Selasa, April 21, 2009

SARAH OBAMA CUBA DIMURTADKAN



Semua orang kenal Presiden Amerika Syarikat, Barak Obama. Tapi tidak ramai yang menenali neneknya, Sarah Obama.

Beliau sedang berada di pinggir jurang aqidah yang sangat membimbangkan. Lahir sebagai seorang muslimah 87 tahun yang lalu, kini sedang cuba diKristiankan oleh mereka yang tidak bertanggung jawab.

Pendakyah Kristian tidak putus-putus mengunjungi rumahnya di Kenya. Terkini, usaha mereka untuk menjemput Sarah menghadiri satu majlis keagamaan Kristian Sabtu lalu (17/4/09) di Kisumu, Barat Kenya menemui kegagalan. Majalah Daily Nation melaporkan, ketika paderi Tom Obia tiba di rumah Sarah di Kampung Kogilo, ahli keluarganya memberitahu bahawa Sarah enggan mengikutinya.

Sebelum ini Sarah adalah seorang yang kuat berpegang kepada agama Islam. Namun berikutan tuduhan terhadap cucunya, Barak Obama dalam pilihanraya lalu bahawa beliau seorang Muslim yang menyembunyikan keIslamannya, maka Sarah mengisytiharkan dirinya sebagai seorang Kristian "seperti cucunya".

Manakala ahli keluarganya pula melahirkan rasa kesal di atas cubaan mengkristiankan Sarah. Anaknya, Saidi Obama berkata, seluruh ahli keluarga bertegas tidak membenarkan Sarah menghadiri majlis keagamaan yang dianjurkan oleh pihak gereja.




Dalam pada itu, Majlis Imam-imam Kenya mengutuk keras usaha Kristianisasi terhadap Sarah. Majlis memohon pihak kerajaan supaya campur tangan bagi menghalang usaha memurtadkan nenek tua itu.

Imam Khalifu mempersoalkan, "Mengapa baru sekarang mereka berani cuba mengkristiankan Sarah iaitu setelah cucunya menjadi presiden Amerika Syarikat? Mengapa sebelum ini mereka tidak melakukannya."

Kata-kata ini memberikan gambaran bahawa pihak Kristian merasa sangat selesa dengan kejayaan Obama menduduki kerusi tertinggi di Amerika Syarikat itu.

Sejak akhir-akhir ini gerakan Kristianisasi bergerak aktif di negara-negara Afrika dan negara-negara yang ditimpa bala bencana. Mereka masuk dengan dakyah 'kemanusian' dan menggunakan NGO yang kononnya bertujuan untuk menyampaikan bantuan dan sumbangan.

Untuk rekod, Kenya adalah sebuah negara yang sentiasa bergolak di Benua Afrika. 45% penduduknya beragama Kristian Protestant dan 33% Roman Katholik. Penduduk Islam hanya mewakili 10% daripada jumlah keseluruhan penduduk negara itu.

Dari segi etnik pula, suku
Kikuyu merupakan suku terbesar (22%), diikuti suku Luhya 14%, Luo 13%, Kalenjin 12%, Kamba 11%, Kisii 6%, Meru 6%, other African 15%, non-African (Asian, European, and Arab) 1%.

Sebagai kaum minoriti, umat Islam menjadi sasaran golongan Kristian untuk dimurtadkan.














3 ulasan:

adysuR berkata...

Erm..adakah benar Barack Obama pernah memeluk Islam satu ketika dahulu?

Akhi, buku Ahmad Yasin Dan Rantisi Dalam Kenangan/Nostalgia Syuhada' Palestin ada tak dijual di book fair sekarang ni?

ibnuismail berkata...

Obama memang lahir dalam keluarga Islam. Namun setelah berhijrah ke AS, dia jadi pening.

Buku Ahmad Yasin masih ada dlm simpanan saya. Tapi tak dipasarkan di Book Fair.

alQasam berkata...

Ana ada baca dalam majalah newsweek. Biografi Obama. Ayahnya Atheist yang dulunya Islam. Emaknya Athiest juga. Semasa di indonesia mereka tinggal, kehidupan mereka terumbang ambing (faith wise) then dia pilih Kristian.

Ust, dalam artikel yang ust mention ni,rasa ada ta'rudh sikit dengan maklumat asal. Saidi kata emaknya taknak pergi sebab sakit lutut dan bukan sebab nak diconvertkan.

Namun isu ini bagus untuk ditimbulkan, kerana kita tahu dakyah kristanisai tidak pernah tidur untuk memurtadkan orang Islam.

Pada ana, sekalipun pada pandangan keluarga Sarah sendiri tiada apa-apa yang berlaku, namun IHTIYATON lebih awla. Sebab puak kristian sentiasa halus dalam dakyah mereka.

Allahua'lam.