Isnin, Jun 07, 2010

TERLALU LEWATNYA MENYOKONG PALESTIN

Sejak seminggu lalu, semua pihak rancak bincangkan isu Palestin. Stesen tv, pemimpin kerajaan, NGO, pembangkang dan semua pihak melepaskan geram kepada rejim Zionis Israel.

Cukup unik apabila radio Ikim.fm dan Astro Awani memberi promosi percuma himpunan aman 4 Jun di Kedutaan Amerika Syarikat (yang suatu waktu dahulu dikenali sebagai demonstrasi jalanan).

Hari ini pula sejak awal pagi kebanyakan chanel membuat siaran langsung kepulangan 12 orang sukarelawan Gaza. Bahkan jamuan sarapan pagi untuk mereka juga disiar secara langsung.

Belum sempat mereka berehat dan melepaskan kerinduan kepada keluarga, ada pula rangkaian-rangkaian tv tertentu yang menjemput mereka ke rancangan bual bicara yang disiarkan secara langsung bagi membincangkan tentang kekejaman Zionis.

Satu situasi yang cukup meriah. Situasi yang mempamerkan semua pihak bersemangat untuk menentang keganasan rejim Israel. Pak-pak menteripun sudah mula bercakap soal boikot barangan Israel dan Amerika.

Dahulu orang yang berbicara tentang Palestin sangatlah gharib. Orang yang bercakap tentang 'boikot' disindir dengan pelbagai kata-kata jijik. Bahkan ketika itu pak menteri yang menjaga hal ehwal agama pun turut menyindir usaha memboikot barangan Israel dan Amerika. Ucapan beliau di hadapan seribu orang pelajar Al Azhar di Kaherah menempelak pihak yang bersungguh-sungguh berkempen untuk memboikot barangan Israel dan Amerika.

Seorang ketua pengarang sebuah majalah agama pula telah menolak tulisan saya berkaitan dengan isu boikot kerana katanya isu boikot yang saya cuba ketengahkan bercanggah dengan usaha kerajaan.

Dahulu orang yang berdemonstrasi menentang kemasukan pasukan kriket Israel dan menentang hubungan dagang antara tokoh-tokoh perniagaan Malaysia dengan Israel dianggap melakukan tindakan bodoh. Lebih dari itu ramai yang terlibat dengan bantahan itu ditangkap dan didakwa di mahkamah dengan tuduhan terlibat dengan perhimpunan haram.

Warga UM pasti masih ingat peristiwa pada April 1997 apabila pasukan FRU menyerbu masuk ke masjid Ar Rahman dengan memakai kasut untuk menangkap orang-orang yang terlibat dengan tunjuk perasaan menentang rejim Zionis Israel. Mereka ditembak dengan gas pemedih mata dan air asid. 150 orang ditahan dan kemudiannya didakwa di mahkamah.

Tetapi kini segala-galanya berubah. Demonstrasi anti Zionis dikawal dengan baik oleh pihak polis. Mereka bukan sahaja tidak menembak gas pemedih mata, bahkan turut membuat sekatan di laluan tertentu bagi memberi laluan kepada para demonstran. Di akhir majlis, mereka kelihatan bersalaman dengan anggota polis yang bertugas.

Walaupun ada acara membakar bendera Israel namub demonstrasi kali ini berlangsung aman dan damai kerana tiada gangguan dari pihak polis.

Dari semua yang saya paparkan di atas, timbul satu persoalan; kenapa terlalu lewat kita memberi sokongan kepada Palestin. Adakah kemarahan kita kini meletus hanya disebabkan adanya orang Melayu yang kena tangkap dengan rejim Zinis.

Sesungguhnya kekejaman Yahudi bukan baru seharu dua ini berlakunya. Sudah terlalu lama.

Menerusi buku Nostalgia Syuhada' Palestin yang saya tulis pada tahun 2002, saya ada merekodkan rentetan kekejaman Yahudi sejak mula ditubuhkan gerakan Zionis pada tahun 1879.

Antara yang dahsyat, pembunuhan 426 orang Islam di Kg Lad oleh komando YAhudi pimpinan Moshi Dayan (11/7/1948), pembunuhan lebih 3000 penduduk Sabra dan Syatila oleh tertera pimpinan Ariel Sharon (16-18/9/1982) dan banyak lagi.

Sudah lebih 60 tahun penduduk Palestin menderita. Sudah bertahun-tahun mereka merebus rumput untuk dijadikan sayuran. Sudah lama mereka dikhianati oleh kawan dan lawan.

Sepatutnya sudah setengah abad negara-negara umat Islam perlu membantu Palestin.
.. Saya sangat berharap moga cahaya intifadhah rakyat sekarang tidak akan dipadam dengan kemunculan isu-isu yang mendatang.

Saya sangat berharap agar kerajaan-kerajaan Islam dapat bersatu tenaga dan bergabung bagi menentang dan menghalau rejim ganas Yahudi dari bumi suci Palestin (bukan hanya Gaza).

Walaupun terlewat, namun saya menaruh keyakinan bahawa akan muncul di kalangan pemimpin-pemimpin Islam ini seorang Salahuddin Al Ayyubi kedua yang bakal membawa panji-panji keamanan untuk palestin dan seluruh dunia.

2 ulasan:

borhan berkata...

Jangan membazir masa lah bro....fikir kan umat islam berdoa,bersembahyang hajat dari depan sejadah di rumah2 hingga kepada di hadapan kaabah dari seorang hamba manusia yg jahil hingga kepada imam masjid makkah yg memang dari kalangan antara terbaik tingkah laku kemanusiaan(org kata hampir tak pernah buat dosa seumur hidupnya)bersama2 berdoa sehari sekurang2nya 5x selama 65thn untuk kemusnahan israel,kalau kirakan tak kurang bertrilion2 doa jumlahnya tetapi umat yang berdoa ini pula nampak makin bertambah bermusuhan sesama mereka berperang berbunuh2an sesama mereka,sedangkan pihak yg di doakan kemusnahan terpelihara..tapi tak faham lagi ke signal tuhan bagi tu....damaikanlah mereka teruskan usaha yasser arafat untuk keamanan hidup manusia sejagat...atau sekurang2nya ubahkanlah doa kemusnahan kepada perdamaian antara mereka,sejarah telah membuktikan sebelum berdirinya negara israel arab-yahudi seperti aur dgn tebing saling memerlukan,mereka sentiasa berdampingan dimana2 rantau dunia,usah di jadikan ukuran konflik sementara di zaman nabi dgn yahudi tak terbanding ketika itu lagi konflik lebih teruk sesama arab dgn arab..nabi sendiri ada dua org isterinya yahudi dan kristian..fikirkanlah kalau anda mampu.

YAZID berkata...

yasser arafat le yang pecahbelah kan lagi orang Islam.