Khamis, Disember 22, 2011

5 Sebab Perlu Pertahan Konsep Negara Berkebajikan

Setahun lalu, ketika menghantar anak ke hospital untuk dikhatankan, seoang nenek bebangsa Cina menegur, “Encik, itu anak mau cuci ke?” Saya terpinga-pinga. Mau cuci apa. “Saya punya cucu pun mau cuci,” sambung nenek itu sambil menunjukkan cucunya yang sedang memakai kain pelikat dan menunggu giliran untuk dikhatankan.

Tika itu baru saya faham maksud ‘cuci’ yang disebutnya. Mungkin dia tak pandai menyebut ‘khatan’. Tetapi dia faham, amalan berkhatan itu adalah amalan yang bertujuan untuk menyucikan tubuh badan dari sebarang kekotoran dan najis yang tesekat pada kuluf kemaluan kanak-kanak lelaki. Secara tidak langsung, walaupun tanpa menyebut kalimah ‘khatan’, si cina itu faham maksudnya dan mempraktikkannya.


Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang 


Saya suka mengaitkan perkara ini dengan konsep Negara Berkebajikan yang dicetuskan oleh Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Ramai orang melatah apabila idea ini dilontarkan oleh beliau dan seterusnya dipesetujui oleh Muktamar Tahunan ke 57 lalu.



Puad Zarkashi
Ada yang mengandaikan bahawa PAS telah berubah arah, PAS diperkudakan oleh Dap, PAS gadai prinsip dan lain-lain. Di pihak umno (yang tak pernah menjadikan Negara Islam sebagai impian) juga, ada pimpinannya yang menempelak PAS dan kononnya melahirkan rasa dukacita apabila PAS dilihat telah ‘meninggalkan cita-cita’ untuk menegakkan Negara Islam. Fuad Zarkashi pula mencabar Mursyidul Am supaya buang nama Islam dari parti itu.
Hasan Ali

Dr Hasan Ali tidak ketinggalan memanjat pentas media umno mempertikaikan konsep Negara Berkebajikan dan menyifatkannya sebagai kesan daripada perubahan pucuk pimpinan parti yang semakin kurang bilangan ulamaknya.

Pertama,
perlu dipertegaskan bahawa orang yang melontarkan konsep Negara Berkebajikan ini adalah Tuan Guru Abd Hadi Awang sendiri. Ia tidak pernah diusulkan oleh mana-mana pimpinan yang dianggap profesional dan bukan ulamak. Dan semua orang tahu, Abd Hadi adalah seorang ulamak.

Beliau sendiri yang menggagaskannya dan membentangnya menurut kajian ilmiah yang dilakukannya sendiri.  Perkara ini diakui sendiri oleh Mursyidul Am Tuan Guru Nik Abd Aziz Nikmat dalam kuliahnya di Dataran Ilmu Kota Bharu (http://www.youtube.com/watch?v=B0Y9SkkRpDQ) apabila ditanya berkenaan tentang konsep Negara Berkebajikan, beliau menegaskan bahawa ia adalah cetusan idea orang yang sangat berkelayakan (Tuan Guru Abd Hadi), yang memiliki ijazah sarjana dari Al Azhar dan pernah 3 kali bermimpi betemu Rasulullah SAW.

Abd Hadi tidak selemah yang disangka untuk menerima apa sahaja asakan dari gerombolan pimpinan yang disifatkan sebagai profesional (bukan ulamak). Negara Berkebajikan bukan hasil asakan pimpinan yang bukan ulamak. Tetapi ia dicadang dan diterjemah serta didefinasikan sendiri oleh Abd Hadi.

Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat
Kedua, PAS tidak pernah menggugurkan cita-cita untuk menegakkan Negara Islam. Bahkan konsep Negara berkebajikan itu adalah manifestasi daripada cirri-ciri sebuah Negara Islam. Ini yang saya cuba kaitkan dengan kisah cina tua di atas. Jika kita berterusan menyebut ‘khatan’ mungkin sampai sekarang dia tidak faham, tetapi apabila diperjelaskan konsep berkhatan itu sebagai operasi menyucikan diri dari kekotoran, maka dia faham, terima dan praktikkannya ke atas cucunya sendiri. Begitu juga dengan Negara Islam.

Puluhan tahun dilaungkan konsep Negara Islam. Jangan kata orang bukan Islam, orang Islampun ramai yang tak faham bahkan menentang. Maka dari sebagai satu strategi dan uslub dakwah, Tuan Guru Abd Hadi cuba menterjemahkan terus pengisian Negara Islam tanpa menyebut tajuknya. Negara Berkebajikan ialah negara yang sentiasa prihatin dan menjaga kebajikan rakyatnya. Dan inilah yang dinyatakan Allah, بَلْدَةٌ طَيِّبَةٌ وَرَبٌّ غَفُورٌ.

Samalah halnya dengan ilmu tajwid. Suatu ketika dahulu, umat Islam merasa begitu tertekan dan sangat sukar untuk menguasai ilmu tajwid. Dengan berbagai-bagai jenis mad, hokum nun sakinah, mim sakinah, makhraj huruf dan berbagai-bagai lagi istilah yang perlu diingati. Sedangkan tujuannya hanya satu, iaitu untuk memperelokkan bacaan Al Quran. Maka untuk mempermudahkan umat Islam menguasainya, maka adalah orang cerdik pandai yang mencipta kaedah qiraati dan iqra’ yang lebih mementingkan sebutan terus daripada mengenal tajuknya. Pelajar secara terus diajar supaya membaca dengung apabila nun sakinah bertemu kaf misalnya. Tanpa pelu disebut hukum ikhfa’. Kaedah ini dilihat lebih praktikal dalam melahirkan umat Islam yang celik dan mahir membaca Al Quran dengan baik.

Saya berpandangan, ketika Tuan Guru Abd Hadi melontarkan idea Negara Bekebajikan, barangkali inilah yang difikirkan oleh beliau. “Sudah terlalu lama kita berbicara tentang Negara Islam. Kali ini aku ingin pamerkan kepada semua, inilah corak sebenar Negara Islam.”

Ketiga, konsep ini telah dibahaskan dan diterima oleh para pewakilan dalam muktamar. Dalam perkara ijtihadiah, apabila sesuatu itu telah diputuskan menerusi syura dan perbincangan, maka keputusannya adalah lebih barakah daripada pendapat individu. Ini adalah kerana tangan Allah sentiasa bersama dengan jamaah.

Keempat,
Tuan Guru Abdul Hadi adalah seorang ulama’ yang telah berpuluh tahun berkecimpung dalam bidang dakwah dan sepanjang masa mempejuangkan Islam. Beliau diterima oleh masyarakat dunia sebagai seorang tokoh gerakan Islam. Beliau penah dipanggil bagi menyelesaikan beberapa konflik besar umat Islam seperti di Afghanistan, Yaman, Iran dan Syria. Beliau adalah anggota majlis gerakan Islam sedunia. Pastinya beliau tidak akan melakukan sesuatu yang menggugurkan cita-cita menegakkan Negara Islam.

Kelima,
Sebarang dasar dan pendekatan PAS adalah dalam pemerhatian dan pemantauan gerakan-gerakan Islam dunia. PAS adalah salah satu mata rantai gerakan Islam dunia. Perjalanan perjuangan PAS sentiasa dipantau oleh gerakan-gerakan Islam di luar sana. Pastinya sebarang keputusan yang dibuat oleh PAS yang bercanggah dengan konsep perjuangan Islam akan dikritik oleh gerakan-gerakan Islam lain. Kritikan ini pastinya akan disampaikan secara langsung kepada Tuan Guru Presiden kerana beliau sentiasa berhubung dengan mereka. 

Sebenarnya strategi memperkenalkan konsep Negara Berkebajikan ini telahpun digagaskan oleh gerakan-gerakan Islam seperti di Mesir, Turkey, Pakistan dan lain-lain. Cuma di Malaysia sahaja, ramai yang terkena 'renjatan letrik' bila disebut Negara Berkebajikan.

Tiada ulasan: