Selasa, Februari 02, 2010

PENTOMEN 250 USTAZ DAN 89 MASJID


Isnin lalu (1 Februari) semua guru agama yang berkhidmat di sekolah-sekolah kerajaan di daerah Bentong berhimpun di Dewan Besar SMK Seri Bentong, Karak bagi menghadiri majlis yang dimasyhurkan sebagai Multaqa Guru Agama Daerah Bentong anjuran Pekdis (Pertubuhan Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah-sekolah Malaysia Cawangan Pahang.

Rupa-rupanya ramai juga jumlah guru-guru agama di daerah ini. Ketua Unit Operasi Dakwah, Sektor Pendidikan Islam JPNP, Tuan Haji Ahmad Hamizi Abu Hasan di dalam ucapannya menyebut, jumlah guru-guru agama di daerah ini melebihi 170 orang.

Itu baru jumlah mereka yang bertugas di sekolah kerajaan pusat. Belum masuk sahabat-sahabat yang bertugas di sekolah menengah agama negeri, kelas KAFA, SAR dan yang berkhidmat di Pejabat Agama Islam Daerah, Pusat Kutipan Zakat serta ustaz-ustazah yang bekerja sediri.dan yang sudah bersara. Jika bilangan mereka separuh dari bilangan ustaz ustazah di sekolah kerajaan, pastinya angka para ustaz ustazah mencecah 250 orang di daerah ini.

Ketika Ustaz Hamizi dan Ustaz Mohammad Awang Nit menyampaikan ucapan, fikiran saya menerawang ke seluruh pelusuk daerah ini. Betapa ramainya guru agama.... dan betapa sukarnya hendak mendapatkan khidmat mereka untuk membuat pengisian di masjid dan surau.

Saya teringat bagaimana seorang ajk masjid merajuk apabila saya tidak dapat memenuhi undangannya untuk menyampaikan kuliah maghrib secara mingguan di masjidnya. Alasan saya mudah, saya hanya ada 7 hari seminggu. Andaikata saya memiliki hari ke lapan, insya Allah saya akan penuhi jemputan berkenaan. Ertinya jadual saya terlalu padat. Namun bagi pihaknya, dia kecewa kerana sangat sukar untuk mencari ustaz yang boleh memberikan pengisian ilmu secara mingguan.

Saya segera menghantar SMS kepada rakan yang bertugas di Pejabat Agama Islam bertayakan bilangan masjid di daerah ini. Alhamdulillah, jawapan segera saya peroleh; 25 masjid, 64 surau. Ertinya sebanyak 89 buah rumah Allah didirikan dalam daerah Bentong. Kita genapkan sahaja kepada bilangan 90.

Saya cuba bahagikan 250 orang guru agama dari pelbagai sektor dengan 90 buah masjid dan surau. Jawapannya ialah 2.7. Ertinya dengan bilangan guru agama seramai ini, jika diagih-agihkan, setiap masjid akan mendapat antara dua dan tiga orang guru yang boleh menghidupkan kelas fardhu ain, kuliah Maghrib, kuliah subuh dan sebagainya.

Andai ini terjadi, maka semua masjid dan surau akan hidup ceria dengan majlis ilmu. Kejahilan masyarakat terhadap hukum hakam agama akan berjaya di atasi insya Allah. Malangnya, ini hanya teori.

Ke mana perginya angka 250 orang ini pada musim-musim sambutan Maulidur Rasul, Maal Hijrah, Isra' Mi'raj dan sebagainya. Ustaz dan ustazah yang sama berulang kali dijemput. Ada masjid yang terpaksa menghubungi pejabat agama untuk mendapatkan khidmat penceramah.

Mungkin ada yang berkata, "Kome takde bakat. Tak reti ceramah..." Kalaulah ini alasan yang sebenar, ke mana mereka menghilangkan diri sewaktu majlis ilmu diadakan di masjid. Dengan ungkapan mudahnya, kalau tak tahu mengajar, belajarlah.

Kalaupun tak mahir menyampaikan ceramah/kuliah, takkan tak boleh bantu jadi imam, megepalai bacaan Yasin dan tahlil, atau setidak-tidaknya tolong tok siak sapu taik cicak! Ini sesetengahnya, langsung tak nampak muka kecuali tengahari Jumaat.

Ada juga yang memberi alasan, "Koi malas ngat gi masjid ni... Tok imam baca tak betul langsung. Makhraj tak kena. Dengung tak menjadi... bla.. bla..." Subhanallah, kalau itulah alasan, ayuh tampilkan diri anda ke masjid. Anda orang yang bijak, bacaan anda 'mantop'. Silakan ke hadapan. Jangan jadi orang yang hanya pandai komplain, tapi tidak mahu bertindak.

Sesekali, sedih juga melihat masjid dipenuhi orang-orang jahil yang cintakan ilmu Islam, sedangkan si alim rela melepak di warung tomyam pada waktu Maghrib.

