Khamis, Disember 11, 2008

LINTAS LANGSUNG 6

9 DISEMBER 2008

7.50 pagi (6.50 pagi)

Kami mengucap selamat tinggal kepada penduduk kampung yang telah memberikan layanan yang baik sepanjang kami berada di sini. Qadhi Husain Samún sempat bergambar dan mengucapkan selamat jalan kepada kami.


8.05 pagi (7.05 pagi)

Kami tiba di Kg Bangtaro untuk menyempurnakan penyembelihan korban. Kali ini saya sendiri menyembelih sebagai menunaikan pesanan sahabat di Malaysia (Khairul Araifin) yang inginkan saya sendiri yang menyembelih aqiqah untuk anaknya (Muhd Aflah Mukmin).

Setelah selesai menyembelih, kami menyampaikan sumbangan kepada wanita dan kanak-kanak. Kelihatan seorang gadis berfurdah dipanggil oleh ibunya untuk menerima sumbangan. Dialah satu-satunya gadis berfurdah yang kami temui di Kg Bangtaro ini. Namanya Rashidah.

Ibu Rashidah menjamu kami dengan air tuak dan kuih raya tradisional Kemboja.

9.00 pagi (8.00 waktu Kemboja)

Kami meninggalkan wilayah Kampot untuk menziarahi seorang sahabat Ustaz Mokhtar yang pernah belajar bersamanya di Pondok Pasir Tumbuh pada tahun 80an yang lalu. Ustaz Zainal Abidin pulang ke Kemboja dan membuka sebuah pusat pendidikan Islam yang agak besar.

Di pertengahan jalan, kami ditahan oleh polis trafik. Pemandu kami mempunyai dokumen yang cukup. Tetapi dia terpaksa membayar sejumlah wang kepada polis berkenaan.

Selepas dua jam dalam perjalanan, kami tiba di Ma'had Al Muhajirin Al Islami (Pondok Ustaz Zainal Abidin) di Kg Saom Ochrov Preynup dalam wilayah Sihanouk Ville.

Pada masa yang sama, tiba sekumpulan warga Malaysia menaiki motosikal berkuasa tinggi. Mereka berkonvoi dari Malaysia sejak 5hb yang lalu melalui Thailand.

Sebuah masjid besar, dua buah bangunan asrama dan kelas berdiri megah di hadapan kami. Inilah sekolah agama paling besar yang kami temui di Kemboja setakat ini. Di dalam masjid kelihatan ratusan umat Islam penuh menanti dengan setia kunjungan kami. Satu majlis ringkas diadakan untuk memperkenalkan sekolah itu kepada kami dan memperkenalkan kami kepada penduduk tempatan dan juga pelajarnya.

Seramai 500 pelajar belajar di situ. Yang perempuan, semuanya berfurdah. Menrut Ustaz Zainal, pada 18/8 yang lalu berlaku satu kebakaran besar yang memusnahkan 53 buah pondok pelajar dan kerugian dianggarkan USD 20,000.

Kami melawat ke tapak kebakaran berkenaan. Derma kilat dilancarkan di kalangan kami 14 orang. Sebelum berangkat pulang kami menyampaikan sumbangan derma kilat berkenaan kepada Ustaz Zainal. Jumlahnya USD150 + RM50 + 120,000 Riel.

Kami makan tengahari di rumah Kolonal Ibrahim yang mengiringi kami sepanjang perjalanan. Kemudian solat Zohor di sebuah masjid yang sedang dalam pembinaan di Kg Banteav Prey.

2.00 petang (1.00 petang waktu Kemboja)

Kami meninggalkan kampung berkenaan dan bertolak pulang ke ibu kota Phnom P
enh. Perjalanan kali ini agak lebih selesa kerana melalui jalan lain.

5.30 petang (4.30 waktu Kemboja)

Check in Hotel City Star. Kami berehat. Esok cadangnya nak ke penjara Toul Sleng dan Choeung Ek, monumen yang merakamkan kekejaman Rejim Khmer Rouge pimpinan Pol Pot.

Nantikan khabarnya....


2 ulasan:

Khairil FK berkata...

semoga selamat pulang ketanah air... best juga ustaz pergi sana.

ibnuismail berkata...

Terima kasih atas doa kalian