PARTI ISLAM JORDAN DIJANGKA MENANG
Oleh: Ibnu Ismail
Selepas kemenangan besar Ikhwanul Muslimin di Mesir dan Hamas di Palestin, kini gerakan Islam di Jordan pula dilihat semakin mendapat hati di kalangan masyarakat Arab. Bahkan Parti Jabhah Amal Islami menjangkakan mereka akan memenangi pilihanraya di negara itu jika ia akan diadakan.
Pilihanraya Mesir yang diadakan penghujung tahun lalu menyaksikan Ikhwan berjaya menambah bilangan anggotanya di parlimen daripada 16 kepada 88 orang. Jumlah itu adalah lebih kurang 20% daripada keseluruhan lebih 400 kerusi parlimen.
Walaupun belum berjaya memerintah, 88 orang itu dilihat mampu memberikan saingan kepada parti pemerintah kerana kemenangan mereka berlaku setelah mereka berhadapan dengan pelbagai sekatan dan halangan daripada pihak berkuasa. Ramai rakyat yang layak mengundi tidak dibenarkan berbuat demikian.
Gambar-gambar yang disiarkan oleh pihak media menunjukkan para pengundi terpaksa memanjat tembuk dan bangunan tinggi untuk sampai ke tempat mengundi akibat dihalang oleh polis.
Tanpa sekatan ini, Ikhwan mungkin boleh memenangi lebih daripada separuh kerusi parlimen.
Di Palestin pula, gerakan Islam Hamas mengejutkan dunia dengan memenangi pilihanraya Palestin yang diadakan minggu lalu. Sekaligus menamatkan kuasa parti kebangsaan Arab, Fatah yang memerintah sejak sekian lama. Hamas yang baru berusia 19 tahun penubuhannya berjaya memikat hati pengundi dengan perjuangan Islam yang dibawanya.
Hamas yang ditubuhkan oleh As Syahid Ahmad Yasin pada Disember 1987, memenangi 74 daripada 132 kerusi berbanding Fatah yang hanya mampu mengekalkan 45 kerusi sahaja.
Kemenangan parti Islam di Mesir dan Palestin memberikan satu semangat baru kepada gerakan-gerakan Islam di negara-negara Arab.
Ketua kumpulan ahli parlimen dari Jabhah Amal Islami di parlimen Jordan, Azam Al Hunaidi berkata, parti yang mewakili gerakan Ikhwanul Muslimin itu kini sedang bersedia untuk mengambil alih pemerintahan negara bagi memenuhi permintaan majoriti rakyat.
Menurutnya kemenangan Harakatul Muqawamatil Islamiyyah (Hamas) di Palestin membuktikan bahawa bangsa Arab kini sedang berada dalam era kecenderungan kepada Islam.
Kenyataan Azam menerusi laman web partinya pada 29/1/06 lalu menyebut bahawa sekiranya pilihanraya dilaksanakan secara telus, beliau yakin kemenangan akan berpihak kepada Parti Amal Islami.
Dalam pilihanraya parlimen pada tahun 2003 lalu, Parti Jabhah Amal Islami memenangi 17 daripada 110 kerusi. Jika Ikhwan Mesir yang hanya mempunyai 16 kerusi daripada 445 kerusi di parlimen berjaya melonjak kepada 88 kerusi, maka parti Islam di Jordan yakin mereka akan dapat menguasai majoriti yang memungkinkan mereka memerintah.
Keyakinan ini adalah berasaskan kepada tindak balas rakyat terhadap amalan pemerintah yang ‘bermain’ politik kotor, berkuku besi, pendakwaan terpilih, penipuan dan pengabaian tuntutan rakyat.
Kerajaan Jordan juga dilihat tidak memberikan sokongan dan bantuan kepada umat Islam di Palestin. Bahkan turut memutuskan hubungan dengan Hamas sejak beberapa tahun lalu serta membekukan kewangan gerakan Islam Palestin itu.
Dalam pada itu juucakap Hamas, Sami Abu Zuhri meminta masyarakat Eropah dan Amerika Syarikat supaya mendesak kerajaan masing-masing supaya menghentikan tekanan ke atas Palestin dan kerajaan yang dipilih oleh rakyat.
Beliau juga menyeru rakyat Palestin dari pelbagai latar belakang parti politik supaya memelihara perpaduan dan mengelakkan persengketaan yang hanya akan menguntungkan musuh dan menghilangkan fokus perjuangan sebenar rakyat Palestin.
Selasa, Januari 31, 2006
Sabtu, Januari 21, 2006
AMARAN TERBARU USAMAH TERHADAP AMERIKA
___________________________________________________________
"Jika kami menang, ia adalah kerugian dan kehinaan selama-lamanya bagi kamu. Jika kamu yang menang, maka bacalah sejarah bahawa kami adalah kaum yang tidak pernah tidur dengan kekalahan..."

"Kami telah bersabar dalam perjuangan menentang Soviet Union selama 10 tahun dengan hanya menggunakan senjata biasa.... kami akan terus bersabar dalam memerangi kamu... dan kami tidak akan lari dari perjuangan selagi senjata tidak lari."

19 Januari lalu, stesen tv Al Jazeerah mengejutkan dunia apabila menyiarkan rakaman terbaru ucapan Usamah Bin Laden yang memberi amaran kepada Amerika Syarikat (AS). Penyiaran ini sekaligus membuktikan tokoh kontraversi itu masih hidup.
Ucapan Usamah adalah sebagai mengulas kedegilan Presiden Bush yang menolak keputusan pungutan suara yang mahukan pengunduran tentera Amerika daripada Iraq. Menurut Bush, "Penarikan balik tentera Amerika adalah satu mesej silap bagi pihak musuh. Adalah lebih baik kita memerangi mereka di negara mereka daripada mereka memerangi kita di negara kita."
Usamah berpendapat, kenyataan Bush adalah tidak berpijak di bumi nyata kerana tentera Amerika di Iraq semakin hari semakin tertekan. Kamatian di pihak mereka semakin meningkat.
Bahkan ramai di kalangan tentera AS yang tertekan telah bertindak membunuh diri. Bagi mereka lebih baik mereka membunuh diri mereka sendiri daripada dibunuh oleh pejuang Islam.
Usamah menganggap tentera AS sebagai sedang berada di antara dua api. Mereka dalam dilema. Mereka sangat bimbang keselamatan mereka di Iraq. Dalam masa yang sama jika tidak menyertai peperangan ini mereka pasti akan dikenakan tindakan.
Beliau juga mendakwa dalam suasana keadaan tentera AS semakin teruk, perjuangan mujahidin pula semakin menampakkan peningkatan. Namun katanya, pihak media yang dikuasai pengaruh AS cuba menyembunyikan berita sebenar. Berita mengenai perjuangan mereka sering dikelirukan oleh media.
Usamah turut menyentuh isu layanan Amerika Syarikat terhadap tahanan dari kalangan pejuang Islam. Mereka disiksa dengan berbagai cara termasuk menggunakan bahan kimia dan kejutan elektrik. Bahkan ada di antara mereka disiksa dengan kejutan elektrik sehingga meninggal dunia di dalam tahanan di penjara Abu Gharib (Iraq), Guatanamo (Cuba) dan Baghram (Afghanistan).
"Ingin saya tegaskan di sini bahawa walau apapun kaedah penyiksaan yang kamu lakukan terhadap pejuang kami, namun kamu tidak akan mampu untuk menumpulkan ketajaman perjuangan kami," tegasnya.
Menurutnya lagi, orang yang bijak menyedari bahawa perjuangan menentang Amerika kini bukan sahaja tertumpu di Iraq sahaja, tetapi Iraq sudah menjadi pusat yang menyebarkan perjuangan ini ke seluruh dunia.
"Dengan anugerah Allah, para mujahidin seringkali berjaya melepasi sekatan-sekatan yang dilakukan oleh kerajaan-keraajan zalim yang menjadi sekutu kamu. Sebagai buktinya, lihatlah kejayaan kami di bandar-bandar besar Eropah."
