Khamis, Jun 11, 2009

SISTERS IN ISLAM ATAU SISTERS IN KAFIR

Heboh satu Malaysia mengenai cadangan untuk mendesak kerajaan mengkaji kegiatan Sisters In Islam (SIS) dan gesaan supaya mengharamkannya jika didapati ia menyelewengkan akidah ummah.

Masing-masing pakat memberikan komentar dan pendapat. Tak kurang juga yang melenting. Pertamanya tuan punya badan sendiri (SIS), memanglah marah. Selain mereka, yang tak ada kena mengena pun marah juga. Terutama tokoh-tokoh yang berfahaman Islam Liberal yang mahukan kebebasan bersuara diberikan kepada semua pihak.

Paling kelakar, yang kafir 'takde kena mengena' dengan Islam pun turut 'menyibuk' memberikan komen.

Isu SIS bukan satu isu baru. Ia sudah berlanjutan sejak sekian lama. Operasi mereka dari satu tahap ke satu tahap menampakkan perkembangan. Walaupun banyak aktiviti dan kenyataan yang dibuat oleh mereka bercanggah dengan Islam, namun tidak ada sebarang tindakan dilakukan ke atas mereka oleh pihak berkuasa.

Bahkan kedudukan mereka semakin kukuh. Utusan memberikan ruang kepada SIS untuk memperturunkan ideologi sesat mereka. Beberapa orang menteri dilihat sering memberikan kerjasama sama ada dengan merasmikan program mereka atau melancarkan buku tulisan mereka. Bahkan media seing memaparkan gambar anak-anak bekas perdana menteri Malaysia bersama dalam aktivi mereka iaitu, anak Tun Husein Onn, anak Dr Mahathir dan anak Abdullah Badawi.

Ini menjadikan kedudukan mereka semakin kukuh. Hingga kini belum jelas tindakan yang bakal diambil ke atas mereka oleh pihak berkuasa. Jika Al Arqam boleh diharamkan, gerakan Ayah Pin boleh disekat, nabi palsu Kahar boleh didakwa, maka tidak adakah ruang untuk pihak berkuasa mengkaji dan menilai ideologi dan aktiviti SIS dan seterusnya mengambil tindakan tika didapati mereka telah menyelewengkan Islam....

Kumpulan ini menggunakan nama Islam dalam kumpulan mereka, tetapi menentang hukum-hukum Islam. Manafikan hak Allah untuk mensyariatkan sebarang hukum yang mereka fikir tidak adil untuk sesetengah kaum (dengan pemikiran mereka yang cetek).

Mereka juga banyak bersuara bagi pihak orang bukan Islam. Dalam kes-kes murtad, mereka banyak membela orang yang murtad sedangkan mereka Sisters in ISLAM!

Lihat saja paparan intro laman web mereka yang mencatatkan tulisan, "Saya tidak kata bahawa kita perlu menjadikan negara sekular untuk menjadi moden. Saya mengatakan bahawa kita perlu negara yang sekular untuk menjadi Muslim yang lebih baik."

Ketika sambutan satu dasawarsa pelajar Malaysia di Tanta, Mesir pada 2002, satu wawancara atau dialog maya diadakan antara siswa Al Azhar dengan seorang pimpinan SIS. Apabila siswa Al Azhar bertanya, "Adakah SIS menentang hukum Allah?" Dia menjawab, "Kami tidak menentang hukum Allah, tapi mana yang tak sesuai dengan peredaran zaman, perlulah diubah."

Pesoalannya, adakah Allah tidak tahu tentang peredaran zaman dan adakah Allah tidak pandai mencipta hukum yang sesuai dengan zaman? Persoalan seterusnya, adakah SIS lebih bijak daripada Allah sehingga berani menyatakan ada di antara hukum Allah itu bersifat tidak sesuai dengan zaman.

Justeru, masih wajarkah SIS tanpa segan silu mengekalkan pada nama mereka agama Allah (Islam) sedangkan mereka memperbodohkan Allah? Tidak malukah mereka memasukkan nama Allah (Rahim) pada logo kumpulan merka sedangkan mereka secara terus-terusan "melukakan hati' Allah. Masih tak patut lagikah untuk kerajaan tidak mengharamkan mereka? Atau, pertubuhan mereka dikekalkan, tetapi ditukar nama Sisters in Kafir!

Tiada ulasan: