Ini adalah gambar projek Mega yang sedang dijalankan di Makkah. Ia adalah satu kompleks pelbagai guna di Jabal Umar dengan keluasan 230,000 meter persegi. Di bawah ini pula adalah gambar pemandangan Masjidil Haram yang biasa anda lihat. Kewujudan ribuan hotel bagaikan memagari Masjidil Haram. Hotel-hotel sederhana yang anda lihat di dalam gambar ini memberi peluang kepada golongan berpendapatan sederhana untuk berkunjung ke Baitullah.
Namun kini kesemua hotel ini sedang dirobohkan oleh kerajaan Arab Saudi bagi meluaskan dataran masjid disamping mendirikan hotel baru yang lebih selesa dan canggih. (Harganya pun nanti canggih juga la kot...). Kelihatan dalam gambar ini bangunan Saie sedang direnovasi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan