Beberapa tahun lalu, negara dikejutkan dengan isu penulisan yang menghina ajaran Islam oleh beberapa orang penulis yang sebahagiannya beragama Islam dan ada juga yang mengaku beragama Islam. Beberapa pertubuhan dan persatuan Islam bertindak membuat laporan kepada Jabatan Agama Islam Negeri Kedah , Pulau Pinang , Perak, Negeri Sembilan, dan Wilayah Persekutuan.
Isu berkenaan memuncak apabila Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) menghantar memorandum kepada Majlis Raja-Raja Melayu memohon sembah supaya majlis tertinggi orang Melayu Islam itu bertindak tegas. Surat yang dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja memperincikan senarai tulisan dan ucapan mereka yang dianggap menghina Islam.
Antara penulis yang dimaksudkan ialah Farish Noor. Farish atau Farish A Noor @ Dr. Farish Ahmad-Noor @ Dr. Badrol Hisham Ahmad-Noor, anak kelahiran Pulau Pinang berkahwin dengan Christele Laila Dedebant. Senior Fellow di Nanyang Technological University di Singapore dan profesor jemputan di Universitas Muhamadiyah Surakarta (Solo) dan Universitas Islam Sunan Kalijaga, Jogjakarta, Indonesia.
Antara ayat di dalam artikel tulisan Farish yang diadukan PUM kepada Majlis Raja-Raja ialah tulisannya dalam NST (4.11.2000) berkenaan perkahwinan Rasulullah SAW dengan isteri-isteri baginda: “…the Prophet known to have had sexual relations with 15 women, which included the oncubine Rayhana who remained non-Muslim all her life."
("…Nabi diketahui telah mengadakan hubungan seks dengan 15 wanita termasuk seorang wanita bernama Rayhana yang tidak Islam sehingga akhir hayatnya.")
Bagi orang seperti Farish, dia tidak menganggap ayat berkenaan sebagai menghina Rasulullah SAW. Mungkin dia menganggap itu cerita biasa. Tetapi dia terlupa bahawa cara berbicara dengan Rasulullah SAW adalah berbeza dengan cara bercakap sesama manusia biasa. Allah menjelaskan di dalam Al Quran:
لاَ تَجْعَلُوا دُعَاء الرَّسُولِ بَيْنَكُمْ كَدُعَاء بَعْضِكُم بَعْضًا
“Janganlah kamu memanggil Rasul seperti panggilan kamu terhadap sesama kamu…” (An Nur 24:63)
Terkini, Farish mengkritik ulama' menerusi tulisannya, “You Are Not Qualified To Talk About Islam”: How to Respond to Attempts to Close the Public Domain di laman web http://www.othermalaysia.org/ yang ditulis 3 siri bermula posting 16 Jun lalu. Rencana berkenaan kemudiannya diterjemah pula ke dalam Bahasa Melayu oleh Mustaffa Kamal Alias dan disiarkan oleh akhbar Suara Keadilan edisi 23-30 Jun lalu di bawah judul:
"Kamu Tak Layak Bercakap Tentang Islam: Menutup Ruang Perbincangan Awam."
Dalam rencana ini, Farish menggunakan istilah muslim konservatif, muslim feminis, muslim liberal, muslim progresif, muslim praxis dan muslim yang berpemikiran ortodox. Golongan ulama’ pula dikecam dengan gelaran ulama’ konservatif dan ‘lelaki jumud yang berselindung di sebalik jubah agama’. Alangkah biadab gelaran-gelaran yang diberikan.
Tulisan berkenaan membela perjuangan Sisters In Islam yang kononnya tidak mengkritik Islam, sebaliknya menentang penyelewengan ulama' terhadap hukum Islam yang berkaitan dengan wanita.
Nantikan ulasan selanjutnya...