Rabu, Januari 04, 2006

2005: TAHUN MALANG BAGI WARTAWAN

Oleh: Ibnu Ismail

Sebuah persatuan wartawan yang dikenali sebagai Persatuan Wartawan Sans Frontieres (بلا حدود) mendakwa tahun 2005 adalah tahun paling malang bagi para wartawan seluruh dunia sejak 10 tahun lalu.

Menurut persatuan ini, sepanjang tahun lalu, sekurang-kurangnya 63 orang wartawan dilaporkan terbunuh di seluruh dunia yang menyaksikan Iraq sebagai negara yang paling banyak menyaksikan korban wartawan.

Dalam kenyataan persatuan berkenaan yang dikeluarkan hari ini (4/1/2006) di Paris, Sans Frontieres melaporkan seramai 24 orang wartawan terbunuh di Iraq. Bahkan negara itu diserang oleh tentera Amerika pada 2003, 76 orang wartawan telah terbunuh.

Jumlah ini adalah lebih ramai berbanding dengan jumlah wartawan yang terkorban dalam peperangan di Vietnam (1995-1975).

Agensi berita Reuters pula melaporkan bahawa 5 orang petugasnya terkorban di Iraq.

Manakala Filipina yang berada di tempat kedua menyaksikan kematian 7 orang wartawan. Diikuti dengan Lubnan yang merakamkan pembunuhan dua orang wartawan iaitu Samir Qasir pada bulan Jun 2005 dan Jabran Tuini pada bulan Disember lalu.

Persatuan San Frontieres turut merekodkan beberapa peristiwa yang menunjukkan berleluasanya tindakan ganas ke atas para wartawan di beberapa negara Afrika termasuk, Conggo, Siraleon dan Somalia.

Sementara itu China pula diisytiharkan sebagai negara yang paling ramai jumlah wartawan yang merengkok di dalam penjara. Ia juga termasuk di antara 15 buah negara yang terlalu menekan jaringan internet.


Al Jazeerah pula melaporkan bahawa pada 26 September 2005, sebuah mahkamah di Spanyol telah menjatuhkan hukuman 7 tahun penjara dan denda ke atas wartawan Taisir Aluni. Beliau yang telah lama berkhidmat dengan stesen TV satelit itu dituduh bekerjasama dengan pertubuhan yang digelar sebagai 'pengganas'.


Rujukan:
http://islamonline.net/Arabic/news/2006-01/04/article07.shtml
http://www.aljazeera.net/NR/exeres/7C7FC2D7-6EC5-4202-AF60-74FA1D604944.htm

Tiada ulasan: