Rabu, Februari 10, 2010

JANGAN ZALIM SEKALIPUN TERHADAP MUSUH

Surah Al Maidah dikenali sebagai salah satu surah yang banyak membicarakan soal hukum hakam. Malam ini saya menyampaikan kuliah tafsir ayat 7 hingga ayat 11. Ia membicarakan soal keadilan.

Allah memerintahkan orang-orang yang beriman supaya menjadi pejuang dan penegak (qawwamin) keadilan. Allah juga mengingatkan kita supaya jangan berlaku zalim hanya disebabkan kita benci kepada sesuatu kaum.

Para mufassirin meriwayatkan bahawa ayat ini diturunkan bersempena peristiwa Bani Nadhir. Mereka diperentah keluar dari kota Madinah kerana cuba mengkhianati Nabi SAW. Setelah dikepung selama 6 malam akhirnya kaum Yahudi Bani Nadhir bersetuju keluar dari kota mereka dan meminta izin daripada Nabi SAW untuk membawa bersama harta mereka sekadar yang boleh muat di atas belakang unta.

Nabi mengizinkan. Namun ada sahabat yang merasa lebih baik mereka dibunuh sahaja. Ini kerana sebelum ini mereka cuba untuk membunuh Nabi dengan merancang melemparkan batu besar ke atas kepala baginda.

Namun Allah menegur mereka, "Janganlah disebabkan kebencian kamu kepada sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil. Berlaku adillah kamu kerana ia lebih hampir kepada taqwa."

Ayat ini juga dikaitkan dengan peristiwa Hudaibiah. Dalam peristiwa ini umat Islam merasa tidak puas hati dengan tindakan kaum musyrikin menghalang mereka dari menunaikan ibadat umrah. Justeru ada di antara mereka yang berfikir ingin memerangi kaum musyrikin walaupun perjanjian Hudaibiah sudah dimetrai.

Maka ayat ini mengingatkan supaya jangan bertindak zalim disebabkan kebencian kepada golongan musyrikin.

Sejak dahulu hingga kini, kaum Yahudi sentiasa bimbang dengan keselamatan mereka. Maka di sepanjang sejarah, mereka hidup di dalam kota dan tembok yang didirikan kukuh.... (Biasalah, orang yang suka buat jahat pasti hidup tak tenang. Sentiasa rasa ada orang nak balas dendam...)

2 ulasan:

al-mankaraqi berkata...

terima kasih atas perkongsian ilmu ini............

Unknown berkata...

Assalamualaikum ustaz..saya nk tanya siket la..hurmm..saya buat satu situasi nie. dimana ada 5org sahabat..dorg baek sgt..susah senang sntisa brsame di sebuah kolej.then satu hari ada seorg hamba nie masuk jd geng dorg..tp seorg hamba nie bkanlah sebaek yg disangaka.in kerana dia telah cuba untuk memutuskn persahabatn seorg demi seorg dlm geng nie.so, pe yg ptt kite buat pd hamba ni?saya agak konfius.

ok..then yg ke2..cmne kalo ada sorg hamba (org lain), dia mmg xsuka kat sesetengah kaum.ini kerana mcm2 kes yg mmbabitkn pergaduhan kaum pd zaman skrang.hamba nie mmg xsuke la..lg2 bile company yg dia kerja skng pown company kaum tuu(terpaksa sbb susah nk dpt krja).org melayu kt pjabat tu seolah2 merosakkn diri dorg..kerja pown xbuat..tp bg kaum yg 1lg tu dorg lg suka kalo ngk kaum melayu tidak menaikkan diri dorg..
sekian