Selasa, Ogos 30, 2011

TUAN GURU DATO' PADUKA HJ HASHIM DALAM KENANGAN

Institusi pendidikan Islam seluruh negara hari ini (1 Syawal 1432H) digemparkan dengan berita kematian Pengetua pondok pengajian Islam terulung, Pondok Pasir Tumbuh atau nama rasminyam Madrasah Al Bakriah, Pasir Tumbuh, Kelantan.

Beliau ialah Al Marhum Tuan Guru Dato' Paduka Hj. Hashim b. Hj. Abu Bakar. Dilahirkan setahun sebelum runtuhnya Khilafah Islamiah Osmaniyah Turkey, 1923 di Seberang Pantai Johor, Alor Setar, Kedah.

Al marhum berpengalaman menuntut ilmu di Darul Ulum ad-Diniyah, Makkah dari tahun 1936 hingga 1939 dan di Madrasah Irsyadiah Tuan Guru Hj. Abdul Rahman Hj. Abdullah, Merbuk, Sungai Petani, Kedah pada tahun 1942.

Sebelumnya beliau berguru dengan Al-Marhum Tuan Guru Haji Ghazali di pondoknya di Batu 26, Bagan Datoh, Perak pada tahun 1940 dan kemudiannya ke Pondok Lebai Idris Hitam, Kampung Air Hitam, Jitra, Kedah pada tahun 1944 selama 2 tahun.

Pada tahun 1946 beliau belajar di Pondok Bunut Payong dengan Tuan Guru Hj. Mustafa dan Tuan Guru Hj. Abdul Aziz bin Abu Bakar pengasas Pondok Pasir Tumboh.

Tiada ulasan: