Tugas saya menjadi lebih mudah untuk menghuraikan konsep 'pengibadahan kerja' ini kerana setiap hari para jururawat sentiasa melakukan kebajikan, membantu yang memerlukan dan menolong orang yang susah. Sama ada yang datang kepada mereka itu orang 'besar' mahupun rakyat bawahan, mereka tetap menabur bakti.
Namun Nabi Muhammad SAW menjelaskan di dalam hadithnya yang masyhur, setiap amal kebajikan itu perlu disertakan dengan niat. Jika diniatkan kerana menunaikan perintah Allah, maka berpahalalah dia. Jika niat hanya kerana makan gaji, makan gaji sajalah yang diperoleh.
Saya turut menghuraikan bahawa konsep bekerja sebagai ibadah terkandung di dalam ungkapan-ungkapan berikut:
- Kerja yang membuktikan kita tunduk dan patuh kepada Allah
- Kerja yang tidak mengabaikan tanggung-jawab asas
- Kerja yang meningkatkan kedudukan ummah
- Kerja yang mementingkan budaya kerja cemerlang
Saya turut memetik formula kecemerlangan tulisan Dr Danial untuk bekalan para 'misi' yang hadir. Kata Dr Danial, individu yang cemerlang akan mengambil berat 7 perkara:
1. KENALI KEHEBATAN / POTENSI DIRI
2. MELEDAKKAN TAQWA
3. MELONJAKKAN ILMU
4. HIDUP BERMATLAMAT DAN BERWAWASAN
5. MEMELIHARA AMANAH
6. BERFIKIRAN POSITIF
7. MENYANTUNI MANUSIA
Namun keterbatasan masa menyebabkan saya tidak sempat untuk menghuraikan perkara-perkara yang menjadikan pekerjaan itu sebagai ibadah. Antaranya:
1. NIATKAN BEKERJA KERANA MENTAATI PERINTAH ALLAH
2. MELETAKKAN ALLAH SEBAGAI ‘MAJIKAN’ TERTINGGI
3. JADIKAN RASULULLAH SAW SEBAGAI USWAH (IKUTAN)
4. BERUSAHA UNTUK MEMPAMERKAN KEHEBATAN ISLAM
5. PELIHARA SIFAT MAHMUDAH, HINDARI MAZMUMAH
6. MEMELIHARA BATAS2 SYARIAT ALLAH
7. JANGAN MENGABAIKAN TANGGUNGJAWAB LAIN DENGAN SEBAB KERJA
8. JANGAN HIDUP ‘KERANA KERJA’… KERJA BUKAN SEGALA2NYA BAGI ANDA
9. BERUSAHA MENAMBAHKAN ILMU PENGETAHUAN
10. SENTIASA BERUSAHA MENAMBAH IMAN DAN TAQWA, BERDAMPINGLAH DENGAN MEREKA YANG DEKAT DENGAN ALLAH
Apapun, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Hospital Bentong, khususnya buat pengarah Hospital, Dr Ambikai V Palasubramaniam dan ketua jururawat yang sudi menjemput saya menyampaikan motivasi. Tahniah juga kepada Hospital Bentong kerana kini sudah ada beberapa orang jururawat dari kalangan kaum lelaki.
Terima kasih juga buat semua staf bukan jururawat yang turut serta menjayakan program, khususnya buat Hj Paharuddin yang menyambut ketibaan saya dan Encik Al-Amir, yang sudi mengikuti ceramah saya walaupun beliau sedang menderita dengan penyakit barahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan