Tarikh meninggal dunia: 2 Ramadhan 1431
Usia : 88 tahun
Warganegara : Singapura
Asal : Indonesia
Hasil tulisan: 1,000 buah buku
Karya paling agong : Tafsir Sonhadji (hasil siaran Radio Singapura)
Berikut tulisan www.tukulbesi.blogspot.com
Bulan Ogos 2000 sebelum menyambung pelajaran Ke Kaherah, saya bersama rakan rakan dari INTIS Gombak berkesempatan berkunjung ke Singapore dalam program yang diatur MPP Intis dengan kerjasama Saff Perdaus Singapore. Dalam kunjungan hampir seminggu itu kami berkesempatan menziarahi seorang ulama terkenal iaitu lah Ustaz Ahmad Sonhadji yang banyak mengarang kitab agama.
Saya mengenali nama beliau sejak masih dibangku sekolah kerana kebetulan ayah saya memberi kuliah muslimat dengan menggunakan kitab tafsir ustaz Sonhadji. Kitab tafsir yang disusun berdasarkan kuliah beliau di radio itu juga dijadikan teks usrah(muzakarah) tafsir al Quran di Masjid Jengka 16 sejak saya di sekolah menengah hinggalah masjid itu diambil alih oleh pihak lain yang tidak ke masjid. Maka muzakarah itupun terhenti. Bagaimanapun hampir 15 juzuk juga kitab itu dapat dimuzakarahkan. Banyak sekali ilmu yang saya perolehi melalui kitab beliau.
Tetapi hari ini beliau sudah tiada. Kehilangannya sangat kita rasai. Ramai ulama besar di Nusantara ini telah pergi seorang demi seorang, tetapi penggantinya belum lagi muncul.Kita sudah lama kehilangan Dr Hamka, Syeikh Abdullah Basmeh,Ustaz Ahmad Shogir,dan kini Ustaz Ahmad Shonhadji.
Ingatlah ilmu agama itu akan terangkat dengan matinya para ulama.Oleh itu perbanyakkanlah kita menuntut ilmu agama dari ulama yang masih tinggal sebelum ilmu ini terangkat.Al
Tiada ulasan:
Catat Ulasan