Akhir-akhir ini ramai 'ustaz' yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat travel sebagai ejen atau wakil syarikat berkenaan. Mereka ditawarkan saguhati tertentu seperti dapat pergi umrah percuma dengan syarat mereka berjaya mendapatkan sejumlah pelanggan yang akan pergi ke tanah suci untuk menunaikan umrah dengan syarikat berkenaan.
Ada juga 'ustaz' yang ditawarkan komisyen, umpamanya RM100 per kepala dari bilangan pelanggan berkenaan. Sesetengah syarikat pula menawarkan saguhati berupa elaun kepada ustaz yang sudi mengepalai rombongan umrah dari syarikat berkenaan.
Bagi para 'ustaz' yang agak glamour, mereka biasanya ditawarkan umrah percuma oleh sesebuah syarikat yang ingin menggunakan nama mereka sebagai pelaris. Maka akan terpampanglah gambar dan nama 'ustaz' berkenaan pada kain pemidang, iklan surat khabar dan poster yang ditampal pada dinding masjid dan surau serta stesen bas, "Umrah Bersama Ustaz Fulan..."
Mereka yang ingin pergi melaksanakan umrah, pastinya akan memilih rombongan yang dipimpin oleh orang yang mahir dalam bidang berkenaan. Kalau ada kemusykilan, bolehlah terus bertanya. Bila ada kelapangan, bolehlah diadakan kuliah, ceramah, tazkirah dan sebagainya.
Namun apa yang musykil, terdapat syarikat yang hanya menumpang tuah para 'ustaz' untuk mengaut keuntungan yang besar. Sememangnya para 'ustaz' mempunyai 'pelanggan' yang ramai. Sekali mereka berceramah atau menyampaikan kuliah, iklan umrah boleh disampaikan terus kepada ratusan hadirin. Ini menjadikan mereka sebagai umpan syarikat untuk mendapatkan pelanggan.
Tidak salah menggunakan atau dengan bahasa yang lebih beradab, meminta khidmat 'ustaz' untuk menarik pelanggan. Namun janganlah ustaz itu hanya dijadikan umpan. Lebih menyedihkan ada syarikat yang menyerahkan jemaah untuk diuruskan 100% oleh para 'ustaz' ini dalam perjalanan mereka. Ini menyebabkan batang tubuh ustaz itu yang akan dicaci maki oleh para jemaah apabila berlaku perkara yang tidak diingini.
Ustaz itu bakal menjadi sasaran maki herdik ahli rombongan apabila syarikat menaikkan harga pakej, hotel yang tidak selesa, makanan tidak sedap, layanan buruk di airport, bas ziarah lambat datang dan sebagainya. Sedangkan ustaz itu bukan 'tokey' syarikat. Saguhati yang diterimapun tak seberapa.
Jika ini yang berlaku, maka amat malanglah 'ustaz' berkenaan. Dia hanya jadi batu loncatan syarikat untuk meraih keuntungan yang besar.
Menyedari situasi ini, beberapa orang 'ustaz' sudah mula mengorak langkah membentuk pakatan sesama mereka untuk menjalankan usaha sendiri. Matlamat mereka hanyalah untuk membantu orang-orang kampung dan mereka yang berpendapatan sederhana untuk pergi ke tanah suci dengan harga yang sederhana disamping mereka juga dapat pergi ke tanah suci bersama jemaah berkenaan.
Ada yang langsung tidak mengambil untung. Ada juga yang mengambil untung, namun kadar keuntungannya tidaklah sama dengan jumlah keuntungan yang dibolot oleh syarikat-syarikat gergasi umrah tempatan. Mereka tidak perlu meletakkan harga yang tinggi kerana orientasi mereka bukan berasaskan keuntungan. Ia dibina atas dasar kebajikan dan taat.
Justeru tidak hairanlah Yayasan Amal Pahang pimpinan Ust Rosli Jabar menganjurkan pakej umrah Sambut Ramadhan selama 19 hari (8-29 Ogos 2009) dengan hanya RM4990. Sedangkan nilai semasa (harga yang ditetapkan oleh syarikat konvensional) sekitar RM6500-7000.
Dalam masa yang sama beberapa orang 'ustaz' di Pahang telah membentuk sebuah pakatan yang dikenali sebagai Ukhuwwah Group (UG) untuk tujuan ini. Mereka berkongsi kerja mencari ahli rombongan dan akan bergilir-gilir menjadi ketua rombongan dan mutawwif. UG mampu memberikan perkhidmatan pengurusan umrah dengan harga yang lebih rendah dari harga pasaran semasa.
UG juga sedang merangka usaha untuk meluaskan aktiviti mereka dengan menganjurkan rehlah ke Spanyol, Maroco, Mesir, Kemboja, Indonesia, China dan tempat-tempat lain. Fokus utama rehlah ini bukan sekadar untuk melihat keindahan alam, tetapi untuk melihat kesan sejarah dan ketamadunan Islam, menziarahi pusara sahabat Rasulullah SAW, para ulama' dan mujahid Islam serta mengunjungi institusi umat Islam diluar negara.
Kini Ukhuwwah Group (UG) sedang merencanakan rehlah menelusuri sejarah Islam di Andalus (Spanyol), Maghribi dan Mesir. Rehlah selama 13 hari itu ditawarkan pada harga hanya RM8,900 sahaja. Syarikat travel biasanya menawarkan harga dari RM13,000.00.
Sesiapa yang berminat untuk menyertai rehlah berkenaan boleh hubungi ahli pakatan Ukhuwwah Group (UG) di talian 019-9602045.

Gambaran pemandangan Masjidil Haram dan sekitarnya selepas siap projek menaik taraf yang sedang dilakukan sekarang
2 ulasan:
Salam....
UG...UG....gementar juga mendengar kependekkan tersebut...
rakan lama - Rosman
Walaikumussalam
Terima kasih Rosman...
UG (Ukhuwwah Group) tak de kena mengena dengan yang hidup atau yang mati. Kalau ada persamaan, ia hanya kebetulan.
Salam perjuangan buat semua sahabat lama....
Catat Ulasan