"Adapun kelewatan operasi kami di Amerika, janganlah kamu menganggap ia sebagai kejayaan pertahanan dan kawalan keselamatan kamu. Kami sedang dalam persiapan dan kamu akan saksikan di tanah kamu sendiri bagaimana kesudahannya!" Tegas beliau.
Bagaimanapun Usamah mengakui bahawa kemenangan akan berpihak sama ada kepada perjuangan Islam atau kepada Amerika Syarikat.
"Jika kami menang, ia adalah kerugian dan kehinaan selama-lamanya bagi kamu. Jika kamu yang menang, maka bacalah sejarah bahawa kami adalah kaum yang tidak pernah tidur dengan kekalahan. Kami akan menuntut bela selagi hayat dikandung badan. Akan tiba waktunya kita akan merasai lagi suasana seperti hari ke 11 September dengan izin Allah."
Di penghujung rakaman berkenaan, Usamah berkata, "Kami telah bersabar dalam perjuangan menentang Soviet Union selama 10 tahun dengan hanya menggunakan senjata biasa. Dengan senjata itu kami telah melumpuhkan ekonomi Soviet Union hingga akhirnya Allah menghancurkan mereka. Ia adalah pengajaran bagi kamu. Demi sesungguhnya kami akan terus bersabar dalam memerangi kamu... dan kami tidak akan lari dari perjuangan selagi senjata tidak lari."
Usamah menutup ucapannya dengan tiga bait syair:
"Aku bersumpah tidak akan mati melainkan dalam keadaan merdeka walaupun aku dapati kematian itu amat pahit kerana aku tidak mahu menjadi hina..."

أقسمت لا أموت إلا حرا
وإن وجدت الموت طعما مرا
أخاف أن أذل أو أغرا
"Aku bersumpah tidak akan mati melainkan dalam keadaan merdeka walaupun aku dapati kematian itu amat pahit kerana aku tidak mahu menjadi hina..."
Sabtu, Januari 07, 2006
ISU PEMBUNUHAN RAKYAT SUDAN DI KAHERAH
ANTARA FATWA MUFTI MESIR
DAN KEGANASAN POLIS
Oleh: Ibnu Ismail
Sejak seminggu lalu, kerajaan Mesir dikecam hebat oleh pelbagai pertubuhan dan organisasi tempatan dan antarabangsa. Ini berikutan tindakan ganas pasukan polis Mesir yang cuba menghalau pelarian Sudan yang cuba mendapatkan perlindungan di pejabat PBB, Muhandisin, Kaherah.
Dalam tragedi yang berlaku pada awal pagi 30 Disember lalu, 25 rakyat Sudan terkorban apabila beribu-ribu polis Mesir yang lengkap bersenjata menyerbu sebuah taman di Dataran Mustafa Mahmud, Muhandisin yang dijadikan tempat perlindungan 3,000 rakyat negara jiran berkenaan sejak tiga bulan lalu.
Operasi berkenaan adalah sebahagian usaha kerajaan Mesir untuk memaksa pendatang Sudan supaya keluar daripada Mesir dan menghantar mereka ke beberapa buah negara Eropah. Islamonline melaporkan, Mesir terpaksa berhadapan dengan berbagai masalah, khususnya yang melibatkan ekonomi dengan kewujudan 4 juta pendatang dari Sudan.
Pendatang mendakwa, 400 orang cedera akibat tindakan ganas pihak polis, manakala 500 orang lagi dilaporkan berada dalam tahanan.
Dalam masa yang sama, Majlis Fatwa Mesir yang diketuai oleh mufti Dr Ali Jum'ah mengeluarkan fatwa mengharuskan pengagihan daging korban kepada pelarian sama ada mereka beragama Islam ataupun tidak. Beliau turut menyeru umat Islam supaya mengeluarkan zakat kepada pelarian yang beragama Islam.
Walaupun fatwa berkenaan tidak menyentuh secara langsung isu keganasan polis Mesir itu, namun pemerhati berpendapat ia adalah satu ‘protes beradab’ para ulama’ dan mufti negara berkenaan terhadap tindakan kerajaan.
Andaian mengaitkan fatwa dengan isu yang berlaku dikuatkan lagi dengan nas fatwa bilangan 37/2006 itu yang mengharuskan ‘penubuhan tabung waqaf untuk membantu para pelarian di negara umat Islam di sudut pendidikan, tempat tinggal, rawatan kesihatan dan perhubungan’.
Mengulas fatwa berkenaan, Mas’ud Sobri, seorang pemikir Islam terkenal berkata, negara Islam berkewajipan membantu mana-mana pelarian yang datang untuk meminta perlindungan, sama ada mereka beragama Islam ataupun bukan beragama Islam. Segala keperluan asas mereka seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal perlu disediakan oleh negara Islam berkenaan demi kemanusiaan.
Menurut Mas’ud lagi, perkara ini adalah salah satu syariat yang diajar oleh Islam dan ia boleh dilaksanakan dengan dua cara. Pertama, dengan perancangan kerajaan dan kedua bantuan daripada rakyat yang berkemampuan.
Berkaitan dengan daging korban, Mas’ud berkata adalah lebih afdhal daging itu diberikan kepada pelarian daripada rakyat sendiri kerana pelarian lebih memerlukannya. Bagaimanapun beliau menyokong fatwa yang menghadkan zakat hanya untuk yang beragama Islam sahaja kerana zakat berbeza dengan korban.
Beliau seterusnya menyeru negara-negara umat Islam supaya memperbetulkan keadaan dan memperbaiki tindakan dan layanan mereka terhadap pelarian di negara masing-masing.
“Kita tidak tahu perubahan yang bakal berlaku. Namun bala Allah boleh jadi akan diangkat dengan perhubungan baik antara bangsa-bangsa.

Rabu, Januari 04, 2006
2005: TAHUN MALANG BAGI WARTAWAN
Oleh: Ibnu Ismail
Sebuah persatuan wartawan yang dikenali sebagai Persatuan Wartawan Sans Frontieres (بلا حدود) mendakwa tahun 2005 adalah tahun paling malang bagi para wartawan seluruh dunia sejak 10 tahun lalu.
Menurut persatuan ini, sepanjang tahun lalu, sekurang-kurangnya 63 orang wartawan dilaporkan terbunuh di seluruh dunia yang menyaksikan Iraq sebagai negara yang paling banyak menyaksikan korban wartawan.
Dalam kenyataan persatuan berkenaan yang dikeluarkan hari ini (4/1/2006) di Paris, Sans Frontieres melaporkan seramai 24 orang wartawan terbunuh di Iraq. Bahkan negara itu diserang oleh tentera Amerika pada 2003, 76 orang wartawan telah terbunuh.
Jumlah ini adalah lebih ramai berbanding dengan jumlah wartawan yang terkorban dalam peperangan di Vietnam (1995-1975).
Agensi berita Reuters pula melaporkan bahawa 5 orang petugasnya terkorban di Iraq.
Manakala Filipina yang berada di tempat kedua menyaksikan kematian 7 orang wartawan. Diikuti dengan Lubnan yang merakamkan pembunuhan dua orang wartawan iaitu Samir Qasir pada bulan Jun 2005 dan Jabran Tuini pada bulan Disember lalu.
Persatuan San Frontieres turut merekodkan beberapa peristiwa yang menunjukkan berleluasanya tindakan ganas ke atas para wartawan di beberapa negara Afrika termasuk, Conggo, Siraleon dan Somalia.
Sementara itu China pula diisytiharkan sebagai negara yang paling ramai jumlah wartawan yang merengkok di dalam penjara. Ia juga termasuk di antara 15 buah negara yang terlalu menekan jaringan internet.
Al Jazeerah pula melaporkan bahawa pada 26 September 2005, sebuah mahkamah di Spanyol telah menjatuhkan hukuman 7 tahun penjara dan denda ke atas wartawan Taisir Aluni. Beliau yang telah lama berkhidmat dengan stesen TV satelit itu dituduh bekerjasama dengan pertubuhan yang digelar sebagai 'pengganas'.
Rujukan:
http://islamonline.net/Arabic/news/2006-01/04/article07.shtml
http://www.aljazeera.net/NR/exeres/7C7FC2D7-6EC5-4202-AF60-74FA1D604944.htm

Langgan:
Catatan (Atom)