Tidak dinafikan, perjuangan menuntut kemerdekaan Malaysia ada sedikit
kekeliruan dan kecelaruan pemikiran. Bahkan seluruh dunia Islam menjadi
keliru selepas kejatuhan Khilafah Othmaniyah (1924).
Apabila negara-negara Barat memfaraidh dunia Islam sesama mereka, ia satu kejutan bagi umat Islam. Selama ini mereka lalai dan alpa terhadap keprihatinan musuh. Lantas mereka terkapai-kapai mencari platform perjuangan.
Yang dilihat menentang ideologi kapitalis Barat ketika itu ialah negara-negara dari blok sosialis-komunis. Maka ia menjadi satu kekaguman bagi pejuang-pejuang kemerdekaan khususnya di negara-negara Arab.Mereka kagum perjuangan Vladimir Lenin (1870-1924) dan Mao Tse Tung (1893-1976). Mereka menelaah perjalanan hidup fasis Benito Mussolini (1883-1945). Bahkan Karl Marx (1818-1883) turut menjadi idola mereka.

Lantas komunisme dan sosialisme menjadi asas perjuangan mereka menentang penjajah. Parti Baath ditubuhkan di beberapa buah negara Arab. Rantau Asia Tenggara pula menyaksikan penubuhan PKM di Malaysia dan PKI di Indonesia. Biarpun siaran propaganda Inggeris cuba menampakkan PKM sebagai parti Cina, namun tidak dapat dinafikan ramai orang Melayu turut terlibat dalam gerakan komunisme ini.
"Bagi meraih simpati, mengindoktrinasi fahaman komunis dan mendapatkan
sokongan orang-orang Melayu, pihak Parti Komunis Malaya telah
mengasaskan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang diasaskan oleh Ahmad Boestamam berfahaman kebangsaan dan Mokhtaruddin Lasso
(MPAJA) berfahaman komunis pada 17 Oktober 1945. Parti Komunis Malaya
telah menguasai Parti Kebangsaan Melayu Malaya melalui tokoh-tokoh
jawatankuasanya yang terdiri daripada Mokhtaruddin Lasso (Presiden), Arshad Ashaari (bendahari), Rashid Maidin, Abdullah C.D. Parti Kebangsaan Melayu Malaya lebih cenderung bagi Tanah Melayu menyertai Indonesia bagi mendapat kemerdekaan pada 1949." (Wikipedia)
Walau apa nama sekalipun, matlamat mereka tetap sama, iaitu untuk menghalau penjajah Inggeris dari bumi Tanah Melayu. 'Orang Putih' tidak ada hak ke atas tanah ini. Mereka adalah pendatang dan penjajah yang telah mengaut hasil mahsul negara ini, memperbodohkan raja-raja Melayu dan membunuh para alim ulama'. Justeru rakyat mesti digerakkan untuk bangkit menentang penjajah ini. Maka berlakulah beberapa pertempuran antara PKM dan tentera Inggeris.
Di pihak Inggeris pula, mereka cuba mendapatkan sokongan rakyat Malaya dalam peperangan menentang komunis. Sememangnya Inggeris memang bijak dalam mengatur propaganda. Jika tidak, masakan raja-raja Melayu juga boleh diperdaya dalam pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
Inggeris memasyhurkan ungkapan 'pengganas' kepada PKM. Hingga ke hari ini, istilah komunis bagaikan tidak lengkap jika tidak disebut 'pengganas komunis'. Operasi ketenteraan komunis dilaporkan sebagai aktiviti keganasan. Sedikit sebanyak, propaganda Inggeris berjaya menghasut orang Melayu untuk membenci komunis. Bahkan ramai yang bertindak menyertai pasukan Inggeris sebagai anggota tentera dan polis British. Mereka berbangga menjadi mata-mata Inggeris yang bertindak menyiasat, melapor dan menangkap sesiapa sahaja di kalangan orang kampung yang disyaki terlibat menentang British. Sesiapa yang ada hubungan dengan mana-mana gerakan penentangan akan ditangkap dan diserahkan ke rumah pasung (balai polis British) untuk dihukum. Kekejaman mata-mata dan rumah pasung ini antara punca berlakunya serangan ke atas rumah pasung Bukit Kepong.
Dengan ideologi yang diimport dari luar, masyarakat Melayu berpecah kepada dua kelompok iaitu yang menyokong penjajah dengan alasan mahukan pembangunan, kemajuan dan pembangunan. Manakala kelompok kedua yang menyokong gerakan kemerdekaan yang mahukan Malaysia bebas dari cengkaman penjajahan Barat, kezaliman dan ketidak adilan. Kelompok kedua menjadikan hak sama rata rakyat sebagai matlamat dan ia sinonim dengan fahaman komunisme-sosialisme.
Namun dicelah kemelut ideologi ini, masih ramai umat Melayu yang memahami bahawa perjuangan kemerdekaan adalah satu tuntutan agama. Mereka yang kebanyakannya dipimpin oleh para ulama' dan guru-guru pondok menjadikan Rasulullah SAW sebagai ikutan dan perjuangan. Mereka menolak berkiblatkan blok timur mahupun barat.
Kelompok seumpama ini sememangnya wujud di sepanjang zaman. Di Mesir, muncul Hassan Al Banna dengan jamaah Ikhwannya. Di Palestin muncul Syeikh Izzuddin Al Qassam yang memecah kebuntuan ideologi rakyat dalam menentang penjajahan Israel. Malaya juga tidak ketinggalan menyaksikan kebangkitan para ulama' menentang penjajah atas nama Islam.
Tok Janggut, Mat Kilau, Tok Bahaman dan lain-lain adalah tokoh Islam yang mengibarkan bendera jihad menentang tentera salib Inggeris. Pada 1947, para ulama bersidang di Gunung Semanggul dan menubuhkan Hizbul Muslimin dengan slogan, merdeka! Hizbul Muslimin berbeza dengan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) yang melaungkan slogan Hidup Melayu! demi untuk menjaga hati penjajah.
Seperti biasa, mana-mana kumpulan yang anti-penjajah akan dilabel pengganas komunis. Lantas Hizbul Muslimin diharamkan. Pemimpinnya termasuk Ustaz Abu Bakar Al Baqir ditangkap. Namun perjuangan menuntut kemerdekaan atas nama Islam tetap diteruskan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan