Khamis, Ogos 20, 2009

KISAH MAMAK MASUK ISLAM ZAMAN NABI


Kebanyakan kaum Mamak yang tinggal di Malaysia berasal dari beberapa daerah di India. Ada yang datang dari Tamil Nadu, Kerala, Malebar dan lain-lain. Tidak ramai yang tahu sejarah mereka menerima Islam. Yang pasti, mereka menerima Islam lebih dahulu daripada orang Melayu.


Kaum Malebar umpamanya, telah memeluk Islam sejak zaman Rasulullah SAW. Satu catatan ditemui dalam sebuah manuskrip Hindu Kuno yang tersimpan di India Office Library, London bernombor siri 2807/152-173 menjelaskan perkara tersebut. Perkara ini didedahkan oleh ulama' dan saintis Islam terkemuka, Dr Zaghlul Najjar dalam bukunya, Khawatir Fi Ma`iyyat Khatam al-Anbiya Wa al-Mursalin yang saya petik dari blog sahabat saya, Ustaz Hairul Nizam.


Manuskrip itu menceritakan kisah seorang raja negeri Malebar, di Barat Daya India bernama Chakrawati yang melihat bulan terbelah. Peristiwa berkenaan amat mengejutkan baginda. Kebetulan waktu beliau menyaksikan peristiwa itu adalah sama waktu dengan peristiwa mukjizat Rasulullah SAW membelah bulan ketika baginda berada di Makkah. Raja Chakrawati dapat melihatnya di India.


Ia terus menjadi persoalan dalam pemikiran raja ini. Hinggalah tiba sekumpulan pedagang Islam yang singgah di Malebar dalam perjalanan mereka ke Negeri China. Pedagang-pedagang ini menceritakan perihal Rasulullah SAW dan mukjizat baginda.





Mendengar khabar berkenaan, baginda Chakrawati sangat girang dan percaya apa yang dikhabarkan oleh pedagang-pedagang berkenaan adalah kisah benar. Baginda terus bertekad untuk bertemu sendiri Rasul Akhir Zaman ini. Urusan pemerintahan diserahkan kepada anakandanya. Baginda segera berangkat ke Semenanjung Tanah Arab.


Dengan izin Allah, Chakrawati dapat bertemu Rasulullah SAW dan baginda terus mengisytiharkan dirinya memeluk Islam. Beliau tinggal beberapa ketika bersama Rasulullah SAW untuk belajar seluk beluk agama Islam dengan niat menyebarkan Islam setelah pulang ke negerinya kelak.


Namun kehendak Allah mengatasi segala-galanya. Dalam perjalanan pulang, baginda menemui ajal di Zafar, Yaman. Walaupun tidak sempat pulang menemui rakyatnya, cerita tentang kisah menarik ini sampai ke pengetahuan rakyat Malebari yang akhirnya mendorong mereka menerima Islam beramai-ramai.


2 ulasan:

Sire Johhny Deep berkata...

bagus info nie.....
tkasih....

Hashim berkata...

Salam Ramadan..
Mungkin sedikit pembetulan chakrawarti bererti pemerintah Nama pemerintah tersebut ialah seperti dibawah.

Perumal adalah orang india yang pertama memeluk islam

Bhaskara Perumal Cheraman Ravi Varma adalah seorang raja purba Chera Wangsa pada akhir abad kelapan Masihi. Dia dikatakan telah memerintah daripada utara dan selatan Kerala moden dan juga hujung selatan Tamil Nadu.

Pedagang menggambarkan Mujizaat daripada Nabi Muhammad, termasuk Shaqq Al-Qamar atau Terbelahnya bulan menjadi dua. Legenda menceritakan bahawa Raja Cheraman Perumal kemudian turun takhta singgahsananya dan pergi dengan Malik Bin Deenar untuk Saudi di mana ia diakui bahawa ia bertemu Nabi Muhammad, menerima Islam dan melakukan ibadah Haji. Dalam perjalanan pulang, kapal beliau tenggelam dalam badai yang menghancurkan kapalnya dan mayatnya mendarat di Salalah, Oman di mana kuburnya terkenal hari ini.

Sementara Cheraman Juma Masjid adalah sebuah masjid di India Kodungallur di wilayah Kerala. Dipercayai dibina pada tahun 629 Masihi oleh Malik Bin Deenar, itu dianggap sebagai masjid tertua di India, dan masjid tertua kedua di dunia Didirikan pada zaman Nabi Muhammad S.A.W, Jasad beberapa pengikut asalnya dikatakan dikebumikan di sini. Masjid ini menghadap ke barat ke arah timur

WALLAH HU ALAM