Apapun, di sini suka saya merakamkan ucapan tahniah kepada rakan-rakan di Bentong yang istiqamah dalam aktiviti dakwah di samping ada yang turut memegang amanah besar menguruskan masjid dan surau.

Tahniah saya ucapkan kepada Ustaz Shahrum (SMK Sulaiman) yang terjun ke dalam masyarakat dan diamanahkan sebagai pengerusi surau berhampiran rumahnya. Tahniah sahabat saya Ustaz Mustapha Faidzul Hamli (SKTF) yang ke hulu ke hilir setiap malam menggalas kitab menyampaikan kuliah di masjid-masjid. Begitu juga dengan rakan saya Ustaz Zubir (SMTTAA) yang turut aktif menyampaikan kuliah. Tahniah buat junior saya (zaman sekolah dulu), Ustaz Mokhtarudin (SMA Pelangai) dan Ustaz Shahrul Nizam (SMK Seri Bentong) yang sentiasa memberikan komitmen yang baik dalam aktiviti dakwah.

Tidak dilupakan, boss saya, Ustaz Haji Amad Hamizi Abu Hasan (Ketua UOD). Walaupun kini berada di kerusi empuk JPNP, namun masih berkesempatan membimbing masyarakat di luar sana menerusi aktiviti forum, ceramah dan sebagainya. Juga sahabat-sahabat lain yang tidak sempat saya catatkan nama mereka di ruangan ini. Tahniah buat semua! Siiru 'ala barakatillah.

Kepada yang lain.... Renung dan bayangkan andai semua anda bergerak seperti sahabat-sahabat kita ini, menghidupkan masjid sebagai pusat ibadah dan pusat ilmu serta memberikan kesedaran kepada masyarakat supaya kembali menghidupkan suasana kehidupan Islam, alangkah berutungnya orang Bentong!

Guru-guru agama perlu bertindak segera. Ubah paradigma. Pekdis yang baru saya kenali perlu memantapkan aktivitinya. Jangan hanya jadi seperti koperasi kampungan. Jadikan ia sebagai platform serius untuk melatih guru-guru agama terjun ke tengah masyarakat.



5 ulasan:

zayds berkata...

betul tu ustaz, kalau faham tugas wajib berdakwah dah tentu semua melibatkan diri dalam tugas Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul ni.

Hisyam14 berkata...

Nak tanya imam Ketari, malam bila ada kosong

MOHD NOR HIDAYAT berkata...

salam ust,
kalau berkunjung ke kuantan, tlg bagitau ye, nak ust isi satu slot
di indera mahkota 15 ni,
kalau boleh diskusi buku palestin ke... nak g bentong jarang2 dah leni. rindu jugak kt ketari n cegar medang.

hidayat x-karak.

ibnuismail berkata...

Occhea14... Takkan masjid ketari je... Belambak lagi masjid lain. Nanti saya cadangkan kepada Masjid Bandar...

Ust Hidayat KDN... Insya Allah kalau saya turun Kuantan nanti saya bagi tau.

Terima kasih....

Unknown berkata...

Halo kawan-kawan saya, saya mempunyai berita baik untuk dikongsi. sila sertai saya untuk menjadi gembira. Saya baru mendapat pinjaman daripada organisasi pinjaman antarabangsa yang sah. Ini adalah bagaimana saya mendapat kenalan mereka. Saya melihat seorang saksi Puan Aisha Salam dari Malaysia dalam forum ini tentang bagaimana mereka mendapat pinjaman daripada mereka dan dia memberi saya e-mel mereka (charlesharveyfinancecompany@gmail.com) Jadi saya segera emel mereka dan mereka membalas e-mel saya. Secara jujur, pada mulanya saya sangat takut kerana saya telah kehilangan wang saya untuk penipuan sebelumnya. Tetapi, saya terkejut bahawa kurang dari 48 jam kemudian, $ 235,000 pinjaman dolar negeri bersatu yang saya gunakan untuk benar-benar memindahkan ke akaun saya. Seluruh prosesnya mudah. Sehingga kini, saya masih sukar untuk mempercayai bahawa ia adalah benar. Saya fikir saya bermimpi apabila saya mendapat mesej dari bank saya. Sekarang hatiku penuh dengan sukacita. Nasihat saya adalah mudah untuk semua orang mencari dorongan tulus untuk mendapatkan pinjaman yang sah untuk memulakan perniagaan atau membiayai projek adalah menghantar e-mel mereka sekarang dan anda akan terkejut kerana saya terkejut. Saya ingin mengucapkan terima kasih terutama kepada Aisha Salam yang memberikan hubungan mereka dalam forum ini. Dan jika anda menghubungi mereka dan mendapatkan pinjaman dari mereka, sila menyebarkan berita baik supaya orang lain juga dapat memberi manfaat. ini ialah e-mel lagi charlesharveyfinancecompany@gmail.com
terima kasih.
di sini adalah e-mel saya yang anda ingin bertanya kepada saya ahmadsusan436@gmail.com dan email ini juga jika anda mahu mengesahkannya (aishasalam006@gmail.com)