Selasa, Ogos 31, 2010

BERSAMA IMAM (B) MASJIDIL AQSA

Jumaat lalu (17 Ramadhan) saya bersama keluarga bergerak ke Masjid Negeri Shah Alam bagi memenuhi jemputan menyampaikan tazkirah di masjid berkenaan. Kebetulan kami di Pahang bercuti sempena Nuzul Al Quran.

Tazkirah diadakan pada sebelah petang, iaitu sekitar jam 6.00 lebih hingga waktu berbuka. Seusai menyampaikan tazkirah, imam masjid berkenaan, Ustaz Firdaus Al Hafiz maklumkan beliau sedang menunggu kehadiran tetamu ‘besar’ iaitu mantan imam Masjidil Aqsa. Dalam fikiran siapa tertanya-tanya siapa yang dimaksudkan imam Masjidil Aqsa itu.

Beberapa minit sebelum waktu berbuka tiba-tiba muncul sebuah kenderaan MPV. Beberapa orang keluar darinya. Antara mereka seorang tua berpakaian serba putih. Bahkan janggut dan rambutnya juga sudah beruban penuh. Ya, tidak syak lagi. Beliau ialah Syeikh Mahmud Siyam, mantan rektor Universiti Islam Ghaza. Beliau juga pernah menjawat jawatan imam di Masjidil Aqsa.

Selepas kebangkitan Intifadhah Palestin pada tahun 1989, beliau tidak dibenarkan kembali ke Palestin. Beliau dicop sebagai seorang pemimpin pejuang Palestin yang membahayakan kekuasaan rejim Zionis Israel. Dengan kata lain, orang tua yang uzur itu tidak dibenarkan memasuki Palestin kerana beliau seorang 'pengganas' mengikut kamus Amerika dan Israel. Beliau seterusnya menetap di Yaman.

Syeikh Siyam bukanlah asing bagi saya. Saya terlibat memberikan khidmat kepada beliau dalam beberapa kali kunjungannya ke Malaysia. Saya ditugaskan untuk menjadi penterjemah kepada ceramah beliau yang disampaikan dalam Bahasa Arab.

Saya pernah menjadi penterjemah ceramah beliau di sebuah Masjid Seksyen 17 Shah Alam. Ceramahnya tidak panjang. Bahasanya cukup teratur. Menggunakan Bahasa Arab Fushah yang cukup mudah difahami dan dialih bahasa.

Beberapa tahun sebelum itu saya diminta oleh Muslim Care (sebuah NGO yang sangat prihatin terhadap nasib umat Islam tertindas) untuk menjadi penterjemah dan pengiring kepada Syeikh Siyam di Kuala Lumpur. Malamnya saya bersama beliau di Hotel Grand Season KL. Kami tidur di sebuah bilik yang agak besar bersama rakan-rakan yang lain. Pada waktu subuh, kami berjemaah bersama. Saya sempat menyatakan hasrat untuk menulis buku ketiga berkaitan Palestin. Mendengar niat murni itu, beliau mengambil buku catatan dan menuliskan ’wasiatnya’ untuk dimuatkan ke dalam buku itu nanti. Kertas 4 helai itu saya imbas ke dalam komputer kerana bimbang hilang atau musnah.

Bulan Ramadhan tahun 2009 beliau berkunjung sekali lagi ke Malaysia sebagai memenuhi jemputan pelbagai pihak. Namun saya tidak berkesempatan bersama beliau. Hanya sempat menyapan

ya selepas beliau selesai menyampaikan ceramah di Gombak.

Kali ini saya berpeluang berbuka puasa bersama beliau. Keempat-empat anak saya juga berbuka puasa bersama beliau.

Pada mulanya saya beranggapan bahawa beliau telah mampu untuk pulang ke Ghaza kerana pintu Ghaza kini telah dibuka oleh kerajaan Mesir. Tetapi rupa-rupanya Mesir tidak mengizinkan Syeikh Siyam masuk ke Ghaza melalui negara itu. Jordan juga tidak membenarkannya masuk ke negara itu untuk ke Tebing Barat.

Natijahnya, ulama tua yang sudah uzur ini terus tinggal di Yaman...

Isnin, Ogos 30, 2010

Hukum Non Muslim Masuk Masjid

Ramai yang bertanya mengenai hukum orang bukan Islam masuk ke masjid. Pokok persoalannya bukanlah pada orang bukan Islam itu kerana hukum taklifi tidak terkena ke atas mereka. Yang menjadi persoalan ialah hukum ke atas orang Islam yang memberi laluan atau membenarkan orang bukan Islam masuk ke masjid.

Bagi menjawab persoalan ini, berikut diperturunkan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010:

Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.

Keterangan/Hujah:

1. Dalam hal-hal yang berkaitan ibadah, sensitiviti umat Islam sangat tinggi dan nilai-nilai ta'abbudi amat dititikberatkan oleh masyarakat Islam.

2. Umat Islam dibenarkan melakukan ibadah sembahyang walaupun di dalam gereja kerana Saidina Umar al-Khattab pernah melakukannya. Umat Islam perlu bersikap tasamuh dan tidak terlalu rigid dalam membenarkan orang bukan Islam mendekati masjid.

3. Keindahan Islam boleh ditunjukkan kepada orang bukan Islam melalui lawatan mereka ke masjid-masjid selaras dengan peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pengurusan masjid

Selasa, Ogos 24, 2010

Beberapa kesilapan dalam silibus Kajian Tempatan

Tanpa matapajaran Sejarah, pendidikan di peringkat sekolah rendah memperkenalkan satu matapelajaran yang dikenali sebagai Kajian Tempatan.

Pelajaran ini agak baik juga kerana ia melatih murid-murid membuat kajian, survey dan penelitian terhadap negaranya. Mereka juga diajar mengkaji komposisi, budaya, agama dan keunikan kaum yang wujud di negara ini.

Namun begitu ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian. Dalam usaha untuk memahami budaya dan agama lain yang wujud di Malaysia Ia melibatkan aqidah palajar Islam.

Merujuk kepada sebuah buku Kajian Tempatan tahun 6, dalam bab Masyarakat Malaysia ada dinyatakan, 'Agama Hindu bermula di India dan merupakan agama yang tertua di dunia.' Ayat ini terlalu umum dan jika dibaca oleh pelajar Islam yang kurang pengetahuannya, maka mereka akan mengiakannya.

Sedangkan sejak awal penciptaan manusia, Islamlah agama yang menjadi anutan Adam AS. Dan itu sahajalah agama yang diredhai Allah.

Mungkin pengarang hendak menjelaskan pernyataan itu dari perspektif agama berkenaan. Jika benar begitu, maka haruslah diikat ayat berkenaan dengan sandaran, 'Menurut pendapat penganut ajaran Hindu...' Atau, 'Fahaman mereka mendakwa...'

Begitu juga ketika membicarakan tentang agama Kristian. Pengarang secara terus, mengatakan, 'Pengasas agama Kristian adalah Nabi Isa.'

Sebenarnya semua nabi membawa ajaran yang sama iaitu ajaran Islam yang mentauhidkan Allah. Tidak ada nabi yang mengajar aqidah yang bertentangan dengan aqidah tauhid.

Saya bimbang, ini menjadi jarum yang sangat halus untuk mengevolusikan pemikiran pelajar yang akan memberikan kesannya dalam tempuh lama. Jikapun tidak sampai ke tahap murtad dan menyertai agama lain, namun suatu kemungkinan yang besar akan merubah murid-murid dewasa kelak kepada fahaman pluralisme. Iaitu fahaman yang menganggap semua agama itu sama.

Sabtu, Ogos 14, 2010

BELASUNGKAWA... PERGINYA SYEIKH SONHADJI... Ulama' Seribu Kitab...

Tarikh meninggal dunia: 2 Ramadhan 1431
Usia : 88 tahun
Warganegara : Singapura
Asal : Indonesia
Hasil tulisan: 1,000 buah buku
Karya paling agong : Tafsir Sonhadji (hasil siaran Radio Singapura)

Berikut tulisan www.tukulbesi.blogspot.com


Bulan Ogos 2000 sebelum menyambung pelajaran Ke Kaherah, saya bersama rakan rakan dari INTIS Gombak berkesempatan berkunjung ke Singapore dalam program yang diatur MPP Intis dengan kerjasama Saff Perdaus Singapore. Dalam kunjungan hampir seminggu itu kami berkesempatan menziarahi seorang ulama terkenal iaitu lah Ustaz Ahmad Sonhadji yang banyak mengarang kitab agama.

Saya mengenali nama beliau sejak masih dibangku sekolah kerana kebetulan ayah saya memberi kuliah muslimat dengan menggunakan kitab tafsir ustaz Sonhadji. Kitab tafsir yang disusun berdasarkan kuliah beliau di radio itu juga dijadikan teks usrah(muzakarah) tafsir al Quran di Masjid Jengka 16 sejak saya di sekolah menengah hinggalah masjid itu diambil alih oleh pihak lain yang tidak ke masjid. Maka muzakarah itupun terhenti. Bagaimanapun hampir 15 juzuk juga kitab itu dapat dimuzakarahkan. Banyak sekali ilmu yang saya perolehi melalui kitab beliau.

Tetapi hari ini beliau sudah tiada. Kehilangannya sangat kita rasai. Ramai ulama besar di Nusantara ini telah pergi seorang demi seorang, tetapi penggantinya belum lagi muncul.Kita sudah lama kehilangan Dr Hamka, Syeikh Abdullah Basmeh,Ustaz Ahmad Shogir,dan kini Ustaz Ahmad Shonhadji.

Ingatlah ilmu agama itu akan terangkat dengan matinya para ulama.Oleh itu perbanyakkanlah kita menuntut ilmu agama dari ulama yang masih tinggal sebelum ilmu ini terangkat.Al

BELASUNGKAWA... PERGINYA SYEIKH SONHADJI... Ulama' Seribu Kitab...

Tarikh meninggal dunia: 2 Ramadhan 1431
Usia : 88 tahun
Warganegara : Singapura
Asal : Indonesia
Hasil tulisan: 1,000 buah buku
Karya paling agong : Tafsir Sonhadji (hasil siaran Radio Singapura)

Berikut tulisan www.tukulbesi.blogspot.com


Bulan Ogos 2000 sebelum menyambung pelajaran Ke Kaherah, saya bersama rakan rakan dari INTIS Gombak berkesempatan berkunjung ke Singapore dalam program yang diatur MPP Intis dengan kerjasama Saff Perdaus Singapore. Dalam kunjungan hampir seminggu itu kami berkesempatan menziarahi seorang ulama terkenal iaitu lah Ustaz Ahmad Sonhadji yang banyak mengarang kitab agama.

Saya mengenali nama beliau sejak masih dibangku sekolah kerana kebetulan ayah saya memberi kuliah muslimat dengan menggunakan kitab tafsir ustaz Sonhadji. Kitab tafsir yang disusun berdasarkan kuliah beliau di radio itu juga dijadikan teks usrah(muzakarah) tafsir al Quran di Masjid Jengka 16 sejak saya di sekolah menengah hinggalah masjid itu diambil alih oleh pihak lain yang tidak ke masjid. Maka muzakarah itupun terhenti. Bagaimanapun hampir 15 juzuk juga kitab itu dapat dimuzakarahkan. Banyak sekali ilmu yang saya perolehi melalui kitab beliau.

Tetapi hari ini beliau sudah tiada. Kehilangannya sangat kita rasai. Ramai ulama besar di Nusantara ini telah pergi seorang demi seorang, tetapi penggantinya belum lagi muncul.Kita sudah lama kehilangan Dr Hamka, Syeikh Abdullah Basmeh,Ustaz Ahmad Shogir,dan kini Ustaz Ahmad Shonhadji.

Ingatlah ilmu agama itu akan terangkat dengan matinya para ulama.Oleh itu perbanyakkanlah kita menuntut ilmu agama dari ulama yang masih tinggal sebelum ilmu ini terangkat.Al

Rabu, Ogos 11, 2010

AHLAN YA SYAHRAL QIYAM WAS-SIYAM

Baru 1 Ramadhan, peti masuk sms saya sudah mula dipenuhi berbagai-bagai ucapan. Ada juga yang menarik minat saya untuk di kongsi bersama:

SeNTiaSaLH SeTTiNG NiaT:
uPGRaDe iMaN, DoWnLoaD SaBaR
uPLoaD uSaHa, DeLeTe DoSa
uPDaTe Doa, ToP uP iLMu
SuPaYa DaPaTLH ReDeaM
PaHaLa BaNYaK2!
SLaMt BpUaSa!!
(Mesej dari Ust Ruwaidi, Pekan)

Salam Ramadhan buat sahabat yg dkasihi...smoga pekej yg dtawarkan tidak akan dsia2kan ...ssungguhnya bsama Ramadhan itu ada kberkatan atas tiap amal yg d ikhlaskan..ada keampunan atas tiap dosa yg.d insafkan..ada ksejahteraan atas jiwa yg tawadhu'siang & mlm....Dambalah Ramadhan tahun ini lebih nilainya dr Ramadhan semlm....
(Mesej dari Ustzh Shamsiah 3i Group, KL)

Salam ramadhan..moga mendapat rahmat ilahi..ukhuwwah yg dijalinkan terus diberkati..sahabat di dunia, dan moga menjadi sahabat di akhirat nanti..salam satu islam..
(Mesej dari Ust Khairul Araifin Al Khattat, Temerloh)

Ramadhan karim ...
(Mesej dari Ust Junaidi, Bentong)


"Tiädà hàri sèindäh JUMAAT,
Tiàdä kätà séindäh ZIKIR,
Tiadà ibädàh sèindäh SOLAT,
Tiadä BULAN séindàh RAMADHAN. Salam Ramadhan AL-MUBARAK dan
SELAMAT BERPUASA.
(Mesej dari Ust Zainul Alam, Bangi)

Tiada hari seindah JUMAAT,
Tiada kata seindah ZIKIR,
Tiada ibadah seindah SOLAT,&
Tiada bulan seindah RAMADHAN.
Salam Ramadhan...
(Mesej dari En Fadhil, Tnb Bentong)

Ramadhån Karim. Smga istiqamah bribadah hingga ke akhir ramadhan dr Hìdäyät, Häfìzäh & Mùkhlìs.
(Mesej dari Ust Hidayat, KDN Kuantan)

Selamat menjalani ibadah puasa...
(Mesej dari Ust Aziz Adam, SMK Seri Bentong)

P'kataan yg cntik"ALLAH", lagu yg merdu "AZAN",Novel yg menarik "AL-QURAN", Senaman yg baik "SEMBAHYANG", Diet yg mujarab "PUASA",slmt m'ymbut ramadhan yg mulia ucapan dari BAJURI SEKELUARGA
(Mesej dari Akhi Bajuri, Chenor)


Selamat menyambut Ramadhan & menunaikan ibadah puasa.... :)
(Mesej dari Che Lah, Gua Musang)

Terima kasih lah kepada semua sahabat yang menghantar pelbagai ucapan dan mutiara kata....

Ahad, Ogos 08, 2010

MEMBINA KHUSYUK DALAM SOLAT

Di dalam mana-mana majlis ilmu, antara soalan yang sukar untuk dijawab ialah soalan berkaiatan kaedah atau tips untuk mendapatkan khusyu' dalam solat. Ini kerana ia adalah sesuatu yang subjektif. Ia hasil dari jiwa yang bersih.

Namun dalam kuliah bulanan pegawai syariah Bank Rakyat, Ust Hanafiah Nawi di Masjid Ketari malam tadi (7.8.10) penceramah telah menerangkan beberapa pandangan ulama mengenai cara untuk nendapatkan khusyu' dalam solat. Antara yang sempat saya catatkan adalah seperti berikut.

1. Elokkan bacaan Al Quran dlm solat, pelihara hukum tajwid dan kalau boleh lagukan dengan alunan bacaan yang menarik. Secara praktikalnya makmum akan merasa lebih tumpuan dalam solat jika imam membaca dengan lagu yang menarik. Bandingkan, ketika perasaan anda solat di belakang imam Masjidil Haram yang terkenal hebat kualiti bacaannya.

2. Panjangkan qiam (berdiri) iaitu dengan memanjangkan bacaan.

3. Banyakkan doa masa sujud. Ini kerana waktu sujud adalah waktu paling hampir antara manusia dengan Tuhannya. Berdoalah apa sahaja yang baik, terutama jika ia doa yang ma'thur (thabit dari nas Al Quran dan Sunnah).

4. Pelihara tama'ninah dalam rukuk, i'tidal, sujud dan duduk antara 2 sujud.
Dengan memelihara tama'ninah kita akan merasa lebih tenang. Perlu disedari, memelihara tama'ninah tidak akan memberi kesan negatif terhadap pekerjaan harian kerana tama'ninah tidak akan masa berjam-jam.

5. Berusaha mengingati mati dalam solat.Sesungguhnya orang yang banyak mengingati mati akan merasa lebih dekat dengan Allah.

6. Melihat ke tempat sujud. Peliharalah mata daripada memandang ke merata-rata tempat.

7. Solatlah dengan berjamaah. Sebaik-baiknya lazimilah ia di masjid.

8. Sempurnakan wudhuk sebelum solat.

9. Bersihkan hati dari sebarang penyakit rohari.

10. Makan hanya makanan yang halal.

11. Tunaikan solat dengan bersungguh-sungguh, bukan hanya secara melepaskan batuk di tangga.

12. Rajin zikrullah (ingat Allah)

13. Dirikan diawal waktu.

14. Guna sejadah yg tak banyak gambar kerana gambar yang banyak akan menyebabkan kita banyak berfikir berbagai-bagai.

15. Jangan pakai baju bergambar dan bertulis. Ia bukan sahaja menghaang khusyu', bahkan mengganggu jemaah lain.

16. Kurangkan pergerakan anggota badan.

Rabu, Ogos 04, 2010

KOLOKIUM ZAKAT 2010

Beberapa maklumat yang saya peroleh menerusi Kolokium Zakat 2010 yang berlangsung hari ini (4 Ogos 2010):

1. Nisab Zakat terkini (Julai 2010 ialah RM11,010.09. Sesiapa yang memiliki simpanan sebanyak itu atau lebih selama setahun, maka wajiblah membayar zakat sebanyak 2.5% (1/40).

2. Harga nisab zakat bagi negeri pahang, Johor dan Terengganu dibuat dengan melihat harga pasaran emas setiap bulan. Berbanding negeri-negeri lain yang menilai secara tahunan. Ini yang mewujudkan sedikit perbezaan harga nisab antara negeri-negeri.

3. Emas adalah matawang Islam yang bersih dari unsur riba' dan penyusutan nilai. Sebab itu harganya sentiasa naik tak pernah turun. Sangat beruntung orang yang menyimpan emas berbanding wang kertas.

4. Berdasarkan kiraan 85g emas (20 misqal X 425g) maka nisab zakat pada tahun 1993 RM 2,669.01. Ia meningkat dari semasa ke semasa. Bagi tahun ini, peningkatan nisab adalah seperti berikut:

Januari 2010 RM10,516.71
Februari 2010 RM10,305.87
Mac 2010. RM10,218.49
April 2010 RM10,108.79
Mei 2010 RM10,059.25
Jun 2010 RM10,708.43
Julai 2010 RM11,010.09

5. Dari jumlah 1,483,600 orang penduduk Pahang, 1,022,200 adalah berbangsa Melayu. Dengan anggapan semua mereka beragama Islam, maka perangkaan PKZ mencatatkan hanya 4.6% (47,264 orang) membayar zakat.