Isnin, Januari 31, 2011

INTIFADHAH Rakyat Mesir Dan Cabarannya




1. Kebangkitan rakyat Mesir ialah satu INTIFADHAH. Sudah lama kemarahan terbuku dihati. Nak luahkan tak berani. Penangkapan, penyiksaan, tekanan para SB menyebabkan mrk simpan ketidakpuasan hati. Namun sampai suatu ketika ia meletup dan menjadi kebangkitan menyeluruh.

2. Adapun Amerika & Barat yang sentiasa bersikap oportunis 'terpaksa' memperlihatkan mereka seolah-olah menyebelahi rakyat. Perubahan senario politik menyebabkan mereka berada dalam keterpaksaan pendirian itu. Antaranya mereka melihat Mubarak dan pemimpin dunia Arab sudah expired dan tidak produktif bagi lagi untuk kepentingan mereka. Sekiranya mereka terus 'membela' dan 'memelihara' pemimpin2 ini, rakyat akan semakin marah dan kepentingan Amerika terancam.

3. Sebab kedua ialah mereka melihat kebangkitan kali ini bukan suatu kebangkitan main-main. Rakyat serius bergadai nyawa untuk memastikan rejim Mubarak tumbang dan rebah. Ia satu kebangkitan menyeluruh membabitkan semua lapisan masyarakat di segenap penjuru bumi Mesir.

4. Untuk memastikan kelangsungan cengkaman Amerika ke atas dunia Islam, mereka perlu pastikan siapa yang mengambil alih tampuk pemerintahan mesti menjadi budak suruhan Amerika. Justeru tidak ada jalan bagi Amerika melainkan menunjukkan sokongan kepada kumpulan reformis Mesir dengan harapan mereka akan terhutang budi dengan Amerika.

5. Ini yang Amerika lakukan di seluruh dunia. Rakyat Mesir perlu bijak menangani isu ini. Jangan terlepas dari mulut buaya, mereka masuk ke mulut naga.

6. Calon berwibawa yang kelihatan menonjol bagi menggantikan Mubarak ialah Mohamed ElBaradei. Sebelum ini beliau adalah ketua pemeriksa nuklear PBB yang secara langsung mempunyai hubungan dengan Amerika Syarikat dalam bidang tugasnya. Namun tidak diketahui secara jelas pendiriannya tentang Amerika.

7. Menerusi akses Twitternya, beliau tidak kelihatan seperti pro-Amerika. Namun beliau sangat kritis terhadap pemerintahan Mubarak. Justeru menumbang kuasa Mubarak, Ikhwanul Muslimin dikatakan bertahaluf dengan Mohamed ElBaradei seperti PAS bertahaluf dengan Anwar di Malaysia.

8. Mungkin Ikhwan tidak cukup sokongan untuk membentuk kerajaan. Maka tindakannya bekerjasama dengan Mohamed ElBaradei dilihat sebagai satu kebijaksanaan dalam menghadapi mudharat yang lebih besar.



Gambar-gambar menunjukkan sokongan sebahagian tentera kepada kebangkitan rakyat...

Tiada ulasan: