puasanya walaupun puasa Ramadhan. Tetapi pahala mereka lebih daripada orang yang berpuasa tanpa henti.
Mereka yang terbunuh di medan Uhud adalah para syuhada'. Dosa mereka diampun oleh Allah sebaik sahaja titisan darah pertama menitis di atas muka bumi. Wajah mereka tersenyum tatkala dibunuh dek gembiranya mereka disambut oleh para bidadari dari syurga.
BURUNG HIJAU
Di dalam Sunan Abi Daud, hadith 2520, Ibnu Abbas berkata:
“Sabda Rasulullah SAW, “Apabila saudara-saudara kamu dibunuh di Uhud, Allah meletakkan ruh mereka dalam perut burung hijau yang sentiasa menelusuri sungai-sungai syurga, ia makan buah-buahan syurga dan pergi mendapatkan sarangnsarangnya (qanadil) dari emas tergantung di bawah bayangan arasy.”
“Apabila mereka (yang mati syahid itu) dapati betapa enaknya makanan, minuman dan tempat rehat mereka, mereka berkata, “Siapakah yang akan menyampaikan berita kepada saudara-saudara kita tentang kita, bahawa kita sedang hidup di syurga dengan mendapat rezeki. Supaya dengan itu mereka tidak akan berzuhud daripada jihad dan tidak akan undur daripada berperang.”

Lantas Allah berfirman, “Akulah yang akan menyampaikan khabar kalian kepada mereka.” Lalu Allah turunkan ayat: “Dan janganlah kamu menyangka orang yang terbunuh pada jalan Allah itu mati, tetapi mereka itu hidup di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki.” (Ali Imran 169)
Riwayat yang hampir sama disebut di dalam Sohih Muslim hadith (1887). Imam Muslim meriwayatkan hadith ini menerusi 3 jalan. Masruq berkata:
“Kami bertanya kepada Abdullah (yakni Ibnu Mas’ud) tentang maksud ayat: “Dan janganlah kamu menyangka orang yang terbunuh pada jalan Allah itu mati, tetapi mereka itu hidup di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki.” (Ali Imran 169)
Kata Ibnu Mas’ud, “Kami juga pernah bertanya Rasulullah SAW tentang perkara ini, lantas baginda bersabda:
“Ruh para syuhada’ itu di dalam perut burung hijau. Ia ada beberapa lampu yang tergantung di arasy. Ia berterbangan di syurga seberapa lama yang dikehendakinya. Kemudian ia menuju ke arah lampu yang tergantung itu. Lalu Tuhan memandang mereka dan bertanya: “Adakah kalian inginkan sesuatu?” Mereka menjawab, “Apa lagi yang kami mahukan sedangkan kami bebas bergerak di dalam syurga ke mana saja yang kami mahu.”
“Tuhan bertanya lagi hingga tiga kali. Maka apabila mereka dapati mereka tetap ditanya juga, akhirnya mereka berkata, “Ya Tuhan kami, kami mohon supaya dikembalikan ruh ke jasad kami supaya (kami dapat berjihad lagi dan kemudiannya) kami dibunuh pada jalanmu sekali lagi.”
“Maka apabila Tuhan melihat mereka tidak ada lagi apa-apa hajat, merekapun ditinggalkan.”

MAHU DIBUNUH LAGI 10 KALI
Mereka yang telah merasai nikmat mati syahid pasti akan menginginkan supaya mereka dihidupkan kembali oleh Allah supaya mereka dapat terus berjuang dan kemudiannya dibunuh syahid sekali lagi. Perkara ini dijelaskan oleh Nabi SAW di dalam banyak hadith, antaranya yang diriwayatkan di dalam Sohih Muslim (1877) dan Sohih Bukhari (2817):
“Tidak ada sesiapapun yang masuk syurga ingin kembali semula ke dunia... kecuali orang mati syahid. Sesungguhnya (orang yang syahid) ingin kembali ke dunia dan dibunuh lagi 10 kali disebabkan mereka telah menyaksikan pelbagai karamah (dan pelbagai nikmat anugerah Allah kepada mereka).”

DEBU MENGHALANG NERAKA
Anugerah dan nikmat Allah kepada para syuhada' sememangnya amat berbaloi. Pengorbanan mereka adakalanya dianggap bodoh oleh sesetengah orang. Masakan tidak, ketika orang lain bersenang lenang memilih jalan rehat dan boleh bergembira dan bergelak tawa bersama ahli keluarga dan sahabat handai di rumah, mereka memilih jalan yang sukar. Dipenuhi ranjau dan duri.
Dengan pakaian compang camping dan kaki yang sentiasa berdebu. Namun debu itu debu kemuliaan. Debu yang mendatangkan rahmat Allah. Di dalam Sohih Bukhari (2811) diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Tidak mungkin kaki-kaki yang berdebu pada jalan Allah, lalu disambar oleh api neraka.”
LUKA BERBAU HARUM KASTURI
Bukan setakat tidak disambar api neraka, bahkan mereka masuk ke syurga dengan keadaan yang sangat bahagia. Abu Hurairah berkata:
“Bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Demi (Tuhan) yang diriku berada di tangan-Nya, tidaklah seseorang itu tercedera pada jalan Allah melainkan dia akan datang pada hari kiamat dalam keadaan lukanya menitiskan darah, warnanya warna darah, dan baunya bau kasturi.”
(2803 Al Bukhari dan 1876 Muslim)
(2803 Al Bukhari dan 1876 Muslim)
SYAFAAT UNTUK 70 AHLI KELUARGA
Ketika berada di pintu syurga, mereka dipelawa memasukinya dengan penuh penghormatan. Bidadari berbaris menanti ketibaan bakal suami mereka. Namun para syuhada' ini enggan memasukinya kerana mereka ingin berkongsi nikmat anugerah Allah ini dengan ahli keluarga mereka. Lalu Allah mengampunkan 70 orang keluarga terdekat untuk mengiringi mereka masuk ke syurga. Subhanallah...
Abu Daud meriwayatkan di dalam Sunannya (2522): bahawa Nimran bin Utbah meriwayatkan:
“Kami masuk ke rumah Ummu Darda’ sedangkan kami ketika itu anak yatim. Ummu Darda’ berkata, “Bergembiralah kalian kerana aku dengar Abu Darda’ berkata, “Sabda Rasulullah SAW: “Orang mati syahid boleh memeri syafaat kepada 70 orang ahli kelurganya.”
SYURGA DI BAWAH BAYANGAN PEDANG
Dengan berbagai janji nikmat dan kebahagiaan ini, maka para mujahid sedikitpun tidak gentar dalam melaksanakan agenda perjuangan mereka. Mereka tidak hairan apa yang terpaksa ditempuh dan dirempuh. Kerana di hadapan mereka ada syurga. Di hadapan mereka ada redha Allah.
Imam Al Bukhari meriwayatkan di dalam Sohihnya (hadith 2818):
Daripada Salim (Maula Umar) katanya: “Abdullah bin Abi Aufa menulis kepadanya bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Dan ketahuilah bahawa syurga itu di bawah bayangan pedang.”
* Keterangan gambar:
Pemandangan yang berlatar belakangkan Jabal dan Medan Uhud yang telah meninggalkan nostalgia yang cukup berharga bagi umat Islam.