Selasa, Mei 20, 2008

SEJARAH PEMIMPIN NEGARA YANG UNIK

Tun Hussein Onn:
Umno - IMP (Parti Kemerdekaan Malaya) - Umno - Semangat 46


Tun Abd Razak:
Umno
Tunku Abd Rahman:
Umno - Umno Malaysia - Parti Semangat 46
Onn Jaafar:
Umno - IMP (parti Kemerdekaan Malaya) - Parti Negara
Pemimpin-pemimpin Malaysia mempunyai sejarah yang unik. Mereka mempunyai pendirian yang tersendiri dalam menangani isu-isu berkaitan politik negara. Apa yang menarik, hampir kesemua (kecuali Tun Razak) bertindak keluar parti yang mereka dokongi sebaik sahaja bersara dari jawatan masing-masing. Kini giliran Dr Mahathir. 19 Mei 2008 (Hari Wesak) Dr Mahathir mengisytiharkan dirinya keluar daripada Umno. Namun beliau menafikan akan menyertai mana-mana parti pembangkang kerana masih sayangkan Umno; ayat yang hampir sama diucapkan oleh Anuar Ibrahim ketika disingkir daripada Umno.

Sejarah politik Dr Mahathir:
1946: Menjadi ahli UMNO semasa ia ditubuhkan.
1969: Dipecat jawatan daripada Majlis Tertinggi UMNO pada 12 Julai dan diberhentikan keahliannya dalam UMNO pada 26 Sept.
1972: Diterima kembali menjadi ahli UMNO pada 7 Mac.
1981: Menjadi Presiden Umno pada 26 Jun dan Perdana Menteri ke-empat pada 10 Julai
2003: Bersara sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 31 Okt.
2008: Keluar daripada Umno



Tiada ulasan: