Di dalam mana-mana majlis ilmu, antara soalan yang sukar untuk dijawab ialah soalan berkaiatan kaedah atau tips untuk mendapatkan khusyu' dalam solat. Ini kerana ia adalah sesuatu yang subjektif. Ia hasil dari jiwa yang bersih.
Namun dalam kuliah bulanan pegawai syariah Bank Rakyat, Ust Hanafiah Nawi di Masjid Ketari malam tadi (7.8.10) penceramah telah menerangkan beberapa pandangan ulama mengenai cara untuk nendapatkan khusyu' dalam solat. Antara yang sempat saya catatkan adalah seperti berikut.
1. Elokkan bacaan Al Quran dlm solat, pelihara hukum tajwid dan kalau boleh lagukan dengan alunan bacaan yang menarik. Secara praktikalnya makmum akan merasa lebih tumpuan dalam solat jika imam membaca dengan lagu yang menarik. Bandingkan, ketika perasaan anda solat di belakang imam Masjidil Haram yang terkenal hebat kualiti bacaannya.
2. Panjangkan qiam (berdiri) iaitu dengan memanjangkan bacaan.
3. Banyakkan doa masa sujud. Ini kerana waktu sujud adalah waktu paling hampir antara manusia dengan Tuhannya. Berdoalah apa sahaja yang baik, terutama jika ia doa yang ma'thur (thabit dari nas Al Quran dan Sunnah).
4. Pelihara tama'ninah dalam rukuk, i'tidal, sujud dan duduk antara 2 sujud.
Dengan memelihara tama'ninah kita akan merasa lebih tenang. Perlu disedari, memelihara tama'ninah tidak akan memberi kesan negatif terhadap pekerjaan harian kerana tama'ninah tidak akan masa berjam-jam.
5. Berusaha mengingati mati dalam solat.Sesungguhnya orang yang banyak mengingati mati akan merasa lebih dekat dengan Allah.
6. Melihat ke tempat sujud. Peliharalah mata daripada memandang ke merata-rata tempat.
7. Solatlah dengan berjamaah. Sebaik-baiknya lazimilah ia di masjid.
8. Sempurnakan wudhuk sebelum solat.
9. Bersihkan hati dari sebarang penyakit rohari.
10. Makan hanya makanan yang halal.
11. Tunaikan solat dengan bersungguh-sungguh, bukan hanya secara melepaskan batuk di tangga.
12. Rajin zikrullah (ingat Allah)
13. Dirikan diawal waktu.
14. Guna sejadah yg tak banyak gambar kerana gambar yang banyak akan menyebabkan kita banyak berfikir berbagai-bagai.
15. Jangan pakai baju bergambar dan bertulis. Ia bukan sahaja menghaang khusyu', bahkan mengganggu jemaah lain.
16. Kurangkan pergerakan anggota badan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan