Isnin, Jun 15, 2009

TERKINI: RIBUAN UMAT ISLAM MENGIRINGI JENAZAH FATHI YAKAN

Berita yang baru kami terima:

Al Jazeerah melaporkan pada jam 00.19 (waktu Makkah Al Mukarramah tadi bahawa ribuan umat Islam khususnya dari gerakan Islam menghadiri majlis solat jenazah Dr Fathi Yakan di Masjid Tinal (طنال) di Tripoli, Utara Lubnan. Sebahagian daripada mereka tidak dapat masuk ke dalam masjid berkenaan.

Turut hadir ialah wakil Raja Syria, Basyar Al Asad dan ahli Majlis Politik HAMAS, Samy Al Khatir.

Selepas selesai solat, Mufti Tripoli dan wilayah Utara Malik As-Syi'ar menyampaikan ucapan kepada para hadirin dengan menyifatkan Al Marhum sebagai bapa kepada gerakan Islam di Lubnan.

Perarakan menuju ke tanah perkuburan, bagaikan satu demonstrasi yang besar apabila mereka melaungkan slogan-slogan Islam dan kata-kata semangat. Subhanallah!
Gambar menunjukkan sebahagian umat Islam yang tidak dapat masuk ke dalam masjid Tinal. Mereka berdoa dari luar.




.

Tiada ulasan: